Bab 16

Family Series 23854

Hazrin Fathiq P.O.V

Berdasarkan pemerhatian aku, Fathia sudah punyai kawan iaitu Hannah.

Hannah. Perempuan yang telah menggelar aku monster.

Aku mencebik. Hek eleh minah tu! Fikir aku heran sangat ke ah, budak mentah?

Gelar lah aku apa pun, aku tak kisah lah!

Aku terpandang senarai nama pelajar-pelajar Kelab Bahasa.

Gigi dikacip. Kenapa kau masuk kelab ni?

______

Hazrina Fathia P.O.V

"Fathia!!"

Langkah aku terhenti. Aku toleh. Melihat Hannah yang sedang berlari kearah aku membuatkan aku tersenyum lebar.

Ya, aku dan Hannah sudah berkawan rapat. Aku sudah solat istikharah. Dan Hannah lah kawan yang kucari. Kawan baik.

Secara tak langsung, Asmida dan Farah juga menjadi kawan aku walaupun tidak lah terlalu akrab sepertimana aku dengan Hannah.

"Aku dah join kelab bahasa!" ujarnya ceria sambil melonjak keterujaan.

Membulat mata aku. Dia join kelab bahasa? Bukannya dia kelab fotografi ke?

"Saja. Aku nak kelab dengan kau." Kata Hannah bersahaja.

"Tapi unit beruniform dengan sukan aku tak boleh tukar. Aku St. John, uniform dah beli. Sukan pula aku netball, nanti competition. So aku boleh tukar kelab je lah." sambung Hannah lagi.

Aku hanya mengangguk-ngangguk. Okay juga tu! Aku pun tak ada geng!

"Korang borak apa lagi tu? Jom rehat!!" teriak Farah dari jauh. Asmida hanya menggelengkan kepalanya dengan telatah rakan-rakannya.

Aku terus bangun dari kerusi. Senyuman lebar jelas terukir.

Ibu, abah, Thia dah ada kawan!!!

_______

"Perghhhh!! Meleleh-leleh cupcake mak kau, Mida!" Farah menjerit teruja. Coklat pada cupcake meleleh!

Asmida tersengih bangga. "Biasa lah. Chef mak aku kot!"

"Mak kau yang buat, bukan kau. Perasan!" cebik Hannah seraya menjegilkan kedua biji matanya kepada Asmida. Bajet betul lah minah ni!

"Well, aku ni chef assistant. Jeles?" Asmida menjungkit-jungkit keningnya, angkuh.

Serentak Farah dan Hannah buat muka toya sambil buat menjulingkan matanya ketepi. Makin angkat bakul sendiri betul lah Asmida ni!

Mahu tergelak aku dengan telatah mereka. Tapi aku hanya tersenyum. Nak gelak? Tapi aku tak boleh gelak. Senyum je lah!

"Fathia, kau nak?"

Pelawaan itu bukan daripada Asmida tapi Farah. Farah merampas cupcake pada pegangan Asmida lalu dihulurkan kepada aku.

Tanpa segan silu, aku mengambil cupcake itu. Lalu digigit perlahan. Aku mengunyah-ngunyah cupcake itu. Perghhh! Melt in the mouth bak kata omputih!

"Siapa tuan cupcake ni?" soal Asmida seakan malas mahu melayan.

Farah tersengih kemudian dia menjawab..

"Mak kau!" jawab Farah dan Hannah serentak.

Dan meja itu dipenuhi dengan gelak ketawa kami. Ya, aku ketawa. Aku ketawa didalam hati

Sungguh aku berasa amat bahagia!

______

BBUK!!

Naufal terduduk apabila pipinya ditumbuk oleh Qaidar. Terteleng sedikit mukanya ketepi dek tumbukan yang terlalu padu itu.

"Kau apesal ah?!" jerkah Naufal. Tak ada angin tak ada ribut terus kena tumbuk ni kenapa? Ingatkan Qaidar ajak ke belakang bangunan sebab nak settle kan apa-apa ke. Ini hadiah tumbuk pula yang dia dapat?!

"Aku nak bagi warning dekat kau. Stay away from Fathia. Dia tak layan lah budak sampah macam kau." ujar Qaidar keras.

Naufal tergelak sinis. Laaaa.... Pasal Hazz ke? Ingatkan ada masalah dunia ke apa tadi. Rupanya pasal Hazz!

"Why? Kalau aku tak, kau nak buat apa? Punch me again?" provok Naufal yang telah berdiri.

BBUK!!

Tak semena-mena muka Naufal ditumbuk lagi.

"Kau jangan cabar aku, Naufal! Aku boleh je belasah kau sampai lunyai!" jerit Qaidar dengan wajah bengisnya. Kemudian dia terus berlalu.

Naufal menyentuh bibirnya yang berdarah. Dia ketap gigi bengang.

Qaidar, kau jangan main dengan api! Kau nak sangat main dengan api kan? Kau tunggu je nanti!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience