Bab 13

Family Series 23854

"Hazrina budak bisu!"

"Budak bisu wek!"

"Cacat!"

Aku terus terjaga daripada mimpi ngeri. Aku pandang sekeliling. Ini bilik tidur aku.

Aku tilik pakaian aku. Inu baju tidur aku. Siapa yang tukar?

Ada bubur dan teh diatas meja. Aku senyum kecil apabila kelihatan banyak nota sticky note.

Aku membacanya satu persatu.

'Pembuli2 tu dah dapat balasan. Awak jangan lah risau - Qaidar'

'Rehat lah sepuas hati awak, Hazz. - Naufal'

'Saya harap awak sihat - Cikgu Atikah'

'I'll protect you, Hazz. I'll be your guardian angel. - Naufal'

'Saya akan lindungi awak. - Qaidar'

Aku tersenyum sambil membelek-belek sticky notes tersebut. Ada banyak lagi sebernanya. Dan semua itu membuatkan aku tersenyum sampai ke telinga!

Terima kasih, Qaidar. Terima kasih, Naufal. Terima kasih, Cikgu Atikah!

_________

Hari berganti hari, sikap Fathiq kepadaku langsung tidak berubah. Dia masih membenci aku. Aku pun tak tahu kenapa.

Tasya, Puteri dan Kirana telah mendapat balasan. Begitu juga dengan Pikaariani dengan geng dia. Siapa yang buat report? Mestilah si Naufal itu.

Macam mana dia tahu Pikaariani and the geng selalu buli aku? Dia stalk aku ke?

Aku cepat-cepat menggelengkan kepala aku. Hisy, kau ni Thia asyik perasan je!

Tentang hakikat yang aku bisu masih menjadi rahsia. Sudah puas aku merayu kepada Cikgu Atikah untuk tidak memberitahu pengetua. Dan dia bersetuju.

"Turun." arah Fathiq yang sudah memberhentikan motor dikawasan parking motor.

Ah! Sudah sampai sekolah rupanya!

Bergegas aku turun. Aku siap melambai-lambai tangan tanda 'bye-bye' kepada Fathiq lagi walaupun dia hanya memandang aku tanpa riak.

Aku lekas mahu pergi ke tapak perhimpunan. Dan aku bertembung dengan geng Tasya. Tasya hanya menundukkan wajah kemudian terus berlalu pergi.

Aku tersenyum tipis. Agaknya leteran pengetua telah menyebabkan mereka insaf. Digantung sekolah selama seminggu pasti membuatkan mereka insaf.

Aku menghenyak punggungku diatas lantai barisan kelas. Kebetulan, Zahra telah datang selepas aku duduk. Dia duduk dibelakang aku.

"Hazrina, pssst...."

Eik?

Ada orang bercakap dengan aku? For the first time ada orang sudi berbual dengan aku?

Aku pusing kebelakang dengan muka 'kau panggil nama aku ke'.

"Kau okay kan?" soal Zahra perlahan.

Aku senyum. Dah beberapa hari berlalu sejak kejadian itu. Baru sekarang nak tanya?

Tapi tak apa. Kau dah ambil berat pasal aku, itu dah cukup memadai.

Aku mengangguk dengan senyuman di wajah.

"Kau memang pendiam macam ni eh sejak sekolah rendah lagi?" Tanya Zahra lagi.

Aku sekadar mengangguk. Bisu.... Boleh dianggap sebagai kategori pendiam kan?

"Nanti rehat kau sekali dengan aku tahu."

Aku terpinga-pinga. Senyuman aku sudah menjadi lebar. Hati aku berbunga-bunga.

Laju aku mengangguk. Selama ini aku hanya rehat dengan Qaidar dan Naufal aje.

Zahra hanya tersenyum nipis.

Buat pertama kalinya, aku rehat dengan kawan perempuan!

____________

"Thia, cuba lah kau cakap sikit. Asyik menulis je." komen Zahra sambil menggigit donut.

Aku tersenyum. Kemudian aku menulis lagi.

'Tekak aku sakit. Tak boleh bercakap.'

Zahra membuat mulut 'o'.

Tipu sunat... Tak apa kan?

"Nanti kau ajar aku science ye. Susah gila bab periodic table tu!" Zahra membuat memek muka benci. Nampak sangat benci dia tu pada subjek sains.

Aku membuat tangan 'okay'. Zahra bersorak keriangan. Tersenyum aku dengan tingkahnya.

"Nanti aku duduk tempat kau lepas recess. Aku ajar kau RBT pula." Aku mengangguk setuju.

Nampaknya, pilihan untuk menolak ajakan Qaidar dan Naufal untuk rehat sekali amat tepat.

Aku berasa bahagia sangat sepanjang sesi persekolahan tersebut!

Umi, abah, Thia dah ada kawan!

________

Keesokan harinya....

Krrriiingggg......

Bunyi loceng telah berdering. Tanda sekarang ini sudah rehat.

Aku bangun lalu bergerak ke meja Zahra. Zahra kelihatan sedang rancak bersembang dengan Aileen sehingga tidak perasan dengan kewujudan aku.

"Kau nak apa ah?!" soal Aileen dingin.

Aileen tak sama macam Zahra...

Aku tersenyum sambil pandang Zahra.

"Asal kau dok pandang-pandang aku?"

Eik?

Aku terkedu. Dah kenapa dengan kau, Zahra?

'Saya nak rehat dengan awak'

Aku menunjukkan nota itu kepada Zahra. Zahra merampas lalu mengoyak nota itu.

Aku semakin terkilan.

"Aileen, kau pergi kantin dulu. Sekejap lagi aku datang." ujar Zahra. Aileen hanya menurut. Tetapi dia sempat melanggar bahu aku sebelum keluar dari kelas.

"Apa hak kau untuk rehat dengan aku?" soalnya tajam.

Aku tergamam. Habis semalam itu apa?

'Kita kan kawan'

"We are not!!!" Zahra menepis nota dipegangan aku.

"For your information, yang semalam itu aku terpaksa. Aileen tak datang. Jangan ingat aku buat semua tu, kita ni kawan. Kau silap."

Penerangan Zahra membuatkan aku tercengang.

"Dan jangan bercakap dengan aku. Rosak reputasi aku." Zahra terus berlalu.

Aku hanya mampu memandang Zahra sayu. Air mata sudah sentiasa menemani aku.

Apa aku tidak layak untuk punyai kawan kah?

"Fathia?"

Cepat-cepat aku mengesat kasar air mata itu. Aku pandang ke empu suara.

"Kamu tak pergi rehat ke?" soal Cikgu Mazliana.

Aku menggeleng. Ini Cikgu BM aku...

"Saya dah dah dapat tahu yang Fathiq itu abang kamu. Patut lah muka ada iras sikit." komen Cikgu Mazliana sambil menilik raut wajah aku.

Aku tergamam. Abang? Siapa yang bagitahu? Mampus aku kalau abang Thiq tahu yang Cikgu Mazliana tahu tentang status kami!

"Dan practice ye dengan abang kamu. I know yang dia boleh bimbing kamu. Good luck." Cikgu itu terus berlalu.

Aku terkebil-kebil.

Apa tadi tu?

_______

Sudah 2 minggu berlalu semenjak kejadian aku dengan Zahra. Aku dah tak sedih lagi. Jadi jangan risau. Aku tak perlukan kawan yang hati busuk.

Get it?

Hari Khamis. Bagi aku hari ini yang buat aku malas nak pergi sekolah.

Guess what?

Qaidar balik kampung! Naufal tak sihat! Cikgu Atikah pula pergi kursus

Aku tak ada kawan lah!

Aku membuka helmet lalu diserahkan kepada Fathiq.

Aku tak ada mood nak lambai, jadi aku terus mahu angkat kaki.

"Thia...."

Langkah aku mati. Aku berpaling. Dia panggil nama aku ke tadi?

"Good luck." ucap Fathiq sambil tersenyum. Senyumannya bukan sinis tetapi senyuman yang dia tak pernah tunjukkan dekat aku!

Tanpa sedar aku turut tersenyum. Aku mengangguk kemudian aku pergi.

Good luck? Untuk apa ya? Mana ada exam hari ni. Pop quiz pun tak ada rasanya.

Tetapi senyuman itu.... Sungguh ikhlas.

Aku lihat dewan seperti sesak. Kena pergi dewan ke?

Baru sahaja aku mahu membuka langkah, ada satu suara memanggil aku.

"Fathia!"

Aku toleh.

"Cepat get ready now! Pergi belakang dewan now!" Cikgu Mazliana memberi arahan.

Aku terkocoh-kocoh pergi kebelakang dewan. Aku lihat beberapa orang sedang menunggu aku. Semuanya classmates aku.

"Nah, tukar baju cepat." arah Asmida sambil menghulurkan satu baju kepada aku.

Dengan blur, aku mengambilnya.

"Tunggu apa lagi? Cepat lah tukar. Nanti kena mekap pula." bebel Farah.

Hah? Ternganga aku. Mekap? Untuk apa?

Farah terus menolak aku kedalam bilik persalinan. Aku terus menukar baju. Baju itu kostum. Kostum seperti kebudayaan. Tapi untuk apa?

Aku keluar. Diriku pantas di mekap oleh Farah tanpa aku tahu apa sebernanya yang berlaku.

"Kau bertuah dapat abang yang pandai cungkil bakat kau." ujar Hannah sambil memasang shawl pada kepala aku.

Hah? Sekali lagi aku ternganga. Cungkil bakat apa ni?

Usai siap dandan, aku mengambil buku dan pen diatas meja lalu dicatat.

'Apa sebernanya yang berlaku ni?'

Mereka bertiga saling berpandangan.

"What the..."

Hannah mengambil satu borang lalu ditunjukkan kepada aku.

Borang Pertandingan Pidato Tema Kemerdekaan

Nama : Hazrina Fathia Binti Yusoff
Kelas : 1 Amanah
Tajuk : Perpaduan Antara Kaum
Tarikh Pertandingan : 30 Ogos 2018

Jatuh borang itu dari tangan aku. A—Apa semua ni?!

"Abang kau yang daftar dekat Cikgu Mazliana atas nama kau dua minggu lepas. Siap cakap kau ada bakat cuma malu nak tunjuk. Dia cakap dia akan guide kau tanpa pertolongan Cikgu Mazliana. Kau tak tahu ke?" terang Hannah panjang lebar.

Aku masih kaku.

'Good luck.'

Jadi, ucapan itu sinis? Kepada aku yang akan berpidato?

Sampai hati abang Thiq! Tidak difikirkah ia terlalu kejam kepada adik bisu seperti aku?

"Dijemput Hazrina Fathia Binti Yusoff dari kelas 1 Amanah untuk menyampaikan pidatonya yang berjudul 'Perpaduan Antara Kaum'."

Rahang aku jatuh mendengar pengumuman tersebut. Mataku sudah bergenang. Jantungku berdegup laju.

A—Apa yang patut aku buat?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience