Bab 8

Family Series 23854

Hazrina Fathia P.O.V

Aku menyiram pokok-pokok bunga dihalaman rumah. Senyuman kecil terbit dibibirku.

Alangkah indahnya andai aku bisa menjadi bunga.

Tidak perlu merasai peritnya derita sebuah kehidupan.

Aku mengeluh.

Thia, tidak baik kau mempertikaikan apa yang Allah telah lakukan.

Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya.

Itu apa yang orang selalu cakap.

Tapi apa hikmahnya?

Apa hikmah yang aku dapat disebalik kesengsaraan aku yang tidak boleh bercakap?

Dibenci abang kandung sendiri... Dibuli di sekolah... Dipinggarkan di sekolah...

Apa hikmahnya?

Cepat-cepat aku beristighfar. Astaghfirullahazim.....

Allah tak akan menguji hamba-Nya jika hamba-Nya tidak dapat menanggung ujian-Nya.

Tapi ujian-Nya terlalu berat sehinggakan bahu aku sudah penuh dengan beban. Hati ini sudah tidak tertanggung lagi dengan derita. Jiwa ini sudah perit untuk menanggung kesengsaraan.

Sekali lagi aku mengeluh.

Aku perlu sabar. Sudah ini yang tersurat didalam hidupku. Inilah takdir yang tersurat yang tidak dapat aku pertikaikan.

"Hai adik manis!"

Siapa pula yang pagi-pagi panggil aku adik manis?

Aku angkat kepala. Eh, Qaidar lah!

Melihat reaksi terkejut aku, dia tersengih.

"Rajinnya adik manis ni siram bunga. Madu bunga pun kalah manis dengan adik manis ni." Pujinya nakal.

Aku senyum tipis. Langsung tidak terkesan dengan pujian mahupun sindiran.

"Cuba lah senyum tu kasi ikhlas sikit. Saya pun nak juga tengok senyuman manis awak yang kalah madu tu." Dia tersenyum manis.

Qaidar... Aku menatap wajah kacaknya.

Alangkah indahnya andai dia lah abang kandung aku. Yang setia menyayangi dan menjagaku.

Thia, apa kau melalut ni? Hatiku berbisik.

"Thia dah tahu dah nak masuk uniform apa?" tanya Qaidar.

Eh, bukan nak jumpa abang Thiq ke? Sempat lagi dia nak buka warung Kopitiam dengan aku?

Aku sekadar mengangguk.

"Apa dia?"

Aku gigit bibir. Nak terangkan macam mana ya?

Aku buat aksi ada crown atas kepala dan aksi tudung labuh. Kalau tak faham, aku tak tahu lah nak kata apa.

"Puteri Islam?"

Aku mengangguk acuh tak acuh. Ha, betul lah tu.

"Kalau kelab?"

Ish, banyak tanya lah dia ni. Getus hatiku.

Aku jungkit bahu. Ya, aku masih berfikir mahu masuk kelab apa.

"Join lah kelab Doktor Muda!" Pantas dia memberi cadangan.

Aku mengangguk malas. Layankan aje lah dia ni.

"Masuk tau! Jangan tak masuk!" Qaidar memberi amaran. Siap tunding jari telunjuk lagi.

Aku mengangguk. Sumpah, aku dah boleh jadi burung belatuk ni.

"Eh, kamu dah sampai Qaidar?" tegur ibu yang sudah keluar.

Qaidar tayang sengih. "Ya, mak cik. Qaidar ada?"

Aku terpaku. Sopan sungguh bicaranya. Bagi korang, mesti biasa-biasa je. Tapi dia punya nada dan intonasi sangat sopan dan lembut.

Kenapa aku selama ni tak perasan?

"Ada. Tengah bersiap lah tu. Kejap ye Qaidar. Mak cik panggil dia sat." Ibu terus berlalu.

Aku berpaling ke Qaidar. Dia tersenyum menawan kepadaku.

Jantungku berdetak laju. Aku buat-buat menyiram pokok bunga. Terasa panas mukaku.

Qaidar ketawa kecil.

_____

Hazrin Fathiq P.O.V

"Thiq, Qaidar dah datang!" Laung ibu.

Dengan kadar yang segera, aku menuruni tangga. Cepat betul mamat ni sampai!

Aku pergi ke luar rumah. Raut wajahku bertukar tegang melihat si bisu itu.

"Pepagi kena hadap muka kau. Hilang terus mood aku." sinisku.

Fathia hanya tersenyum. Ish, senyum lagi budak ni!

"Cepat lah, Thiq. Raqif dan yang lain pun dah tunggu dekat taman. Kau sorang je yang lambat. Kang tak siap projek kita." sampuk Qaidar seolah cuba membantu Fathia.

Atau itu hanya perasaan aku?

"Yelah." Sempat aku menjeling dia. Dia masih tersenyum.

Aku berjalan keluar dari pagar. Mengorak langkah meninggalkan Qaidar.

Qaidar menghadiahkan kenyitan buat Fathia tanpa kutahu.

Merona merah wajah Fathia. Dia menunduk.

_____

No one P.O.V

"Terima kasih cikgu...."

Mereka mengemas barang-barang. Bersedia untuk pulang.

Fathia bergegas keluar dari kelas. Tak mahu Fathiq meninggalkan dia. Jumaat minggu lepas, Fathia terlewat kerana berjumpa dengan Cikgu Atikah. Pergi sahaja tempat parkir motor, tahu-tahu dia telah pergi. Mujur ada Cikgu Atikah yang belum lagi pulang, sudi menumpangkan dia.

Ya, cikgu itu memang baik.

Tiba-tiba terasa tudung Fathia ditarik dari arah belakang. Ada dua tangan mengheret dia hingga ke belakang bangunan.

Fathia terkedu. Pikaariani lagi ke ni?

Tubuh Fathia terus ditolak hingga terduduk. Fathia menyeringai sakit. Lututnya terasa perit.

"Heh, sakit?"

Begitu sinis suara itu.

Kejap... Ini bukan suara Pikaariani. Juga bukan suara kuncu-kuncu Pikaariani.

Fathia tak kenal.

Fathia mendongak, mahu tahu siapa yang memperlakukan dia begini.

Eh, ini senior Tasya! Senior form 5 yang digilai ramai! Dia ditemani dengan dua orang kawannya disisinya. Tak silap Fathia, kiri itu Kirana. Kanan pula Puteri.

Siapa yang tak kenal dengan mereka?

Mereka diva!

Dia perlahan-lahan bangun menghadap mereka.

Dia mengeluarkan nota dan pen. Dia menghulurkan nota itu kepadanya mahu mereka baca.

"Korang nak apa?" Puteri membaca nota tersebut. Dia gelak sinis. "Main tulis-tulis pula kau ni!"

"Kau tanya kitorang nak apa? Kenapa kau naik motor sekali dengan my baby?!" jerit Tasya.

Mak ai... Suara kalah nyamuk. Kejap... Baby? Sejak bila aku naik motor dengan bayi?

"Hazrin Fathiq lah, bodoh!" jerit Kirana geram melihat muka blur Fathia.

Sejak bila abang aku baby kau, Tasya?

Fathia hanya diam. Nak jawab apa? Fathiq awal-awal lagi mahu merahsiakan status mereka. Dia pesan kepada dia jangan mendedahkan status mereka.

"Ish budak ni!"

Tasya bertindak menolak tubuh Fathia hingga terhempap dengan dinding.

Sakitnya jangan cakap lah, sakit sangat!

"You know what lil' kid? Fathiq is mine!" Dia menampar pipi Fathia kuat.

Fathia mengadu sakit. Matanya berkaca-kaca.

Kali kedua.... Sudah kali kedua dia diperlakukan begini oleh orang yang berbeza!

"You should know it well, kiddo!" tengking Tasya lagi. Dia menendang perut Fathia.

Bergenang air mata Fathia. Sakit.... Dia sekarang masih ada darah haid. Baru pagi tadi dia senggugut.

Fathia terkulai lemah.

"Don't touch Fathiq! Or else I will beat you like hell!" Tasya terus pergi. Puteri mengekorinya.

Kirana mendekatkan mukanya pada telinga Fathia yang tertutup dengan tudung.

"Qaidar too. Don't too close with him. He's mine." bisik Kirana dengan suara yang menyeramkan.

Kirana menunjal kepala Fathia kuat sehingga terhantuk dengan meja kayu disebelahnya.

Kemudian Kirana terus pergi.

Fathia ketap bibir. Air mata mengalir membasahi pipi. Dia memegang perutnya dengan wajah berkerut-kerut.

Kenapa dia harus diseksa sebegini?

Matanya terus terkatup. Segala-galanya menjadi gelap. Kepalanya terasa pening.

"Fathia!!!!"

Sayup-sayup dia dapat menangkap gerangan itu sebelum dia rebah.

********************************
Buli lagi? Haha kesian Fathia kan?

Siapa Tasya ni? Dia minat Fathiq ke? Siapa Kirana ni? Dia minat Qaidar ke?

Hambar? Yes i know chap kali ni hambar. And JM makin hambar. Makin melalut.

But hope u guys terhibur dengan cerita melalut ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience