B3

Romance Series 25673

Dari jauh aku sudah melihat rumah kawan papa yang besar tersergam indah. Hanya rumahnya sahaja yang ada di situ. Mahukan privacy mungkin.

"Umi nak ingatkan ni, masuk nanti salam Mama Ti, jangan Trish taram salam Ayah Syam pulak, berdosa! Lepastu, tanya khabar, borak-borak sikit. Amik hati dia, haa gituu" panjang lebar umi mengingatkanku.

Aku yang dari tadi mendengar hanya menganggukkan kepala. Papa hanya tersengih mendengar bebelan umi.

Aku melangkah keluar daripada kereta. Aku menggeliat untuk meregangkan kembali otot-otot manjaku yang lenguh duduk daripada tadi.

'Kuk kak kuk kak' bunyi tulangku.

Mana tak lenguh, perjalanan kami megambil masa selama 5 jam dari Kuala Lumpur ke Kedah. Lega rasa dapat keluar menghirup udara segar.

Rasa macam taknak duduk dah lepas ni, nak berdiri jelah, ngehh.

Aku berjalan mengikuti belakang umi dengan papa yang menuju ke pintu besar rumah Ayah Syam.

"Pintu pun dah macam pintu istana, dalam ni mahu pengsan aku tengok." Getus hatiku.

Tidak lama selepas butang loceng rumah dibunyikan, seorang wanita membuka pintu dan menjemput kami masuk.

Aku cepat-cepat bersalaman dengan wanita yang membuka pintu tadi.

"Mama Ti! Apa khabar Mama Ti? Mama Ti sihat? Lain dah Mama Ti, makin cantik manis berseri! Wow gituu!" Aku mula memuji Mama Ti seperti yang umi arahkan tadi.

Tapi yang aku peliknya, wanita itu hanya tersengih di depanku.

Eh, eh! Dah macam kerang busuk aku tengok.

"Trisha! Tu bukan Mama Ti lah! Ish la budak ni." Marah umi kepadaku.

Okay, sekarang aku dah rasa darah sup! Naik ke kepalaku.
Fuh! Malu geng, malu!

Semua orang yang menonton dramaku sebentar tadi, gelak terkekeh-kekeh smbil memandangku.

Ish! Mana lah aku nak ingat muka Mama Ti, dah lama tau tak jumpa. Dorang apa tahu.

"Trisha, ni the real Mama Ti. Itu pembantu rumah je sayang." Mama Ti tersenyum kepadaku.

"Kelakar macam Papanya." Tersenyum semua orang mendengar usikan Ayah Syam.

Aku terengih kambing lalu jalan menunduk ke arah Mama Ti dan bersalaman dengannya.

"Minta maaf Mama Ti, Trish tak perasan tadi." Aku membuat muka sedih.

"Tak apa. Kita kan dah lama tak jumpa. Kali terakhir jumpa pun masa Trish kecik lagi, manalah nak ingat muka Mama Ti kan." Aku hanya meganggukkan kata-kata Mama Ti itu.

Kami sekeluarga duduk di sofa ruang tamu rumah Mama Ti dan Ayah Syam.

Sememangnya aku dah tak boleh beza mana ruang tamu mana ruang makan. Semuanya sama cantik dengan rekaaan english style yang penuh gah.

Bermulalah perbualan sahabat yang lama tidak berjumpa. Aku hanya memasang telinga dan menganggukkan kata-kata mereka.

Semacam muka aku bila merasa air panas yang dihidangkan oleh pembantu rumah.

"Kenapa Trish? Tak sedap ke?" Tanya Mama Ti.

"Eh takdelah, ok je. Cuma tak pernah minum air macam ni, air apa ni Mama Ti?"

"Green Tea." Jawab Mama Ti.

"Dia memang tak reti minum Green Tea. Rasa pelik katanya." Umi mencelah.

"La yeke, takpe, Mama Ti suruh Kak Jah ambil air lain jap." Mama Ti bingkas bangun tetapi cepat-cepat dihalang olehku.

"Eh, takpe Mama Ti. Biar Trish je yang pegi ye." Aku bangun dan bergegas ke dapur.

Nampak tak nilai kesopanan aku di situ?
Cehh!

Sedang aku membancuh Teh O panas, tiba-tiba seseorang menerjahku dari belakang. Hampir tertumpah air teh O panas 'homemade'ku.

Mana taknya, aku kusyuk menyanyi sambil berangan. Habis lamunanku terbang di awangan. Hancur lamunan manisku bersama jejaka idaman bayanganku.

Jejaka? Siapakah?

Ah! Lupakan!

Bukan dia! Bukan dia!

Aku tak mahu ingat dia lagi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience