Bab 2

Family Series 23854

"Awal bangun." Perli Puan Adibah pedas setelah melihat Fathiq sedang menuruni tangga.

Tersengih Fathiq bersahaja melihat ibu dan abahnya yang sedang duduk diatas meja.

Sudah menjadi tabiat dan etika untuk menunggu semua ahli keluarga berkumpul sebelum menikmati hidangan bersama-sama.

Fathiq ketap bibir apabila dia terpaksa duduk dihadapan Fathia yang sedang tersenyum manis kepadanya. Fathiq buat rolling eyes, menyampah.

"Thiq, baca doa." arah Encik Yussri apabila melihat Fathiq mahu menyumbat spaghetti kedalam mulutnya.

Fathiq berdehem mahu cover malu lalu menadah tangan, membaca doa. Usai itu, mereka makan hidangan itu.

"Thanks ibu buat nescafe." ucap Fathiq sambil pandang ibunya. Dia meneguk air nescafe itu. Hrmm... Sedap!

"Bukan ibu yang buat. Thia yang buat." jawab Puan Adibah.

Berubah air muka Fathiq. Nescafe ini.... sangat luar biasa sedapnya.

"Oh, patut lah manis sangat.  Bukan style ibu ni." kata Fathiq tiba-tiba. Terselit angkuh pada bicaranya. Dia mengeluarkan sedikit lidahnya dengan muka yang jijik. Kemudian, dia meletakkan cawan itu semula.

Tersentak Fathia mendengar komen dan reaksi Fathiq. Manis sangat ke? Dia mana letak banyak gula pun.

"Kamu merapu apa ni, Thiq? Elok je abah minum. Manis pahit je." Berkerut dahi Encik Yussri sambil merenung muka anaknya. Ini tipu ke apa ni? Tak ada lah manis tahap kencing manis ke apa. Rasa manisnya seimbang dengan rasa pahit. Fathiq punya reaksi macam rasanya tahap potong kaki pula.

Puan Adibah yang melihat dua anak beranak itu menuang jug nescafe kedalam cawan. Dia menghirup air itu sedikit demi sedikit.

"Sedap je, Thiq. Tak manis sangat pun. Lidah kamu ada problem ke?"

Fathia tersenyum lega. Mujur ibu dan abahnya telah mengesahkan bahawa nescafe nya tidak manis.

Fathiq buat muka tak puas hati sambil berpeluk tubuh.

"My tongue doesn't have any problem." balasnya tidak bersalah, tetap nada angkuh.

Mereka meneruskan makan. Kemudian, Puan Adibah mencelah.

"Thia, UPSR kamu 6A kan?"

Fathia mengangguk. Fathiq pula tidak lalu pula nak makan apabila isu UPSR disebut. Ibu nak bangga dengan keputusan budak bisu tu ke?

"Thia dapat masuk sekolah sama dengan Thiq! Tahniah ya!" ucap Puan Adibah sambil senyum. Encik Yussri turut senyum.

Fathia terkedu. Dia tak buat permohonan pun masuk kesekolah abangnya. Dia pandang abangnya.

Fathiq seperti tercengang dengan kata-kata ibunya. The what? Budak cacat ni akan masuk sekolah aku? Biar betul? Tak akan lah aku nak habiskan tahun terakhir aku sebagai budak sekolah dengan menghadap budak cacat ni?

"Thiq, Thia akan sekolah dekat sekolah kamu. Jaga dia baik-baik-baik ya?" pesan Puan Adibah.

It's a no.

"Thiq! Kamu nak kemana?!" laung Puan Adibah. Tiba-tiba je bangun dari meja makan.

"Lepak mamak. Menyampah pula makan semeja dengan budak cacat." balas Fathiq sambil menjeling Fathia.

Fathia menundukkan wajahnya sambil ketap bibir menahan sebak.

"Hazrin Fathiq!!!" jerit Encik Yussri dengan mukanya yang merah menyala. Berani Fathiq hina adik kandungnya sendiri?

Fathiq terus keluar dari rumah. Encik Yussri picit dahinya. Pening betul dia dengan anak sulungnya ini!

Fathia ukir senyuman tipis. Dia pegang tangan abahnya.

*Biar je lah dekat abang Thiq. Dia cuma tak suka Thia sekolah dekat sekolah dia je.*

"Tapi dia hina Thia!" balas Encik Yussri bengang.

Fathia senyum lagi. Senyuman yang ikhlas.

*Sebab abang benci Thia.*

Puan Adibah mengetap bibirnya. Ya Allah... Apa yang dia perlu lakukan supaya Fathiq mula menyayangi Fathia seperti adik kandungnya?

_______

Hazrin Fathiq P.O.V

"Urghhh!"

Aku mendengus kasar lalu meletakkan teh tarik diatas meja, kasar. Persis minum minuman air keras aja lagaknya.

Tak habis-habis dengan budak cacat tu! Sudah lah seksa aku duduk serumah dengan dia, dekat sekolah pun kena hadap budak OKU tu juga?!

"Woa.. Woa.. Asal kau ni, Fathiq? Tiba-tiba ajak kitorang lepak mamak. Last-last kau mengamuk macam Lion King. Pe citer, bro?" soal Raqif bertalu-talu.

"Period kau dah datang ke, der?" Tanya Qaidar selamba.

Raqif pukul kepala Qaidar. "Ishh, sengal lah kau ni, Qai!" Kemudian mereka sama-sama ketawa kuat.

"Korang jangan sampai aku hempuk kepala bengong korang ni." Ujar Fathiq keras.

"Jangan lah! Habis formula add math aku keluar dari otak aku!" omel Qaidar sambil usap kepalanya.

"Oh! Aku hempuk kepala kau, tak keluar ke formula?" tanya Raqif.

"Nope. Kau hempuk macam kau hempuk angin doh."

"Kau nak rasa kena hempuk dengan angin sekali lagi ke?"

"Shut up!!" Tengkingan Fathiq serta merta mematikan pertengkaran mereka. Mereka terdiam.

"Siapa yang berani buat mood kembar aku macam taufan ni?" soal Raqif lalu menghirup air sirap. Dis menyumbat potongan roti canai kedalam mulutnya.

Qaidar memandang dia pelik. "Sejak bila Fathiq lahir dari rahim ibu kau, Qif ?"

Raqif tayang sengih. "Kitorang kembar tapi bukan dari rahim yang sama. Nama kan lebih kurang?"

Qaidar buat muka toya lalu mengunyah roti tisu. Layan Raqif yang biul buat dia jadi gila! Eh, kau pun biul Qaidar.

"Aku stress ni dengan adik aku. Silap-silap, aku tak belanja korang punya makanan ni." kata Fathiq memberi amaran pada hujung ayat. Dia memandang dua rakan dia serentak.

Raqif order roti canai dan air sirap. Nampak macam murah kan? Tapi roti canai tu 3 biji! Dasar perut alligator! Qaidar pula makan roti tisu dan milkshake banana. The what? Pepagi ni minum milkshake? Gila ke apa?

Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Bila aku whatsapp ajak lepak mamak dan aku akan belanja, terus diorang setuju. Ya, setuju. Setuju untuk menghabiskan duit saku aku! Hampeh punya kawan!

"Adik kau?" soal Qaidar serius. Okay, this time no playing around. No more silly joke. Dia sebernanya tidak tahu apa masalah Fathiq dengan Fathia sampai Fathiq membenci Fathia sangat sangat. Siapa je yang tak tahu Fathiq benci Fathia?

"Ya. Dia akan masuk sekolah aku!" dengus Fathiq sambil menyerabutkan rambutnya.

"Pembetulan. Sekolah kita." balas Raqif. Pasal Fathiq yang benci Fathia, dia memang tak suka. Apa ke patut bencikan adik kandung kerana dia selalu dapat perhatian? Macam budak-budak lah! Lagipun, Fathia ini tidak mempunyai keupayaan untuk bersuara. Memang tak mature betul si Hazrin Fathiq ni.

"Whatever."

Raqif mengeluh. Okay apa kalau Fathia masuk sekolah sama dengan kita! Tapi itulah, si Fathiq ni allergic Fathia.

"So what? Asal kau kisah sangat?" tanya Qaidar tak puas hati. Sekolah sama je kot! Bukannya Fathia akan pindah masuk ke rumah Fathiq bila Fathiq berkahwin dengan isterinya pun! Buat teruk ah mamat ni!

"Asal aku kisah? Aku kan benci dengan budak bisu tu!" jawab Fathiq sambil buat memek benci.

"Budak bisu tu adik kandung kau okay." Geram betul Qaidar dengan Fathiq. Selalu sangat benci Fathia. Padahal Fathia anggap Fathiq macam abang kandung dia sendiri.

Fathiq merengus. Kawan-kawan dia pun nak backup budak bisu tu juga ke?

"Aku harap kau tak akan buat prank dekat adik kau ye." Raqif memberi amaran keras. Mampus kalau Fathiq nak buat prank dekat Fathia!

Raut wajah Fathiq bertukar. Dia mengukir senyuman sinis yang tampak kejam.

Raqif dan Qaidar meneguk air liur. Mereka sudah tahu apa yang ada dalam fikiran seorang Hazrin Fathiq.

Qaidar menjeling Raqif tajam. Mulutnya bergerak-gerak tanpa suara.

'Kau punya fasal lah ni!'

Raqif ketap bibir sambil jungkit bahu.

'Mana pula aku nak tahu?'

Mereka pandang Fathiq pula serentak.

Senyuman sinis Fathiq sangat menggerunkan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience