Bab 18

Family Series 23854

Hazrina Fathia P.O.V

Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Hari dimana kami berangkat ke Melaka.

Pada mulanya, aku agak excited. Yer, aku rasa journey ke Melaka akan jadi exciting.

Tapi bila aku pandang sebelah, rasa macam tak ada mood pula.

"Awal datang!"

Tengok? Dia pasti akan tegur! Memang lah awal, kalau lambat datang nanti kena marah dengan Cikgu Melati, Teacher Sally dengan Sir Viran! Itu otak memang tak ada ka?

"Oi! Sombong!"

Sombong dengan kau je! Aku berpeluk tubuh. Korang rasa siapa?

It's Naufal in the house!

Naufal tersengih melihat kebisuan aku. Kebetulan, hari ini tak ramai orang datang awal. Sir Viran je yang sampai! Cikgu lain semua tak datang!

Fathiq? Lepak dengan member dia lah. Eh, kejap! Naufal bukan member Fathiq ke? Naufal pula sibuk je menghimpit dekat sebelah aku.

Aduhai, Hannah... Asal kau tak datang lagi hah? Aku memeluk beg-beg aku.

"Cuba lah senyum sikit. Baru lah ceria, ye dok?" Naufal tersenyum girang dan membuat aksi lagak kanak-kanak ribena.

Thia....

Jangan sombong...

Kerana dia lah guardian angel yang senantiasa memastikan kau selamat. Yang selalu protect kau setiap masa.

Dan ini balasan kau?

Otak memarahi diriku sendiri. Aku terkedu. Yalah, lelaki ini yang selalu jaga aku.

Kau nak jadi Tanggang yang tak mengenang jasa ke?

Segaris senyuman ikhlas terukir pada wajah aku.

"Ha, kan cantik! Manis je aku tengok! " puji Naufal.

Aku hanya tersenyum. Ikhlas ye?

"Fathia!!!!"

Senyumanku kian lebar tatkala melihat Hannah yang berada tidak jauh dengan aku sedang berlari sambil mengheret beg roda.

"Awal kau datang!" Termengah-mengah Hannah mencari nafas. Aku tersengih.

"Hai, senior!" Hannah membuat 'hi' kepada Naufal. Naufal turut melambai sambil tersenyum sehingga menampakkan sebaris giginya. Hensem!

Erkk... Hensem ke?

"Mana abang monster kau?" Mata Hannah melilau mencari 'abang monster'.

Aku menjuih kearah sekumpulan lelaki yang rancak berborak.

"Nama senior, Naufal kan?" Naufal angguk.

"Nama saya Hannah! Selamat berkenalan!" Hannah memperkenalkan dirinya, ceria.

"Selamat berkenalan!" Naufal tersenyum lebar.

"Senior tak join diorang ke?" soal Hannah. Eh, terlebih ramah pula si Hannah ni.

Hannah duduk didepan aku.

"Malas." Jawabnya sepatah. Sebernanya, mempunyai banyak makna.

"Oh, bagus lah!" komen Hannah.

"Kenapa?" Tanya Naufal blur.

Aku hanya mendengar, memasang telinga.

"Jangan kawan dengan si monster tu. Dasar monster! Tak layak jadi abang!" kutuk Hannah sambil menjeling Fathiq dari jauh.

Naufal terus memandang siapa yang dijeling Hannah. Kemudian dia baru mengangguk-ngangguk. Oh, faham!

"Dia memang macam tu." ujarnya perlahan.

"Guys!! Line up!!" laung Teacher Sally.

Terkedek-kedek kami berlari beratur dihadapan bas. Rupanya, sudah ramai orang yang hadir.

Ramai juga orang sehingga bertolak-tolak.

"Tepi lah!" Fathiq menolak tubuhku sehingga aku hampir terjatuh. Mujur Naufal menyambut aku.

Ala Hindustan, mata kami bertaut. Tapi tak lama selepas jeritan Cikgu Melati menyuruh kami naik masuk kedalam bas dengan cepat.

"Hannah! Duduk dengan aku!" Dewi melambai-lambai kearah Hannah yang sedang duduk disisi aku.

Kami sekarang ini berada didalam bas.

Dewi itu senior St. John Hannah.

"Fathia, boleh tak aku duduk sebelah Dewi?" pinta Hannah.

Aku terkedu. Kalau Hannah duduk dengan Dewi, aku duduk dengan siapa?

Aku hanya mengangguk. Hannah terus pergi ke Dewi.

Dan terasa seperti ada orang sedang menghenyekkkan punggung disebelah aku. Aku kalih

Naufal!

Dia tersengih kepada aku.

Aku turut tersenyum.

"Fal! Duduk sini lah!" laung Malik yang duduk dibelakang. Geng Fathiq sudah duduk dibelakang.

"Tak nak!" teriak Naufal semula.

Jangan risau, bas terlalu hingar-bingar dengan ramai orang yang sedang berbual-bual. Jadi tidak ketara sangat lah jeritan mereka

Aku pandang Naufal pelik. Kenapa dia tak duduk je dengan kawan dia?

Naufal tersenyum kepada aku. Aku melontarkan pandangan kearah luar tingkap sambil berpeluk tubuh.

Malas mahu beramah mesra dengan Naufal.

No one P.O.V

Naufal memerhati wajah cantik Fathia yang sedang terlena.

Senyuman diukir saat melihat wajah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience