Bab 19

Family Series 23854

No one P.O.V

Day First.

"Come on, guys!! Wake up!!!" teriak Teacher Sally sambil menepuk-nepuk tangannya kuat.

Terpisat-pisat Fathia bangun. Naufal disebelah menguap besar.

Dah sampai ke?

"Turun sekarang! Kita dah sampai dekat Resort Casaville!"

Membulat mata Fathia. Dah sampai?!

Fathia terus berdiri. Naufal keluar dari bahagian tempat duduk.

"Uwaaa! Besarnya!" Hannah melopong.

Fathia tergelak kecil tanpa bunyi. Resort mesti lah besar kan?

"Ambil beg korang. Kunci akan saya bagi then korang rest lah. Petang nanti kita melawat kota A' Famosa." laung Cikgu Melati.

Hannah dan Fathia saling berpandangan. Mereka melonjak keterujaan.

______

Hannah mengambil gambar meriam yang berada dihadapan kota A Famosa.

" Thia! Ambik gambar aku! "

Fathia akur. Phone bertukar tangan. Fathia tahan senyum melihat pose Hannah. Bajet cute!

Kota A Famosa sungguh sesak dengan ramai orang yang datang berkunjung. Nak ambil gambar pun, kena tunggu turn.

Fathia terpandang Naufal yang turut mengambil gambar dengan kawan-kawannya. Tanpa sedar, bibirnya menguntum senyuman.

"  Thia, jom selfie! "

Hannah menarik lengan Fathia. Terkebil-kebil Fathia. Kemudian dia tersenyum.

'Allah itu memang ada.' desis hatinya. Ya, dia rasa bahagia sangat!

Kemudian, mereka berjalan pergi ke Bukit St. Paul. Ianya hanya memakan masa kira-kira 5 minit sahaja untuk sampai ke kemuncak Bukit St. Paul. Disitu, terletaknya Gereja St. Paul yang hanya bersebelahan dengan Pintu Gerbang Santiago.

Percaya atau tidak binaan ini sudah berusia hampir 500 tahun! Fathia ternganga habis. 5 abad kot!

Kawasan ini bukan sahaja pernah menjadi sebuah gereja, tetapi juga gudang simpanan peluru senjata.

Itu apa yang diceritakan oleh Sir Viran.

Fathia pula naik hairan. Ini kelab Sejarah ke kelab Bahasa?

Dan seperti biasa, ahli-ahli kelab Bahasa akan mengambil gambar.

"  Berkumpul! Kita ambil gambar sekali! " teriak Cikgu Melati.

Mereka berkumpul dihadapan bangunan yang sudah lama dibina itu. Semuanya get ready membuat pose macam-macam.

Cameraman pula ialah salah seorang pelancong. Nasib baik dia murah hati mahu mengambil gambar mereka.

Kemudian mereka pergi ke St. John Fort yang terletak di Bandar Melaka.

Mujur cuaca hari ini tidak terlalu panas. Kalau tidak, confirm mereka lebih rela tinggal dekat resort tak pergi mana-mana!

Usai puas meninjau-ninjau dikawasan itu, mereka masuk kedalam bas semula.

Fathia menyandarkan badan pada kerusi. Aircond mini yang betul-betul berada diatasnya di-adjust supaya betul-betul mengena dirinya.

Penat!

Naufal turut melabuhkan punggung disisi Fathia.

Eh, asal dia duduk sini?

Oh, Fathia lupa. Memang Naufal duduk sebelah dia pun.

Naufal penjamkan matanya rapat. Penat mungkin.

Fathia memandang wajah tampan itu. Dia terpaku melihat wajah itu.

Handsome.... Desis hatinya.

" Dah puas scan? "

Kata-kata itu meluncur dari mulut Naufal yang masih menutup matanya.

Fathia membulatkan mata. Macam mana dia tahu?

Terasa membahang wajahnya. Dia melontarkan pandangan memandang ke luar tingkap. Nak cover malu, mungkin.

Naufal mencelikkan matanya kembali. Dia tergelak kecil.

" Tengok banyak kali pun tak apa. Nak ambil gambar simpan bawah bantal pun boleh! " ujar Naufal tidak lepas mengusik Fathia.

Semakin menunduk Fathia. Mukanya sudah merona merah. Aduh, menyesal aku tengok kau!

Kan sekarang dah angkat bakul sendiri?

_______

Mereka singgah di kedai Hajjah Mona Asam Pedas, Kota Laksamana.

Bukankah Melaka turut terkenal dengan masakan Asam Pedas? Tak lengkaplah percutian kalau tak makan Asam Pedas Melaka!

Mereka semua yang seramai 39 orang mengambil tempat duduk di kedai itu

Fathia memerhati kedai ini. Biasa-biasa aje... Tiada dekorasi gah.

Tapi rasanya Fathia pernah terbaca tentang kedai ini di media sosial.

Memang lah kedai ini tampak biasa-biasa tetapi sekali hirup asam pedas buatan kedai inu, mesti terangkat punya!

Bukan Fathia yang kata, tapi media sosal.

Tak percaya? Google lah!

Semua orang memesan makanan dan minuman yang sama. Susah kalau semua menu berlainan.

Asam Pedas Daging Tetel dengan sirap ais!

" Lapar siot.... " Hannah disebelahnya sedang memegang perut. Fathia tersenyum kecil.

" Tak sabar nak balik resort. Boleh tidor." sambung Hannah lagi.

Fathia mengangguk-nganggukkan kepala setuju. Dia pun nak rest. Tak larat nak jalan-jalan lagi. Boleh patah kakinya!

" Teacher Sally, after this go where? " Mirza mengangkat tangan. Tak silap Fathia, Mirza tu form 4.

" Balik resort. Why? You want to jalan-jalan lagi? " balas Teacher Sally yang sedang bermain phone.

Laju mereka semua (Pelajar-pelajar) menggeleng. Gila! Dah penat kot!

Ketiga-tiga orang guru itu ketawa.

________

Fathia menghempapkan badannya diatas katil. Hannah turut rebah disisinya. Bersama-sama baring diatas katil yang empuk.

"Ya Allah.... Penatnya! Aku tak boleh nak jalan lah!"

Fathia menutup matanya. Seharian berjalan membuatkan kakinya terasa lenguh.

"Kau mandi dulu lah, Thia. Aku nak rest jap."

Fathia mengangguk. Dia bingkas bangun menggapai tuala.

Fathia mengelap rambutnya yang basah. Dia pandang katil.

Eh? Mana Hannah?

Dia ternampak kelibat Hannah di balkoni. Fathia tersenyum segaris. Kata penat....

Dia perlahan-lahan bergerak ke balkoni. Hannah kelihatan sedang memerhati pemandangan.

"Kau nak tahu something tak?"

Eh, dia perasan aku?

Fathia berdiri disisi Hannah.

Hannah masih memandang pemandangan cantik di luar. Malam telah pun menyapa.

"Aku ada adik kembar." ujar Hannah tanpa riak. Riaknya... Kosong.

Fathia tersentak. Adik kembar? Sekolah lain ke?

"Dia lelaki. Bagi aku, dia lah lelaki yang paling tabah yang aku pernah jumpa!" Sedikit bergetar suara Hannah.

Fathia hanya mendengar.

"Dia pun macam kau juga. Bisu."

Fathia terkejut. Hannah tahu dia bisu? Dan adik kembar Hannah pun bisu?

"Sama macam kau. Dia pun dibuli sebab keupayaan dia."

Fathia memasang telinga. Wahai adik Hannah, takdir kita sama.

"Aku sayang dia sangat. Aku selalu protect dia. Aku pastikan dia tak terasa dengan keupayaan dia." Hannah menghela nafas panjang. Sebak pabila mengenang kembali kenangan lama bersama adiknya.

"Tapi, Allah lagi sayang dia." Hannah tersenyum kelat.

Adakah.... Adik kembar Hannah telah pergi menghadap Ilahi?

Innalillahiwainnailahirojiun...

"Sebab tu lah... Aku nak kawan dengan kau. Aku tak nak kau menderita. Adik aku... Dah banyak menderita. Aku tak nak kau pun sama." Hannah memandang Fathia. Air matanya mengalir hangat.

Air mata Fathia bertakung. Rupanya, ini sebab mengapa Hannah ingin berkawan dengan dia. Dan Hannah.

Perempuan itu juga tabah. Siapa sangka disebalik keceriaan, terpahat sebuah derita yang telah lama terkambus?

Hannah terus memeluk Fathia. Dia menangis.

"Tolong... Jangan pergi.... Jangan tinggalkan aku...." Hannah menangis teresak-esak.

Fathia kebam bibir. Perlahan-lahan air mata turun.

Ya Allah, aku harap Engkau berikan aku peluang untuk merasai kemanisan hidup yang hanya sementara ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience