Bab 17

Family Series 23854

No one P.O.V

"Perggghhhh! Pergi Melaka kot!!" teriak Hannah teruja sambil memegang dua helaian borang.

Fathia merampas borang itu daripada pegangan Hannah. Apa lah yang minah ni bising sangat?

Fathia terkedu saat membaca borang itu. Lawatan ke Melaka? Yang dianjurkan oleh Kelab Bahasa?

"Yea! Pergi Melaka!" Hannah masih lagi bersorak keriangan. Menukar kelab memang pilihan yang sangat tepat. Baru sahaja tukar sudah dapat offer pergi Melaka.

'Member kelab je ke yang pergi?'

Hannah memandang nota itu sekilas kemudian mengangguk. "Yes! Kelab Bahasa tak ada lah ramai sangat. So tak lah sesak sangat!"

"Kau join?" Hannah merenung anak mata Fathia. Mengharapkan Fathia akan turut pergi.

Fathia hanya jungkit bahu. Dia masih keliru jika dia mahu pergi ataupun tidak. Tapi Fathiq juga pasti akan pergi bukan? Dia tidak mahu bersemuka dengan Fathiq!

"Alaaa.... Join lah.. Boring lah kalau kau tak ada. Lagipun aku alone. Tak kan lah nak tidur sorang-sorang?" rengek Hannah memujuk. Siap tarik-tarik tangan Fathia lagi.

Fathia mengeluh. Kasihan juga kalau Hannah pergi tanpa berteman. Tapi Fathiq....

"Pasal abang kau, kau jangan risau!"

Eik?

"Aku akan protect kau!" ujar Hannah sambil menepuk-nepuk dadanya bangga. Senyuman angkuh jelas terukir.

Fathia turut tersenyum tipis. Lama kelamaan dia mengangguk.

Hannah melonjak keterujaan. Yipi! Fathia dah setuju!

"3 hari dua malam. Resort Casaville. Bayaran 140. Okay lah kan?"

Fathia mengangguk acuh tak acuh. Sejujurnya, dia masih memikirkan tentang Fathiq. Sejak peristiwa dia pengsan di pentas, mereka sudah tidak bertegur sapa. Hubungan mereka seakan meniti retak.

Terasa seakan tangannya dipegang. Dia memandang Hannah.

"Kau jangan risau. Aku ada. Aku akan pastikan dia tak akan ganggu kau. Trust me." Sungguh tulus bicara Hannah kalah sang pujangga.

Fathia tersenyum. Hatinya sungguh tersentuh dengan ujaran Hannah.

Hannah memang seorang kawan yang baik!

_________

"Melaka?"

Fathia mengangguk. Ibu abah yang sedang memegang borang dipandang penuh gugup. Macam mana kalau ibu abah tak benarkan?

"Kami benarkan." ujar abah.

Fathia tercengang. Hah?

Tak semudah itu abah akan memberi kebenaran untuk pergi ke luar negeri. Ada udang di sebalik mee ini...

"Thiq juga akan pergi. So, dia boleh lah jaga kamu." kata ibu lega.

Fathia tersenyum kelat. Yalah..... Fathiq pun pasti akan ikut.. Dia kan pengerusi?

Abah menandatangan pada borang tersebut. Fathia berjalan kearah dapur.

Terasa seperti tangannya ditarik, dia terpaling kebelakang dek tarikan yang amat kuat dan kasar.

Membulat mata Fathia. Fathiq!

"Kau pun pergi Melaka?" Suara garaunya memecah hening.

Mahu atau tidak, Fathia mengangguk lemah.

Fathiq ketap gigi. "Why?"

Nak dia jawab apa?

Melihatkan Fathia yang hanya membisu, Fathiq mencengkam kuat tangan Fathia sehingga Fathia mengadu kesakitan.

Sakit....

"Okay fine. Kau boleh pergi. But saat kau jejak Melaka, it will be your worst nightmare." bisik Fathiq.

Cengkaman dilepaskan. Fathia menghela nafas lega sambil memegang tangannya yang terasa pedih.

"Mark my words."

Dan Fathiq terus berlalu masuk kedalam biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience