B19

Romance Series 25673

Malam ini ialah malam yang dinanti-nantikan oleh seluruh ahli keluargaku. Mereka menemani aku bersiap untuk makan malam dengan Nik di sebuah restoran pilihan Abang Aisy.

'Dorang ni terlebih excited pula' Getus hatiku.

"Cantiknya anak umi ni." Puji umi.

"Cantiklah pakai mekap." Celah Abang Aisy.

Aku mencerlung tajam ke arahnya.

"Biarkan dia Trisha, Abang kamu tu jeles dia kan takde makwe." Papa membalas balik serangan Abang Aisy.

Kami sekeluarga ketawa besar kecuali Abang Aisy yang membuat muka masam.

"Elok-elok dik, jangan buat perangai ya." Pesan Abang Am.

"Kalau dia annoying, cepat-cepat WhatsApp Im, nanti kitorang sampai kay." Pesan Azaim pula.

"Ish kamu berdua ni, lebih pula gelabahnya. Yang nak perginya Trisha bukan kamu." Celah umi.

Aku ketawa kecil dan menjelirkan sedikit lidah kepada mereka, tanda kemenangan berpihak kepadaku.

Selepas aku bersiap, aku menuruni tangga menuju ke pintu rumah. Nik sudah sampai dan sedang berbual dengan abang-abangku dan papa di luar.

Aku, umi dan Azaim mendekati mereka. Sebelum aku masuk ke dalam kereta, aku mencium tangan umi, papa, Abang Am, Abang Aisy dan Azaim mencium tanganku, aku kan kakak, haha.

"Balik sebelum pukul 10 ya. Hati-hati." Pesan papa.

Aku hanya mengangguk dan masuk ke tempat duduk sebelah pemandu. Nik menekan minyak dan kami perlahan-lahan menjauhi rumahku syurgaku.

Suasana di dalam kereta sunyi sepi tanpa sebarang perbualan mahupun lagu yang berkumandang daripada radio. Tidak pernah aku berasa sejanggal ini dengan orang lain.

Macam mana ni, Trish.
Dia lelaki, dia lah yang patut mulakan perbualan.
Halah, halah, halah.

"Ehem, awak Nik kan?" Pantas aku menepuk mulutku.

'Ish! Trisha!!! Kau ni kenapa, mestilah Nik! Baik kau diam jelah.' Getus hatiku.

Muka Nik tidak berubah langsung seakan-akan aku sedang keluar makan malam bersama robot, makhluk yang tiada perasaan.

"Kita dah nak sampai." Nik bersuara.

Akhirnya bersuara pun.
Tapi tulah tetap rasa macam dinner sorang-sorang, waze je yang berbunyi.
Heh!

Nik membuka pintu untuk aku keluar dari kereta. Kami berdua memasuki restoran mewah itu dan seorang perempuan menunjukkan tempat duduk kami.

Selepas memesan makanan, suasana di antara kami kembali janggal. Kami seperti bukan keluar bersama, masing-masing memandang tempat lain, kadang-kadang ke kiri, ke kanan, kejap-kejap main telefon.

"Em, saya... Aku minta maaf kalau kau rasa tak selesa dengan aku." Nik bersuara.

"Eh takde apalah, saya ok je. Awak senior Azaim kan?"

"Azaim?"

Aku menepuk dahi perlahan.

"Sorry, Aqil."

"Oh, haah. Dia pendiam je aku tengok, ingatkan geng anime rupanya bukan."

"Haha, sekarang dia baru berjinak dalam dunia anime sebab kawan-kawan dia suka cerita pasal anime dekat kolej. Tu yang dia pun sebok nak masuk line." Panjang lebar aku menerangkan.

Nik ketawa kecil.

"Em, kau ok kan kalau aku guna 'kau aku'?"

"Eh, boleh boleh. Asalkan kau tak kekok."

Cewah aku, haha!

"Aku kagum tengok kau, cepat je masuk dengan orang lain, peramah sangat."

"Eh, biasa-biasa je. By the way, thank you. Kerja kat mana eh?"

"Rumah." Nik tersenyum ke arahku.

Aku mengerutkan dahi, kehairanan.

"Aku developer game."

"Wow, fantastic! Mesti pro main game kan sampai jadi developer. Bolehla ajar aku main game nanti." Balasku dengan nada teruja.

Sekali lagi, Nik ketawa kecil.

"Boleh je, anytime aku boleh ajar."

Suasana yang janggal tadi disirami dengan suara rancak daripada perbualan kami. Lama kami berbual sehinggalah selesai makan pencuci mulut.

Kami mengambil keputusan untuk pulang ke rumah selepas melihat jam yang sudah melebihi 9:30 malam. Kami sempat membalas lambaian sebelum aku masuk ke dalam rumah.

Apabila aku menjejakkan kaki ke dalam rumah, aku melihat semua ahli keluargaku setia menunggu di ruang tamu.

'Dah agak pun...' Bisik hatiku.

"Macam mana dinner tadi?" Tanya umi.

"Not bad. Stepler mulut dia tercabut kut, tu yang banyak juga kitorang berbual tadi"

Umi menepuk kuat bahuku.

"Ish kamu ni, Trisha. Mulut kamu tu yang umi stepler nanti."

Aku tersenyum kambing ke arah umi.

"Nice kak! Jarang tau dia nak berbual dengan orang." Celah Azaim.

Perbualan kami dihentikan oleh bunyi deringan telefonku. Tiada nama yang tertera di skrin telefon, aku terpaksa menjawabnya takut customer yang call tanya pasal bunga tempahan mereka.

Aku meminta diri masuk ke bilik untuk menjawab panggilan.

"Helo?" Sapaku.

"Hai Trisha. Ni Suhayl, lelaki paling hensem dan famous yang pernah kau jumpa."

Aku membulatkan mata, tidak percaya dengan apa yang aku dengar.

"Kau memang tak faham bahasa eh, Suhayl?" Tanyaku dengan nada marah.

"Trisha, dengar dulu apa yang aku nak cakap."

"Apa dia? Cakaplah, asalkan lepas ni kau tak ganggu sedetik pun hidup aku."

"Ada rahsia yang aku simpan disebalik penipuan aku tu. Aku buat untuk protect kau, trust me."

"Kalau kau nak ungkit kisah lama, tak payah la. Aku dah lama maafkan."

"Then, kenapa kau masih bermasam muka dengan aku?"

"Aku maafkan tak bermakna aku lupakan."

Terdiam kaku Suhayl mendengar kata-kataku.

"Kalau kau taknak cakap apa-apa lagi, bye." Tambahku.

"Kejap-kejap, aku nak kau tahu kenapa aku buat semua tu, mungkin benda ni boleh ubah fikiran kau."

"Kalau boleh ubah sekalipun, aku tetap taknak dengar sepatah pun. Cukuplah kau dah musnahkan masa remaja aku." Cepat-cepat aku menekan butang merah untuk mematikan panggilan itu.

Kadang-kadang aku berasa serba salah juga dengan Suhayl kerana aku tidak pernah memberi dia peluang untuk membela diri sendiri. Tapi perasaan marahku ini lebih menguasai dari rasa simpati aku kepada Suhayl.

Buntu dengan perasaan sendiri.
Aku takut tersakiti lagi,
Atau takut berubah hati?

Berbaloikah jika peluang kedua yang diminta?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience