B20

Romance Series 25673

"Im, dengar-dengar sikit kalau Mama ti dengan Ayah Syam dah sampai ye." Pesan umi dari dapur.

"Ok mi." Balas Azaim di ruang tamu, matanya tetap fokus menonton anime di televisyen.

Tidak lama kemudian, bunyi loceng rumah kedengaran. Azaim bergegas ke pintu rumah dan membukanya, lantas terus bersalaman dengan Mama Ti dan Ayah Syam.

"Mana umi kamu?" Tanya mama Ti.

"Ada kat daput dengan kakak."

Mama ti terus mengorak langkah ke dapur meninggalkan kaum lelaki di ruang tamu untuk berbual.

"Assalamualaikum Sya." Mama Ti memeluk mesra umi.

"Alhamdulillah, sampai juga orang jauh ni." Umi dan mama Ti ketawa kecil.

Aku bersalaman dengan mama Ti dan kembali menyiapkan pencuci mulut untuk makan malam sebentar lagi.

"Rayqal dengan Ikhmal tak sampai lagi?" Tanya umi kepada mama Ti.

'Haaa sudah, aku maleh ni nak mengadap si mat ego tu.' Getus hatiku.

"Rayqal je yang dapat datang Sya. Kejap lagi sampai lah tu."

'Fuh, selamat nakkk!' Getus hatiku lagi.

"Laaa, kenapa Ikhmal tak dapat datang?"

"Banyak kerja, first day katanya."

"Dia dekat mana ya sekarang?" Tanya umi kehairanan.

Aku pun tertanya-tanya juga keberadaan Ikhmal walaupun dia menyakitkan hati. Yelah, dia pun dah jadi salah sorang geng aku sekarang ni, lonely together, haha.

"Trish, takyah sebok nak pasang telinga bila orang tua bercakap. Pi bawak makanan letak dekat meja makan sana." Sebelum sempat mama Ti menjawab pertanyaan umi, aku dihalau ke depan dahulu.

Apalah nasib jang oi.

Sampai sahaja Rayqal dan Iris, kami semua makan malam dahulu sebelum meneruskan perbualan. Banyak hidangan yang umi sediakan, semuanya air tangan umi sendiri. Dia lebih selesa masak sendiri untuk tetamunya, katanya gembira kalau dapat tengok tetamu berpuas hati dengan masakannya.

Selesai makan, aku dan Azaim melayan Iris di bilik Azaim. Pada mulanya Rayqal ada sekali dengan kami tapi dia terpaksa keluar untuk menjawab telefonnya.

"Kak, dah pukul 11.30 ni, Im dah ngantuk. Akak main lah dengan Iris kat luar. Esok ada quiz pulak tu."

"Yelah, yelah. Taknak layan kitorang janganlah nak bagi alasan pula." Aku mendukung Iris.

Azaim hanya membuat muka menyampahnya, sudah masak dengan perangai kakaknya ini.

"Apalah nasib kita Iris, selalu dicampak ke sana, ke sini macam bola. Takpe Iris, auntie Icha akan selalu di sisi Iris." Aku mencium lembut dahi Iris.

"Drama lah kau, Trish! Keluar cepat!" Azaim membaling bantal kepadaku.

Aku sempat mengelak dan bantal tersebut terkena dinding biliknya. Aku menutup mata Iris dan menjelirkan lidah ke arah Azaim, tanda protes.

Aku menuruni tangga menuju ke ruang tamu untuk mencari Rayqal.

"Abang nampak abang qal tak?" Aku berbisik kepada Abang Am kerana tidak mahu mengganggu perbualan antara parents aku dan parents Rayqal.

"Tadi nampak dia pegi laman belakang. Kenapa?"

"Iris ni nampak mengantuk je, dia kan tak boleh tido kalau takde bantal busuk dia. Nak minta kat Rayqal lah ni." Terangku.

Abang Am hanya mengangguk tanda faham. Aku terus mengorak langkah ke laman belakang rumahku.

Suara Rayqal yang begitu serius kedengaran dari jauh. Keadaan di laman itu terasa tegang dengan perbualan yang amat serius di antara Rayqal dan seseorang di telefonnya.

Aku cuba berselindung di belakang pintu, tidak mahu mengganggu Rayqal. Ketika itu, Iris sudah nyenyak tidur, mungkin sudah mengantuk sangat dari tadi bermain.

Aku memasang telinga untuk mendengar setiap bait kata yang keluar dari mulut Rayqal.

"You tak sayang anak ke?"

"Kalau you sayang Iris, you kena lah tunjukkan. Baik tak payah kalau cakap je tapi tak tunjuk."

"Senang je you cakap ye. Budak lebih rapat dengan orang yang layan dia masa kecik tau."

"I nak kita rujuk balik."

Mata aku membulat ketika mendengar ayat yang dikatakan oleh Rayqal. Terkejut, konfius, tidak percaya bercampur baur dalam fikiranku.

"Bukan untuk I, bukan untuk you, bukan untuk kita berdua tapi untuk Iris, anak kita, anak you, anak I."

"Kalau I anggap perkahwinan ni main-main, I akan ceraikan you la lepas nampak you dengan dia. Sebabkan I waras, I fikir Iris, fikir perasaan parents kita, I cuba baiki hubungan kita, pertahankan perkahwinan kita. Tak pernah terlintas pun dekat fikiran I untuk ceraikan you... Walaupun perkahwinan kita bukan atas dasar cinta..."

Aku menutup mulutku, sekali lagi aku terperanjat dengan kata-kata Rayqal. Selama ni aku tidak pernah ambil tahu kenapa Rayqal tiba-tiba melangsungkan perkahwinan padahal dia tiada kekasih pun ketika itu.

"Tolong lah Hana. I merayu dengan you. Kesianlah dekat Iris, you nak ke tengok dia membesar tanpa ibu disisi?"

"Kalau you taknak rujuk pun, I sanggup serahkan hak pengjagaan Iris dekat you. Setiap hari dia rindukan you, Hana."

Sayu aku mendengar rayuan Rayqal. Dalam kepalanya hanya ada tentang bagaimana tumbesaran Iris tanpa seorang ibu di sisi, langsung tidak kisah tentang dirinya bahkan perasaannya sendiri.

"Tolong lah Hana... Tolong lah..."

"Hana? Hana!"

Aku cuba melihat keadaannya dari lubang antara pintu. Rayqal menumbuk kuat meja di hadapanya, kesedihan dan kemarahannya bercampur menjadi satu. Dia berdiri, meletakkan tangannya di atas meja sambil memundukkan kepalanya ke bawah, memandang meja.

Air mata lelaki yang ditahannya selama ini akhirnya menitis setitik demi setitik. Badan dan mentalnya seolah-olah sudah tidak dapat menampung kekacauan yang dirasakannya.

Aku kembali memandang Iris di pangkuanku dan mencium lembut dahinya. Air mata aku juga menitis perlahan melihatkan Rayqal, seorang ayah yang sangat aku kagum kerana telah menguruskan anak, rumah dan kerja seorang diri tanpa peneman hidup di sisi, kini menangis tanpa suara ditemani kedinginan malam.

Sabarlah wahai insan bernama Rayqal.
Pasti ada hikmah terindah buatmu di kemudian hari.

"Trish? Buat apa kat sini?"

"Oh! Iris, dia dah tidur." Aku menghulurkan Iris kepada Rayqal dan pantas mengesat airmataku di pipi.

'Kantoi lah kau, Trisha.' Bisik hatiku.

"Em, Trish dah lama ke kat sini?" Raut wajah Rayqal tampak tidak senang.

"Eh takdelah, baru sangat. Kenapa bang?"

"Takde apelah." Rayqal tersenyum manis kepadaku.

Aku mengamati senyuman Rayqal, begitu cepat lelaki ini bertukar wataknya. Sungguh kuat dan cekal hatinya untuk mengukir senyuman selepas menangis dalam diam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience