Bab 5

Family Series 23854

Hazrin Fathiq P.O.V

Krrriiingggg......

Loceng sekolah berbunyi. Tandanya, masa persekolahan sudah tamat.

"Terima kasih cikgu!" Zack bersuara kuat disusuli dengan suara kami.

Setelah cikgu Katrina yang mengajar subjek Kimia keluar, semua pelajar mula mengemas buku.

Qaidar dan Raqif yang sudah siap kemas, terus berjalan keluar dari kelas meninggalkan aku yang masih belum siap kemas.

Aku agak terkesan dengan tindakan kawan-kawannya. Tetapi aku hanya berlagak selamba.

Dari tadi, diorang langsung tak cakap dengan aku sepanjang sesi persekolahan ni. Mesti pasap kes perempuan bisu tu.

Ah, aku kisah apa?

Aku menggalas beg pada bahu kiri. Dengan hati yang sebal, aku keluar dari kelas.

Aku mendengus melihat susuk tubuh yang paling dibenci sedang berdiri di hadapan kelas seperti menunggu aku.

"Datang juga kau ye? Ingat dah mampus dah dekat tepi jalan." Aku berkata selamba. Sengaja mahu sakitkan hati dia.

Tetapi ku lihat Fathia masih tersenyum. Aku terus beredar. Sakit hati aku pula tengok dia senyum.

"Cepat ah!" laungku yang sudah mendekati motosikal. Ish, lembap betul lah perempuan tu!

Fathia kelihatan terkebil-kebil.

"Naiklah motor ni cepat!" Ada juga yang aku lempang karang.

Dia menghampiri aku sambil garu tudungnya.

"Aku tak nak ibu ingat kau tak balik sekali dengan aku. Nanti telinga aku yang kena padah." ujar aku siap-siap. Takut pula perempuan bisu ni salah faham.

Fathia tersenyum manis.

*Baik*

Dia perlahan-lahan menaiki motosikal milik aku.

____

Hazrina Fathia P.O.V

Kami sudah tiba di rumah teres. Aku turun dari motosikal lalu lap baju kurung.

"Jangan kau berani report ibu atau abah. Kalau tak, aku akan seksa kau lagi teruk." Fathiq memberi amaran kepadaku.

Aku tersenyum.

*Thia janji tak akan bagitahu*

Fathiq sempat mendengus sebelum masuk kedalam rumah.

Aku mengeluh. Aku tak nak bagitahu bukannya kerana aku takut dengan ugutan abang Fathiq. Memang aku tahu abang Fathiq pasti akan seksa aku lagi teruk disekolah.

Tapi, aku takut. Aku takut abang Fathiq makin benci aku lagi kalau aku bagitahu.

Aku menggeleng perlahan. Aku tak nak abang Fathiq makin benci aku. Aku tak nak ibu dan abah marahkan abang Fathiq.

Macam mana ya nak buat abang Fathiq tak bencikan aku?

"Ko tercegat apa lagi?! Masuk ah!" jerkah Fathiq perlahan takut ibu dengar.

Aku hanya senyum. Perlahan-lahan aku masuk kedalam rumah.

____

"Thia macam mana first day sekolah? Okay?" Ibu mulakan sesi borak sambil makan bihun goreng.

Aku yang sedang mengunyah bihun goreng terus terhenti.

Aku sedaya upaya cuba mengukir senyuman manis kepada ibuku. Kemudian aku membuat thumb up.

Ibu mengangguk-ngangguk lega.

Kalau lah aku boleh beritahu ibu....

"Ai, Thiq. Kenapa senyap je?" tegur ibu melihatkan Fathiq hanya sepi. Makan bihun goreng pun macam nak tak nak je.

"Salah ke Thiq senyap?" bidas Fathiq. Dia pandang bukan kearah ibu tapi aku.

"Sekali sekala nak jadi bisu, apa salahnya?" sinis Fathiq cuba provok aku. Dia tersenyum mengejek sambil pandang aku tepat.

"Hazrin Fathiq!" jerit ibu sambil renung Fathiq tajam. Barangkali geram sangat dengan perangai Fathiq yang suka menghina.

"Why? Tak boleh ke ibu?" tanya Fathiq selamba seolah dia tak bersalah.

"Jangan biadap dengan adik kamu, Thiq!" marah ibu.

Fathiq terus angkat kaki keluar dari ruang makan.

"Fathiq! Fathiq!"

Tetapi Fathiq langsung tidak endahkan panggilan ibu. Dia terus mengapai kunci motor lalu keluar.

Kedengaran satu keluhan keluar dari mulut ibu. Aku pandang ibu. Aku tahu ibu sedang runsing.

Aku pegang tangan ibu. Aku tersenyum.

*Tak mengapa ibu. Thia tak kisah*

Serentak air mata ibu bertakung. Dia memeluk aku.

"Maafkan ibu, nak. Kamu terpaksa terseksa.... Maafkan ibu."

Aku masih senyum sambil menggeleng.

Ibu tak salah....

____

Aku sedang berdiri menghirup udara segar di waktu malam ini. Angin sepoi-sepoi menampar pipi aku.

Ruang balkoni tempat aku bersendirian.

First day di sekolah sangat teruk.

Sudah lah kena tinggal oleh abang sendiri, ada problem pula dekat kelas tadi.

Aku membuka diari aku. Pen diambil.

2.1.2018

'Tadi pagi, abang Thiq tinggalkan aku dekat tepi jalan sorang-sorang. Aku rasa sedih sangat. Rasa terhina. Kenapa abang Thiq buat macam tu dekat aku?

Tapi tak mengapa. Aku maafkan abang Thiq. Sebab aku sayangkan dia sangat-sangat walaupun dia benci aku. Benar lah kata orang, cinta itu aneh.

Aku yakin. Aku dapat tukarkan rasa benci abang Thiq kepada cinta iaitu sayang.

Walaupun abang Thiq selalu herdik, maki, hina aku, aku tak kisah. Aku tetap sayangkan abang Thiq!

Tetapi jujurnya, aku terasa hati dengan abang Thiq.

Salah ke aku dibesarkan sebagai manusia yang tidak mempunyai keupayaan untuk bercakap?

Aku percaya ALLAH ada rancangan yang sebaik-baiknya untuk aku. Takdir aku. :)

Mujur ada cikgu datang membantu. Aku tahu cikgu itu terasa hati dengan aku kerana aku langsung tidak bercakap.

Mahu buat macam mana lagi? Dah aku ni bisu!

Masuk ke kelas, aku duduk dibarisan belakang. Tiada berteman. Langsung tiada sesiapa pun nak tegur aku.

Aku rasa sunyi.....'

Setitis air mata turun membasahi muka surat diari itu.

Aku meneruskan menulis diari.

'Kenapa tiada siapa sudi bercakap dengan aku?

Ada juga lah aku cuba untuk join satu group ni, tapi apa yang aku dapat?

Satu jelingan tajam.

Silap, bukan satu. Tapi lima.

Aku hanya duduk dikelas seorang diri.

Kenapa takdir aku begini?

Aku bukan mahu pertikaikan takdir yang telah ALLAH tetapkan untuk aku. Tapi aku tak boleh terima.

Ya ALLAH, tolong berikan lah aku secebis ketabahan untuk aku mengharungi hari yang lain.

Love,
Thia'

Aku menangis teresak-esak sambil menekup buku diari aku pada dada.

Kenapa ujian yang Allah tetapkan terlalu susah untuk hamba-Mu ini, Ya Allah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience