Bab 21

Family Series 23854

Hannah P.O.V

Aku perhati wajah pucat Fathia yang masih pengsan.

Aku genggam penumbuk.

Sungguh! Hazrin Fathiq, lelaki yang telah menjatuhkan maruah aku sebagai seorang kakak atau abang kepada si adik yang kurang upaya!

Tegar sungguh lelaki itu menolak Fathia sehingga jatuh dalam kolam.

Lihatlah sekarang. Batang hidung lelaki tu pun aku tak nampak!

Senior Naufal mengangkat Fathia masuk kedalam bilik mereka.

Aku percayakan Naufal. Aku yakin. Dia tak akan buat benda yang bukan-bukan dekat Fathia.

Aku sudah bagitahu dekat Teacher Sally dengan Cikgu Melati. Mereka ada lah menjenguk seketika dan mengamanahkan aku untuk sentiasa menemani Fathia.

Naufal?

Aku toleh memandang Naufal yang setia duduk disebelah Fathia yang terbaring.

Dia,

Lelaki itu lah yang layak menjadi abang.

Entah mengapa aku harap Fathiq dan Naufal bertukar tempat.

Sedari tadi, raut wajah Naufal kekal risau. Dia langsung tidak menukar baju basahnya kerana tadi berenang untuk menyelamatkan Fathia.

Betapa risaunya Naufal untuk seorang Hazrina Fathia.

Dia tersenyum. Fathia sungguh beruntung. Meskipun mempunyai sang abang yang tidak keperimanusiaan, dia tetap mempunyai sang jejaka yang sentiasa menjaga Fathia.

Tiba-tiba jari jemari Fathia seakan bergerak-gerak. Kami berdua terkedu.

Fathia membuka kelopak matanya perlahan-lahan.

" Thia!! "

" Hazz!! "

Kami berdua menjerit memanggil nama yang berlainan, tetapi empu badan yang sama.

" Kau okay tak? " soal aku cemas. Pertanyaan aku dijawab dengan anggukan dan senyuman lemah Fathia.

" Do you need anything, dear? " Tanya Naufal lembut. Butang mata aku dengan panggilan 'dear' tersebut.

Kejap... Naufal suka Fathia ke ?

*Air*

Memahami bahasa isyarat Fathia, aku berlari ke meja mencapai botol mineral. Lalu diserahkan kepada Fathia.

Fathia meneguk rakus air itu sehingga tanpa sisa ditinggalkan.

*Pukul berapa?*

" 6:50 petang. "

Aku menjawab.

Fathia terus bangun berdiri.

" Eh, kau nak kemana? " Serentak Naufal dan aku menyoal. Gila! Baru bangun je, dah turun dari katil!

Fathia mendesir perlahan. Dan, aku memahami maksud desiran itu.

Dia tidak mampu untuk menjelaskan dalam bahasa isyarat kerana dia tidak tahu bagaimana mahu tukarkan ke bahasa isyarat.

" Kau nak get ready untuk pergi Menara Taming Sari? " tekaku.

Fathia mengangguk. Naufal pula yang terkejut, memandang aku.

Heh, macam mana aku tahu ke?

" Pergi menara after Maghrib lah. Kau jangan lah risau. " Aku bersuara cuba menenangkan si Fathia.

" Yes, Hannah is right. Kita pergi selepas solat Maghrib. " tambah Naufal.

" Kau nak pergi ke? " Melihat anggukan Fathia, aku mengeluh.

" Tak padan dengan tak sihat, ada hati nak pergi. Ye dak, senior? " Aku pandang Naufal, mahu dia menyokong aku. Ternyata, dia mengangguk.

Fathia memicit dahinya yang seakan berpinar.

*Aku okay*

Masakan dia tak pergi? Dia tak akan lepaskan peluang memandang pemandangan dari Menara Taming Sari!

" Fine. " dengus aku sambil silang tangan.

Mana boleh nak halang Thia si kepala batu kan?

________

Hazrina Fathia P.O.V

Aku menghela nafas panjang bersama mata yang terpejam rapat.

Kemudian, aku mencelikkan mata aku semula. Memandang pemandangan indah bandar pada malam ini.

Dari sudut Menara Taming Sari, bandar Melaka ini sangat cantik dengan lampu-lampu disana sini. Boleh nampak segala-galanya!

Sedaya upaya aku cuba elak daripada bertembung dengan Fathiq.

Benci?

Masakan aku membenci abang kandung aku sendiri?

Aku yakin, dia ada sebab.

Dan aku maafkan dia.

Kerana aku tahu, dia pun sayangkan aku.

Cuma ego.

Hannah?

Dia sedang tackle budak form 3. Habis dia tinggal aku! Kurang ajar!

" Hazz.... "

Aku toleh. Kenal sangat empu suara ini. Siapa lagi yang akan menggelar aku 'Hazz', tak lain tak bukan si Naufal?

Naufal menghulurkan satu sapu tangan bercorak kartun Maruko. Ahaks.... Comel!

Tapi kenapa dia bagi dekat aku?

" Do you really don't remember it, Hazz? " Dengan suara yang serak basah, dia bertanya dengan nada yang berbaur kecewa.

Kejap...

Berkerut-kerut dahi aku. Aku mengecilkan mata aku, memandang sapu tangan ditangan Naufal.

Kenapa aku macam pernah nampak ah sapu tangan ni?

Dan kenapa dekat sapu tangan itu ada tertera tulisan 'Hazz'?

Dan mengapa kepala aku sakit sangat?

Aku sedang bermain-main diatas buaian seorang diri.

Kenapa ya, abang Thiq tak nak teman aku bermain?

" Hai, adik! "

Aku pandang.

Seorang lelaki yang aku agak berumur 9 tahun sedang berdiri dihadapan aku.

Aku tidak menjawab. Kerana apa? Aku bisu.

Aku hanya menunduk sambil menguis-nguis kaki kecilku pada tanah. Mestilah kecil! Aku kan 5 tahun!

" Kenapa awak main sorang-sorang? "

Lelaki itu memancing aku untuk berbual.

Aku mengambil notepad bercorak Hello Kitty yang setia ada di dalam beg kecil barbie doll aku. Pen berbentuk rabbit diambil.

'Awak nak main dengan saya?'

Yer, aku tahu. Tulisan aku buruk. Kalah ayam yang mencakar! Kan baru kindergarten?

Lelaki itu mengangguk laju dengan senyuman lebat dibibir.

Lelaki itu bermain dengan aku. Tolak buaian, berkejar-kejaran, jongkang-jungkit, turun gelongsor dan macam-macam lagi!

Aku gembira.

Wajah kanak-kanak lelaki itu sudah basah dengan peluh.

Aku mengambil sapu tangan bercorak Maruko didalam beg kecil barbie doll itu lalu diserahkan kepada lelaki itu.

Dengan wajah polos yang ditayangkan oleh aku, dia tertawa kecil.

" Untuk? "

Aku menunjukkan peluh pada wajah. Dia mengangguk-ngangguk faham.

" Thanks. "

Senyuman lebar diberikan.

" Kenapa awak tak bercakap eh? " soal lelaki itu hairan.

Aku terkedu. Kemudian aku menulis sesuatu pada notepad itu.

'Saya bisu'

Lelaki itu sedikit terkilan.

"S—Sorry...."

Aku menggelengkan kepala sambil tersenyum.

Dia seakan cuba mengubah suasana. Dia mengesat peluhnya. Matanya dia terancap pada tulisan 'Hazz' disebelah Maruko.

" Nama awak, Hazz ke? "

Aku mengangguk. Aku suka dengan nama Hazz!

" Hazrina Fathia!!! Where are you?! "

Alamak! Itu ibu lah!

Aku melambai kepada lelaki itu sebelum beredar.

Lelaki itu tersenyum kecil.

" Hazrina Fathia? You're so cute, Hazz... "

Serta-merta bayangan 8 tahun yang lepas hilang dikotak fikiran aku.

Aku masih terkejut.

Kanak-kanak lelaki itu....

Naufal?

" I'm very glad to see you, Hazz...." Naufal tersenyum ikhlas.

Allah telah mempertemukan kita semula. Takdir ini sungguh indah.

Aku menguntum senyuman.

Me too, Naufal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience