Bab 11

Family Series 23854

"Aku dah lama nak jumpa kau, Hazz."

Fathia menelan air liur yang terasa pahit. Muka Naufal sangat dekat dengan dia. Berdegup kencang jantung Fathia.

Dah lama? Kenapa dia nak jumpa aku?

Naufal semakin mendekati Fathia. Fathia terpaksa mengundur kebelakang sehingga kepalanya terhantuk dengan dinding.

"I know you can't speak, Hazz." bisik Naufal dengan suaranya yang husky. Dapat Fathia rasakan helahan nafas Naufal. Degup jantung Naufal juga Fathia dapat mendengar.

Fathia terkesima. Ma—Macam mana dia tahu? Siapa yang bagitahu dia?!

Sungguh Fathia berasa sangat takut! Jantungnya usah katalah, berlari macam marathon. Jangan-jangan, dia nak buli aku!

"It feel good to see you again, Hazz."

Berkerut dahi Fathia. Seribu persoalan berlari-lari didalam mindanya. Again? What does he mean by again?

"Naufal! Kau buat apa tu?!"

Naufal terus menjaga jarak apabila Malik datang kebelakang bangunan. Mujur Malik baru sampai, tidak nampaklah apa yang berlaku.

Naufal tersenyum. Dia menyeluk tangan kedalam poket. Fathia mencebik. Control macho!

"Kau nak apa?" Tanya Naufal berlagak tenang. Tidak menjawab pertanyaan Malik, tapi memberi persoalan. Dia cuba control cool.

"Miss Susan nak jumpa kau. Dia tanya pasal folio. Kau bawa tak?"

"Bawa...." Naufal menjawab malas.

"Jom!" Malik terus menarik tangan Naufal beredar.

Naufal sempat menghadiahkan satu senyuman menawan kepada Fathia sebelum hilang daripada pandangan Fathia.

Fathia masih dilanda dengan sejuta persoalan. Siapa dia ni?

____

Hazrina Fathia P.O.V

Aku menghempaskan badan diatas katil yang empuk. Aku memejamkan mata rapat.

Aku mula terfikir pasal kejadian pagi tadi di sekolah.

'Aku dah lama nak jumpa kau, Hazz.'

Kata-kata Naufal terngiang-ngiang didalam otak aku.

Tak, masalahnya kenapa dia nak jumpa aku? Aku bukannya artis untuk orang berjumpa.

Kenapa dia panggil aku Hazz? Tak pernah dibuat orang panggil nama aku dengan panggilan Hazz. Selalunya orang panggil aku Rina atau Thia. Tapi Hazz?

'It feel good to see you again, Hazz.'

Kami pernah berjumpa ke sebelum ini? Apa maksud dia sebernanya ni?

Aku memicit dahiku dengan dahiku yang berkerut-kerut. Cuba mengingati lelaki yang bernama Naufal.

Mungkin kami pernah berjumpa tetapi hanya aku yang tak ingat.

'Hazz.... Hazz...'

Aku ternampak bayangan lelaki. Aku hanya dapat melihat wajah lelaki itu samar-samar kerana silauan cahaya.

'Hazz!!'

Aku pegang kepala aku yang berdenyut kuat. Ya Allah!!! Kenapa sakit sangat ni?!! Aku gigit bibir. Sakitnya kepala aku!

"Woi!"

Pintu bilik dikuak kasar. Muncul Fathiq. Aku memandang wajah Fathiq lemah.

"Apa hubungan kau dengan Naufal sampai dia sanggup lindungi kau?" soal Fathiq garang tanpa senyuman.

Aku menggelengkan kepala lemah. Sungguh aku tak kenal mamat tu! Dan kepala aku rasa sakit sangat!

"Betul ni kau tak tahu?" Tajam mata Fathiq pandang aku.

Aku mengangguk-nganggukkan kepalaku. Semakin berdenyut kepalaku.

"Dah lah." Fathiq terus pergi.

Aku terus rebah. Aku memegang kepalaku.

_______

Hazrin Fathiq P.O.V

Aku termenung seketika.

Fathia tak nampak macam menipu pun tadi. Aku tahu bila aku tengok riak wajahnya.

Guardian angel?

Kau guardian angel Fathia?

Naufal....

Siapa kau sebernanya?

_______

Hazrina Fathia P.O.V

Aku bergerak ke kantin dengan kadar yang segera. Perut pula berkeroncong macam karaoke.

"Fathia!!"

Aku kalih. Membesar mata aku. Qaidar!

"Kenapa awak tak join Kelab Doktor Muda?" soal Qaidar dengan memek muka merajuk.

Aku tersengih tak ikhlas sambil garu tudung aku. Errrr.... Nak jawab apa ye?

*Saya nak makan*

Baru sahaja aku mahu melangkah pergi, lengan aku dipegang oleh Qaidar.

"Awak nak pergi mana?"

Ish! Pehal mamat ni? Main pegang-pegang pula!

"Apasal main pegang-pegang ni?"

Aku mendongak pula. Mataku membulat. Naufal!

Qaidar melepaskan tangan aku. Dia kalih menghadap Naufal.

"Kau siapa?" soal Qaidar keras. Seakan terancam dengan Naufal.

"Aku Naufal. Kawan Fathia. Probably lebih daripada seorang kawan." Aku ternganga. What?! Sejak bila kita kawan?!

Qaidar tersenyum sinis. "Aku Qaidar. Fathia' s shining armor."

Senyuman sinis berbalas senyuman sinis. Aku dapat rasakan aura tegang mereka.

Gulp!

Bala apa pula ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience