Bab 20

Family Series 23854

No one P.O.V

Day Second.

" Perggghhhh!! Sedap bebenor pancake ni! " Hannah mendesah dengan suara yang benar-benar puas hati.

Sekarang ini, mereka sedang menjamu selera di Resort Casaville. Semua pelajar dan guru memakan sarapan pada pagi ini.

Fathia tersenyum sambil menyuap cereal kedalam mulutnya. Kemudian dia menghirup air chocolate.

Hidangan yang benar-benar enak! Fathia bagi five stars!

Tapi,

Dia sangat kagum dengan Hannah. Baru semalam, dia menangis. Hari ini sudah ceria kembali.

Bagus, Hannah. Aku bangga dengan kau. Hatinya berbisik bangga.

" Agaknya kejap lagi kita nak kemana ah? " soal Hannah dengan mulutnya yang penuh dengan pancake.

Fathia mencatat sesuatu diatas buku nota yang selalu dibawa bersamanya.

'Sir cakap pagi ni pergi Melaka River Cruise'

Hannah terlopong.

" Wuishh! Aku dah lama nak pergi situ. Yeay! " Hannah menjerit keriangan.

" Guys!!! Siapa yang dah habis makan, cepat masuk dalam bas!! " teriak Cikgu Melati bersama Teacher Sally disisinya.

Cepat-cepat Hannah dan Fathia menghabiskan makanan mereka. Kalut sekali mereka menyumbat makanan kedalam mulut mereka.

Mana tak kalut melihat sudah ramai orang menghabiskan makanan mereka dan berura pergi ke bas?

_________

" Segarnya! "

Naufal berdiri sambil mendepakan tangannya. Langsung tidak terkesan apabila boat sudah bergerak.

Mereka sekarang sedang menaiki boat, Melaka River Cruise.

Fathia turut menghirup udara segar. Memang segar!

" Thia, nak buat aksi ala Titanic tak? " soal Hannah sambil menjungkit-jungkit keningnya.

Fathia tertawa lucu. Nak buat duo ke?

Fathia terpandang Fathiq yang sedang duduk disatu sudut.

Dia mengukir senyuman saat melihat Fathiq juga seperti sedang tersenyum dengan kesegaran.

__________

Usai turun dari bas, mereka berjalan ke Muzium Maritim.

Terkaku Fathia melihat kapal yang besar lagi gah itu.

First time dia datang ke Muzium Maritim! Selama ini dia selalu lihat daripada photo aje, sekarang sudah berada didepan mata!

" Ramainya orang... " keluh Rasyid, murid form 2 yang kebetulan berada disebelah Fathia.

Fathia dalam diam bersetuju. Begitu ramai pelancong sedang beratur. Semuanya mahu masuk kedalam Muzium Maritim.

" Aduh, patutnya datang sini waktu malam lah!" dengus Hannah sambil meletakkan tangan pada pinggang kanannya.

Fathia mengangkat kening sambil membuat memek muka 'kenapa'

" Waktu malam, nanti dorang buka lampu. Cantik gila kot!! "

*Kau dah pernah datang sini ke?*

Fathia menyoal dalam bahasa isyarat. Semalam baru dia tahu, Hannah ini mahir juga dalam bahasa isyarat. Tidak lah mahir, hanya ala kadar aje.

" Tak pernah. Aku cuma tengok dalam gambar je. " balas Hannah jujur.

Fathia hanya mengangguk-nganggukkan kepalanya.

Dan setelah hampir 15 minit menunggu, mereka masuk juga.

__________

Hazrina Fathia P.O.V

Kami terus balik semula ke Resort Casaville untuk rehat dan solat.

Sepanjang petang ni, kami boleh buat apa aje yang kami suka. Malam ni, baru boleh keluar.

Bak kata Teacher Sally lah.

Aku keluar dari bilik. Hannah sedang solat. Aku?

Aku angkat red flag. Can't pray.

Tak akan lah nak terperuk dalam bilik je kan?

Aku berjalan ke kolam. Aku pandang kolam itu lama.

Kan bagus, kalau aku bisa mandi di kolam.

Aku ada trauma. Phobia.

Waktu aku kecil dulu, aku pernah lemas sewaktu mandi dekat air terjun. Dan insiden itu hampir meragut nyawa aku.

Semenjak insiden itu, aku terus trauma dengan air yang dalam.

Contohnya, air terjun, laut dan kolam yang dalam.

Aku rasa kolam ni dalam. Sebab semalam, aku tengok Syadiq, form 5 si galah itu berenang dekat kolam ni.

Dan paras air kolam ialah paras pusat Syadiq. Boleh bayangkan tak?

Dalam betul kan?

Disini, ada dua kolam. Kolam bahagian kanak-kanak di sebelah sana.

Hanya untuk kanak-kanak yang berusia 12 tahun kebawah.

Aku still 13 kan?

BBUKK!!

Aku terkapai-kapai di kolam renang itu. Kaki aku tidak dapat menjejak lantai.

Ingin sahaja aku melihat siapa yang menolak aku, tetapi pandanganku agak kabur.

Aku mengalami kesukaran untuk bernafas. Tangan aku diangkat untuk mengimbangkan badan aku.

Aku mahu menjerit, meminta pertolongan.

Tetapi apakan daya. Aku mana lah boleh bercakap bukan?

Kaki aku terasa kejang tiba-tiba. Perlahan-lahan kepala aku semakin kebawah sehingga aku tidak dapat bernafas.

" HAZZ!!!!!! "

Suara itu. Aku kenal empu suara itu.

BBUKK!!!

Naufal terus terjun kedalam kolam renang. Dia berenang kearah aku.

Tangan aku dipaut kemudian dia mendukung diri aku.

Perlahan-lahan dia naik kedaratan semula.

Sempat dia menjeling Fathiq yang berdiri ditepi kolam.

" Kalau ada apa-apa terjadi dekat Hazz, aku tak akan maafkan kau! " Ujar Naufal keras.

Naufal terus berlalu pergi.

" Fathia!! "

Hannah berlari kearah tubuh yang didukung Naufal. Tubuh itu sangat sejuk sangat. Aku menggigil-gigil.

Hannah memandang Fathiq.

" Senior bawa dia masuk. Saya nak jumpa someone. "

Hannah pergi ke Fathiq.

" How could you do that to your own sister?! " soal Hannah tidak percaya.

Dia sudah lihat semuanya. Fathiq yang menolak Fathia!

Fathiq merenung Hannah tanpa riak. Riaknya hanya bersahaja.

" You are less than human. Sorry, you're not even a human. You are more than monster. Monster is better than you." Jengkel Hannah bersuara sebelum meninggalkan Fathiq disitu.

Fathiq ukir senyuman sinis.

'Padan muka.' desis hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience