Bab 9

Family Series 23854

Hazrin Fathiq P.O.V

"And you just left? As simple as that?"

Aku pandang muka abah yang kelihatan tidak percaya dengan tindakan aku.

"It's not my fault abah. Dia yang tak datang dekat Thiq. Lama kot Thiq tunggu dia tapi dia tak datang pun." Aku masih cuba mempertahankan diri aku. Betul apa. Fathia yang tidak datang ke motor aku. Aku blah lah. Salah ke?

"Kenapa Thiq tak cari dia? You're his only brother." Suara abah kedengaran perlahan.

Aku tergelak sinis.

"Because. I. Hate. Her."

Abah mengeluh. Keluhannya berbaur kecewa dan pasrah.

"Ibu tak sangka Thiq sanggup buat Thia macam ni. Now she lost!" Ibu bersuara sedih. Wajahnya bawah dengan air mata.

Aku hanya memandang mereka berdua tanpa riak.

Ibu abah sanggup buat Thiq macam ni, tak apa pula?!

Kata-kata itu tidak mampu terzahir pada mulut. Hanya hati yang bergema.

Aku ketap bibir. Shit, kenapa aku tak boleh luahkan apa yang terbuku dihati?

Aku hanya menundukkan wajah lalu keluar dari rumah.

"Thiq! Kamu nak kemana?!"

"Eh, cari Thia sekarang juga!"

Aku bergegas keluar dari pintu gate dengan sebal. Tak habis-habis nak buat masalah lah, budak bisu ni!

_____

Hazrina Fathia P.O.V

Aku mencelikkan mataku perlahan-lahan. Siling putih.

Jangan cakap aku dekat hospital.

"Hazrina?"

Aku bangun dari posisi baring. Perut aku sudah tidak terasa sakit lagi. Cuma tekak. Tekak aku rasa perit sangat. Aku pegang tekak aku.

Aku memandang empu suara.

Cikgu Atikah.

Ya, suara yang aku dengar tadi sebelum aku pengsan.

"Kamu tak apa-apa ke? Kamu okay?" soalnya bertalu-talu.

Aku mengangguk lemah sambil tersenyum lemah. Aku menunjukkan kearah segelas air.

Mengerti maksud aku, dia mencapai lalu diberikan kepada aku. Aku meneguk air itu rakus.

"Macam mana kamu boleh pengsan dekat situ?" soal Cikgu Atikah. Wajahnya kelihatan risau sekali.

Aku tersentak. Aku cuma mendiamkan diri.

Melihat aku yang hanya diam, Cikgu Atikah bersuara lagi

"Oh, sorry. Bukan itu soalan saya."

Aku mengangguk. Nasib baik bukan itu soalannya. Kalau tak, mampus aku nak jawab.

"Kenapa tak bagitahu yang kamu ni bisu?"

Aku terkelu. Mataku membesar memandang muka tegang Cikgu Atikah.

Ma—Macam mana dia tahu?!

"Doktor cakap tekak kamu warna merah. Tanda seperti kamu sakit tekak. Dan doktor cakap kamu ni bisu." terang Cikgu Atikah sepertinya tahu apa yang bermain di benak fikiran aku.

"Now back to my question. Kenapa tak cakap yang kamu ni bisu?" soal Cikgu Atikah serius.

Aku mengeluh lalu jungkit bahu. Kemudian aku tundukkan wajah. Cikgu Atikah pula yang mengeluh.

"That's the reason why I don't see you talk every time." bisik Cikgu Atikah. Eh, ingat aku tak dengar ke?

Aku pandang Cikgu Atikah. Matanya....

Matanya menunjukkan yang dia kasihan kepada aku. Matanya bersimpati kepada aku.

I hate that.

Cikgu Atikah menghulurkan buku nota dan pen kepada aku.

"Why?" soalnya lagi.

Aku mendengus sambil menulis-nulis pada buku itu. Aku serahkan kepadanya.

"Saya tak nak orang hina saya...?" Cikgu Atikah membaca nota itu. Kemudian dia pandang aku.

"Hei... Saya tak hina kamu lah. Ada saya pandang awak hina ke? Ada saya cakap saya jijik dengan awak ke?" balas Cikgu Atikah cuba menidakkan kenyataan itu.

Aku merampas nota ditangannya. Kemudian aku menulis sesuatu.

"Plus simpati dekat saya...?"

"Okay, look, Hazrina." Cikgu Atikah membetulkan posisi duduknya.

"Do you who I am?"

Aku angguk. Kau cikgu.

"I'm a counselor teacher. I've handle many cases before. I'm trying to help you, Hazrina." Ayat dihujung sekali kedengaran seperti dia sangat terdesak.

Kening aku terangkat. Aku menulis lagi.

'Why do you want to help me?'

Cikgu Atikah melihat sekilas nota itu sambil pandang aku redup.

"Because you're my student. I care about you, Hazrina. I want to help you." balas Cikgu Atikah lalu pegang tangan aku lembut.

Aku mengeluh perlahan. Aku menulis lagi. Leceh lah asyik menulis.

'I don't need your help'

Aku menayang wajah ketat.

"You're ego, Hazrina." gumam Cikgu Atikah. Aku dapat menangkap bicaranya. Dia cakap aku ego?

"Thia!!"

Pintu bilik ditolak. Ibu terus mendakap aku sambil menangis.

"Macam mana Thia boleh pengsan? Ibu risau tahu tak?!" Aku tersenyum tipis. Ibu risau aku lah...

"Kamu pengsan sebab apa?" tanya abah bersahaja. Terpamer riak gelisah pada wajahnya.

"Senggugut." pintas Cikgu Atikah laju.

Ibu pandang Cikgu Atikah. "Cikgu lah yang call kami?" Dia mengangguk.

"Terima kasih banyak-banyak, cikgu. Kalau tak, Thia tak akan sampai dekat hospital." Ibu tersenyum lega.

Cikgu Atikah turut tersenyum. "It's my job."

Cikgu Atikah bangun dari kerusi.

"Saya minta diri dulu lah ye."

Dia bersalaman dengan ibu.

"Baiklah, cikgu."

"Err... Apa nombor puan?" Eik? Dah kenapa Cikgu ni nak nombor ibu?

"012 ×××××××." begitu lancar ibu membalas. Cikgu Atikah mencatat nombor itu pada buku notanya.

"Nanti boleh lah kita berchit chat ke apa ke." Cikgu Atikah dan ibu gelak.

Kemudian Cikgu Atikah keluar dari bilik ini.

Ibu dan abah merapati aku. Ibu mengelus pipi aku lembut.

"Kami risau tahu tak bila Thia hilang. Lain kali jangan buat kami risau lagi." ucap ibu.

Aku mengangguk sambil senyum tipis.

"Thia nak makan?" tanya abah. Aku mengangguk.

"Ibu ada masakkan bubur. Kejap. Ada dekat—"

Mereka pandang hadapan katil aku. Takdek siapa pun.

"Thiq?"

_____

Hazrin Fathiq P.O.V

Aku menumbuk dinding itu kuat. Plastik berisi bubur, aku sudah campak jauh.

Tiba-tiba aku terbayang wajah Fathia pada dinding.

"Thia...."

Wajah itu manis. Sentiasa tersenyum.

"Arghhhh!!!! Sial!!!!"

Bertalu-talu tumbukan padu hinggap tepat mengenai dinding. Darah pekat mulai mengalir pada celahan jari.

Aku tidak pedulikan rasa sakit pada tangan. Rasa sakit di hati lagi kuat dan perit.

"Kenapa asyik-asyik kau..?"

Aku terduduk lemah bersandar pada dinding. Air mata jantanku menitis.

Dunia ini sungguh kejam. Tidak adil.

Melihat ibu abah dan Fathia seperti sebuah keluarga yang bahagia dan sempurna tanpa aku, menghenyakkan lagi hati aku.

"Kenapa kau perlu hidup..? Kenapa asyik kau yang diutamakan..?" rintihku perlahan. Suaraku sudah sebak.

Kenapa perlu Fathia? Kenapa asyik dia yang menjadi keutamaan? Siapa aku sebernanya?

Hanya kerana dia bisu, dia dilayan istimewa dan aku dilayan seperti hamba?

Pantas pipiku basah lagi. Cepat sungguh air mata itu turun.

Aku meraup wajahku kasar.

"Bodoh!!!!"

*********************************

Done update. Scarlett nk tanya sikit.

Apa yang korang expect daripada Scarlett untuk storyline actually?

Sebuah happy ending?

Diorang hidup bahagia?

Fathia dpt maafkan Fathiq. Fathiq insaf. Fathia boleh bercakap.

Qaidar n Fathia couple. Fathiq n Fathia makin rapat. Ibu abah sedar akan kesilapan diorang sebab abaikan Fathiq.

Dan mereka hidup berbahagia!

Gitu?

Hoho to me, it's too cliché!

Storyline JM for me are.... (hehe scarlett ada banyak idea)

° fathiq bunuh fathia

° fathiq lari dari rumah

° fathia mati accident

° fathia bunuh diri sbb x tahan

° fathiq jadi gila dan dimasukkan kedalam wad gila

° tasya letak racun dalam minuman fathia. Fathia die. Simple! :)

° pikaariani (i hate her) seksa fathia lagi teruk

° tasya n pikaariani komplot jatuhkan fathia

° qaidar jadi jahat

° qaidar nk bunuh fathiq

° qaidar rogol fathia

° raqif pun tikam belakang. Komplot dengan kirana nk bunuh fathia

° cikgu atikah ni actually jahat berdendam dengan family fathia.

° semua orang mati

:)

So how was that?

Cool en? Haha dalam otak Scarlett ada bnyk sad storyline je..

Jadi kalau korang x nk Scarlett pula yg gila nk masukkan benda tu, baik korang bgi cadangan storyline.

Mana lah tahu storyline korang lagi gempak daripada Scarlett punya... (idea scarlett tersenarai diatas tadi. Sungguh Scarlett x tipu)

Okay sekian

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience