Bab 4

Family Series 23854

Sudah hampir 15 minit aku berjalan seorang diri.

Aku penat... Lenguh...

Aku memandang jam di tangan aku. 7.45 Aku sudah lewat untuk kesekolah.

Tiba-tiba ada satu kereta berhenti di tepi jalan. Seorang wanita bertudung sedang membuka cermin.

"Sekolah Alor Batu ah?" soal wanita itu.

Aku hanya mengangguk. Aku tak terkejut macam mana dia tahu sebab dekat tudung aku dah ada lencana sekolah.

"Masuk!" arah wanita itu sedikit meninggi kerana bunyi kenderaan yang lalu-lalang terlalu bising.

Aku agak teragak-agak. Ibu pernah pesan, penculik pun boleh jadi dikalangan perempuan.

"Saya cikgu sekolah Alor Batu lah!"

Aku tidak percaya juga. Boleh sahaja dia ternampak lencana aku lalu mengaku dia itu cikgu di sekolah itu.

Wanita itu mengeluh melihat aku tidak berganjak. Dia membawa keluar telefon pintar miliknya. Lalu dia tunjukkan sesuatu kepadaku.

Aplikasi Whatsapp.

'Group Cikgu Alor Batu'

Aku baca conversation itu. Okay, confirm lah wanita ini cikgu sekolah tu.

"Puas hati?"

Much better.

Aku masuk kedalam kereta Viva itu. Wanita itu memandu kereta itu.

"Nama apa?" soalnya.

Aku hanya diam.

"Nama kamu apa?" soal wanita itu sekali lagi.

Aku mengeluarkan buku nota aku yang sedia ada berada didalam poket baju aku.

Aku mencatat sesuatu di buku itu dengan pen.

Aku menunjukkan kepada cikgu itu.

'Hazrin Fathia. Kelas 1 Amanah'

"Oh. Nama cikgu, cikgu Asiah." Cikgu Asiah memperkenalkan dirinya.

Aku mengangguk. Mesti cikgu pelik, kenapa aku tak bercakap. Nak explain cakap aku bisu?

No need. Too troublesome.

"Kenapa kamu jalan kaki? Dah lambat dah ni."

Aku hanya jungkit bahu sebagai jawapan. Kalau aku boleh cakap, dah lama aku jawab. Minta-minta lah Cikgu Asiah tak akan tanya dah lepas ni.

"Kenapa kamu lambat? Pelajar sekolah tak boleh lambat."

Cikgu pun lambat.

"Kamu ni asyik diam je dari tadi. Bisu ke apa kamu ni?" soal Cikgu Asiah lalu memandang aku. Traffic light warna merah pula.

Aku tersentak. Aku ukir senyuman.

Yes, your guess is correct.

Aku hanya diam. Aku tak nak mengangguk. Kalau boleh, aku tak nak sesiapa pun dekat sekolah itu tahu tentang masalah aku. Sampaikan aku tak bagi ibu abah cakap dekat pengetua yang aku ni bisu. Aku tak mahu orang kesian dekat aku.

Kami hanya diam sepanjang perjalanan.

"Okay. Dah sampai dah."

Aku menunduk sebelum keluar dari kereta.

Aku pandang Cikgu Asiah. Mahu saja aku ucapkan 'terima kasih'. Tapi sayang, aku tak ada keupayaan untuk bersuara. Jadi aku hanya menunduk sebagai ganti.

"Kelas 1 Amanah dekat blok Anggerik. Tingkat 2 ye?"

Aku mengangguk dan aku menunduk sekali lagi. Kemudian aku terus pergi.

"Terima kasih pun tidak. Apalah!" omel Cikgu Asiah lalu parkir kereta.

Aku menaiki tangga ke tingkat dua. Aku sudah boleh nampak kelas 1 Amanah.

Aku berjalan masuk keruang pintu 1 Amanah. Huishh.. Banyak betul manusia!

Aku ketuk pintu. Serentak semua orang memandang aku.

I hate this.

"Masuk." arah cikgu yang ku tidak tahu namanya. Pakai name tag pun tidak.

Aku melangkah masuk kedalam kelas. Semua pelajar memandang aku. Macam tak pernah tengok orang datang sekolah lambat di hari first day aje lagaknya!

"Nama apa?" soal cikgu perempuan itu sambil membuka fail. Mahu mendaftar nama.

Aku menunjukkan name tag aku kepadanya. Name tag besar gajah tak akan lah tak nampak?

Cikgu itu mengangguk lalu mula mencari nama yang start huruf 'H'

"Hazrina Fathia Binti Yussri?"

Aku angguk.

"Sila duduk dekat mana-mana tempat je."

Aku pandang sekeliling. Semua tempat penuh. Kecuali satu je

Dekat belakang sekali tanpa berteman.

Aku melangkah ke bahagian belakang. Ini lebih baik daripada punyai kawan sebelah.

Aku duduk lalu meletakkan beg galas aku di sebelah aku.

Aku termenung seketika. Apa salah aku sehingga abang Fathiq meninggalkan aku?

Abang Fathiq memang kejam!

______

No one P.O.V

"Serius lah kau tinggalkan adik kau macam tu je?" soal Qaidar seakan tidak percaya. Nak buat homework biology yang Sir Lim bagi pun tak boleh. Baru nak pegang pen, Fathiq buka cerita pagi tadi.

Raqif ternganga mendengar cerita Fathiq. Sampai jatuh correction tape yang dia tengah pegang. Sanggup betul Fathiq tinggalkan Fathia di tepi jalan! Kejam sungguh Fathiq!

  "Kau tinggal dia dekat area jauh dari Alor Batu pula tu. Macam mana kalau dia sesat? Atau kena culik? Boleh jadi dia accident. Siapa yang nak bertanggungjawab?" serang Raqif pula bertalu-talu. Sungguh dia kecewa dengan sikap Fathiq. Dimanakah hati seorang abang?

Fathiq terdiam. Menyesal pula dia beritahu kawan-kawannya ini. Patutnya dia diam sahaja!

Tetapi kata-kata Raqif agak buat dia panik. Macam mana kalau Fathia hilang, kena langgar?

Nanti ibu dan abah akan salahkan dia. Aduh... Gawat ni.

"Kalau betul pun kau bencikan adik kau, jangan lah sampai kau sanggup tinggalkan dia sorang-sorang. She just 13 years old. Kalau kau benci adik kau sangat-sangat, tak mampu nak jadi abang dekat dia, tapi mana sikap kemanusiaan kau?" Qaidar berpaling ke arah lain. Kecewa. Ya, dia juga sangat kecewa dengan Fathiq.

Fathiq hanya diam. Fikirannya berkecamuk.

Tiba-tiba Raqif berdiri.

"Kau nak gi mana, tho?" tanya Qaidar. Pelik pula tiba-tiba Raqif berdiri. Padahal sekarang ni subjek killer (add math)

"1 Amanah. Aku nak check Fathia." ujar Raqif dingin.

"Aku pun." Qaidar turut berdiri. Mereka berdua terus keluar dari kelas.

"Oi! Korang nak gi mana!" laung Zack selaku ketua tingkatan. Tetapi mereka terus blah.

"Fathiq, mana kawan kau gi? Time Madam Song kot!"

Fathiq jungkit bahu. "Toilet perhaps."

Fathiq hanya merenung kelibat mereka berdua yang mulai hilang, kosong. Kemudian dia menyambung membuat kerja sekolahnya. Mampus pergi lah dekat diorang. Dia tak nak layan.

"Serius aku tak caya Thiq boleh perangai macam lahanat macam tu." Rafiq menyuarakan ketidak puas hati. Mereka sedang menuruni tangga.

"Dasar cibai punya abang. Kalau Fathia tak ada dekat kelas, memang aku gi tumbuk muka mamat tu sekarang juga." Qaidar berkata dengan muka bengangnya. Dia sedang kepal penumbuknya. Serius dia tak tipu!

"Tolong tumbukkan untuk aku."

"Eh, pehal pula? Kau join ah tumbuk punching bag jahanam tu sekali!"

Raqif sengih. "Aku tak nak kotorkan tangan aku lah der."

Qaidar buat muka toya. Sempat lagi mamat ni buat lawak tak kena tempat. Tak nak kotorkan tangan? Dah tu bila time Joe rembat awek kau apa? Bukan kau belasah mamat tu sampai lunyai ke?

"Jangan sampai aku tumbuk muka kau pula. Tak dapat tumbuk Fathiq, tumbuk muka tak hensem kau ni pun jadi lah." Qaidar memberi amaran sambil tayang penumbuknya.

Raqif buat muka takut yang terlampau over. "Uhhh.... Takutnya!!!" Kemudian dia smirk. "Ada juga yang jawab SPM dengan muka lebam karang."

Qaidar menggelengkan kepalanya berulang kali. Tanda serabut dengan Raqif. Perangai Raqif boleh tahan gila-gila juga ya walaupun situasi sekarang ini agak genting.

"Betul ke tho Thia kelas 1 Amanah?" soal Qaidar.

Raqif angkat bahu. "Tak tau. Aku main tembak je. Dia kan pandai." Kemudian dia sengih.

Qaidar kacip gigi sambil jeling muka tak bersalah Raqif tajam. Cis! Ingatkan dia tahu! Ingat exam ke boleh main tembak?

Mereka telah pun tiba di tingkat tingkatan 1. Mereka berjalan di koridor tersebut.

"Kelas 1 Amanah kat mana ah?" tanya Qaidar sambil garu dagunya yang agak terbelah dua.

"Ish.. Sengal lah kau ni! Dah 5 tahun sekolah dekat sini pun bengap!" kutuk Raqif habis-habisan.

"Oi, kau ni memang fail math kan? Kita baru 4 tahun. Sebab new year baru nak start, sewel!"

"Eh, bodoh. Aku malas nak berhujah panjang-panjang. Sini je lah kelas 1 Amanah." Raqif mengerling kelas 1 Amanah di sisi mereka. Lembap betul! Padahal sebelah je!

Qaidar menjenguk-jenguk mencari Fathia. Yeay! Dah jumpa!

Kelihatan Fathia sedang duduk dibarisan belakang sekali. Qaidar tersenyum lega.

"Dia ada ah." bisik Qaidar sambil senyum. Raqif menghela nafas lega.

"Qaidar, Raqif! Apa kamu berdua usya kan tu?!"

Mereka berdua telan air liur. Alamak! Ada cikgu perasan ah!

Mereka kalih memandang cikgu Hayati yang sedang bercekak pinggang didalam kelas 1 Amanah.

Habis pelajar-pelajar kelas 1 Amanah memandang mereka. Termasuk Fathia. Terkejut dia melihat kawan abangnya berdiri dihadapan kelas mereka.

Mereka berdua sama-sama tayang sengih tak bersalah. Tak tahu nak kasi alasan apa lah tu.

"Ni hah, Raqif ajak gi toilet." Raqif terkejut. Oi, apa aku?!

"Aii... Tak kan lah pergi toilet sampai dua orang? Forget about school rules ke abang-abang form 5?" sinis cikgu Hayati. Memang kalau budak lelaki nak pergi tandas, kena seorang sahaja. Kalau perempuan pula boleh dua orang.

"Cikgu ni macam lah tak kenal Raqif. Dia ni penakut tahap gaban. Merengek-rengek dekat saya minta ajak teman macam budak kecil yang bagi jatuh ais krim. Kalau tak dia kencing dalam seluar. Siapa susah? Saya juga yang dipersalahkan, bukan cikgu."

Kata-kata selamba Qaidar mengundang tawa kelas 1 Amanah. Kelakar dan sporting betul lah form 5!

Raqif ketap gigi menahan rasa. Wah! Qaidar sudah malukan aku dihadapan budak junior! Kurang asam!

"Haih.. Macam-macam lah kamu berdua ni. Dah, cepat pergi. Nanti terkencing pula dekat sini si Raqif." arah cikgu Hayati terselit senyuman simpul. Ada-ada je dua senior ni.

Sekali lagi, pelajar-pelajar kelas 1 Amanah ketawa.

"Cikgu!!" jerit Raqif sedikit geram. Alaa, manja sikit je. Bukannya geram betul-betul.

Bahu Raqif dipegang kuat oleh Qaidar.

"Okay lah cikgu. Kami nak gi toilet. Adik-adik belajar rajin-rajin tau!" Sempat Qaidar memberi semangat kepada mereka. Siap buat thumbs up lagi.

"Okay!" Mereka menjawab ceria.

Qaidar menghadiahkan satu senyuman menawan kepada Fathia yang sedang memandangnya.

Fathia terkedu. Abang Qai senyum? Dekat aku ke? Bukan kot sebab ada banyak lagi budak perempuan yang tengah pandang abang Qai.

*Good luck, Thia.*

Seraya itu Qaidar kenyit mata kepada Fathia. Kemudian mereka beredar.

"Uwaaah! Abang hensem tu kenyit mata dekat aku lah!" Salah seorang pelajar perempuan perasan.

"Perasan lah kau ni!"

"Kau jeles kan?"

"Sudah! Mari kita mulakan kelas!" teriak cikgu Hayati.

Fathia masih lagi terkejut. Abang Qai kenyit mata dekat aku lah... Sebab dia cakap 'good luck' dalam bahasa isyarat.

Fathia senyum tipis.

____

"Perghh! Nasib baik Fathia ada!" Ucap Raqif lalu menaiki tangga semula.

"Selamat lah muka Thiq nampaknya." ujar Qaidar sedikit tidak berpuas hati.

Raqif gelak. Memang Fathiq nasib baik sebab Qaidar tak akan tumbuk.

"Kau tak heran ke macam mana Fathia boleh datang? Sudah lah jauh kot."

Soalan Qaidar mematikan tawa Raqif.

"Yalah.... Ada orang tumpang kot?" Raqif membuat andaian.

"Tapi kan... Aku rasa Fathiq boleh buat lebih teruk dari ni..."

Kening Raqif bercantum. "Maksud kau?"

"Dia sanggup tinggalkan Fathia sorang-sorang dekat tepi jalan. Tak mustahil dia boleh buat something yang lagi cruel dan awful dekat Fathia." ujar Qaidar serius.

"Yes, memang tak mustahil..." balas Raqif perlahan. Sudah lah dalam kalangan kawan Fathiq, hanya mereka berdua sahaja yang tahu Fathia ini bisu.

"Ehem... Ehem..."

Deheman seseorang membuatkan mereka mengangkat muka. Terkejut mereka tak boleh gambarkan lah. Terkejut beruk!

"Where have you been, Qaidar, Raqif? It's been 4 minutes since my class started." soal Madam Song sambil bercekak pinggang.

Raqif tepuk dahi. Qaidar mengeluh. Tak sangka cepat betul perjalanan sampai ke kelas 5 Amanah.

Habis lah.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience