B2

Romance Series 25673

"Jap Umi jap! Trish nak siap dah ni." Tergopoh-gapah aku menyarung kasut tumit tinggi ke kakiku.

"Anak dara apa siap lambat ni, dah ade suami nanti tahulah kena marah." Bebel umi.

Aku hanya tersengih memandang umi kesayanganku.

Kelam-kabut aku membuka pintu kereta belakang dan duduk di tepi tingkap belah kanan. Walaupun tempat duduk belakang ni kosong, aku tetap memilih untuk duduk di hujung sudut sekali.

Bak kata Umi, 'Trish ni, macam ade kawan berderet duduk belakang teman dia'.

Tapi aku tak kisah Umi nak ckp apa, yang penting aku dapat usha mamat yang drive sebelah kereta nanti, ngeh.

"Nanti dah sampai rumah kawan papa, umi nak kenalkan adik dengan anak dia, ok tak bang?" umi minta pendapat tentang idea bernasnya kepada papa.

"Anak dia yang mana satu?" Tanya papa kebingungan.

Sebenarnya sudah lama kami sekeluarga tak berjumpa kawan papa itu. Kali terakhir ketika aku masih budak hingusan, darjah 3.

Disebabkan kawannya, Encik Syam itu berpindah ke Kedah kerana tuntutan kerja yang perlu dilunaskan, makin jaranglah papa bertemu dengannya. Berjumpa pun jika ada perkara mustahak. Itupun hanya mereka berdua je yang bersua muka.

Perkara apa yang mustahak sangat tu? Rindu lah, apa lagi.
Kawan sejak tadika kau tahu.

"Ish, abang ni. Anak mana lagi? Kemal tu lah, anak laki dia kan sorang je." Umi mencebikkan bibirnya tanda merajuk.

"Oh, haah! Abang lupa lah sayang. Dah lama tak jumpa dorang sekeluarga, kalau jumpa pun, Syam sorang je."

Aku hanya memasang telinga di belakang. Mereka mungkin ingat aku sedang tido. Oh tidak mungkin, aku hanya menutup mata, telingaku dipasang dengan rapi untuk mendengar perbualan umi dan papa.

Yelah, kalau aku sedar ni, takdanya umi dengan papa nak buka mulut pasal benda ni. Tup tup, aku dah jadi tunangan orang tanpa rela.

Ish! Taknak aku!

Atleast sekarang aku dah bersedia bila umi dan papa bincang dengan Ayah Syam dan Mama Ti nanti takdelah aku tiba-tiba berdrama melayu, terjelepok menangis tak tentu pasal.

"So abang, ok tak cadangan saya ni?" Tanya umi untuk kali kedua, mahu mendapatkan kepastian mungkin.

"Ikut awaklah. Kalau benda baik, saya follow je." Papa hanya ikutkan kata-kata umi.

Adush papa! Kenapa follow je ni!

"Ha Trish! Mimpi buruk ke?" Jerkah Umi.

Aku pantas membuka mata. Rupanya umi sedang melihatku yang asik melayan perasaan sambil menutup melalui cermin pemandu di hadapan.

Aku membetulkan posisiku dan menjengulnya kepalaku ke tempat duduk hadapan.

"Umi nak buat apa kenalkan Trish dengan Kemal tu, Trish tak minat pun dengan dia. Dahla hingus pun tak reti nak lap, eee!" Aku merungut apabila kenangan lama terimbas kembali di ingatan.

"Ape pulak cakap macam tu, masa tu dia baru darjah 4, janganlah nak dibandingkan dengan sekarang, dia dah 24 tahun tau. Entah-entah nanti kamu yang over  suruh umi masuk meminang dia."

Aku memcebikkan bibir tanda tidak setuju dengan kata-kata umi.

"Ingat, selagi kamu tak cari bakal menantu umi, selagi tu umi akan cari sendiri." Umi memberi peringatan buatku.

Bukan aku taknak cari, rasa sayang ni masih bersisa. Ya, aku tahu perkara lama jangan dikenang, tetapi makin dilupakan, makin jelas di ingatan.

"Abang Am dengan abang Aisy tu tak khawin-khawin lagi, umi tak bebel pulak kat dorang. Kite yang masih mentah ni pula yang kena." Aku mencebikkan bibir lagi.

"Lelaki ni suka main-main dulu. Nanti dah tua baru sebok nak cari isteri, alamatnya dah bertongkat lah baru umi merasa timang cucu, entah-entah tu pun baru sorang je." bebel umi.

Aku hanya berdiam diri mendengar kata-kata umi. Aku bersandar semula ke tempat duduk belakang. Kepalaku mula menerawang memikirkan cara untuk mencari solusi masalah duniaku ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience