Bab 23

Family Series 23854

The longest chapter ever for JM. 2019 words. Panjang x? Tak payah nak emo sangat lah. Hambar je kot. Hahahahaha just enjoy!

Fathiq berlari-lari di ruang hospital. Dia tidak percayakan berita yang disampaikan tadi!

Thia.... Thia....

Matanya sudah berair menahan rasa sakit di hati. Tercungap-cungap dia berlari mencari bilik.

Tak mungkin!

Fathiq dengan kasar menendang pintu itu. Saat melihat Fathia yang tidak bermaya, membuatkan air jantannya tumpah.

Wajah pucat tanpa darah membuatkan dia menangis. Dia terduduk lemah.

Dia meraung-raung melihat orang tersayang sudah pergi sekelip mata meninggalkan dirinya.

Rasa bersalah semakin menebal di jiwa kerana dia sudah berkali-kali menyakitkan hati insan tersebut. Seakan merentap nyawanya melihat pemergian orang tersayang.

Tak mungkin!!!!

Katakan lah ini hanya mimpi, bisik hati lelaki itu.

Dan Fathiq. Hanya meraung disitu mengenangkan penyesalan.

________

Fathiq berjalan laju kearah seseorang. Rakan-rakan yang hadir untuk mengucapkan takziah, tidak dipedulikan.

Dia tahu siapa punca kematian insan yang dia sayang! Dan, dia tak akan maafkan orang yang telah menyebabkan kemalangan itu berlaku!

Dia bertindak mencengkam baju seseorang.

" Dah puas kau bunuh ibu bapa aku? " soal Fathiq sambil merenung tajam si dia. Dia mengetap-ngetap giginya.

Fathia hanya mampu menundukkan wajahnya yang sudah berlinangan dengan air mata. Pipinya sudah basah dengan air mata yang tidak terhingga. Dia tidak punya kudrat untuk melawan Fathiq.

Kematian ibu bapanya benar-benar memberikan 'shock' kepada dirinya sendiri. Bayangkan, sewaktu dia sedang menunggu ibu bapanya menjemput dia, mereka kemalangan!

" Aku tanya jawab ah!!! " tengking Fathiq. Cengkaman pada baju Fathia tidak dilepaskan. Matanya sudah merah menyala. Dadanya berombak kencang.

Fathia menutup matanya seketika, membiarkan air mata melimpah-ruah membasahi pipi yang sedia basah.

Allah.... Dituduh sebagai pembunuh kepada orang tua sendiri oleh abang kandung sendiri seakan mengoyak-ngoyak hati pilu Fathia.

Melihat kebisuan Fathia benar-benar mencabar ego seorang Hazrin Fathiq. Dia menampar pipi Fathia sekuat hati sehingga Fathia terduduk.

" Fathiq!!! " jerit Naufal geram. Tak habis-habis mahu menyalahkan Fathia! Redha aje lah terima Qada dan Qadar Allah!

Qaidar turut berada disitu. Dia berlari kearah Fathia. Kasihan gadis itu. Dia juga kehilangan. Bukan Fathiq seorang sahaja yang merasai kehilangan.

Renungan tajam persis sang helang oleh Qaidar dihadiahkan kepada Fathiq. "It's not Thia's fault. " Tegas sekali bicaranya mahu membela gadis yang dicintai itu.

" Kalau kau tak pergi kelas bahasa isyarat tu, ibu abah akan masih hidup!! Kalau kau tak bisu, ibu abah tak akan pergi!!! Kalau kau tak lahir dekat dunia, ibu abah tak akan mati!!!! Ini semua salah kau budak cacat!!!!!!!" Fathiq menjerit dengan air mata yang mengalir. Dia sudah berura-ura mahu membelasah Fathia tetapi dihalang oleh Naufal dan beberapa orang kawan Fathiq lagi.

Mereka menghalang Fathiq yang meracau-racau itu. Fathia menangis teresak-esak dengan bahu yang terhinjut-hinjut.

Benarkah ini semua salah aku? Jika aku tak lahir, mereka tak akan mati bukan? Ibu abah pasti akan hidup.

" Kenapa kau tak mati je setan?!!! Sial!!!!! " Fathiq masih terjerit-jerit. Membara matanya seakan menyimpan dendam kepada Fathia.

Beberapa orang rakan Fathiq membawa Fathiq pergi. Tidak mahu Fathiq menimbul kecoh disini. Lagipun ini hospital.

Dan mereka mendapat tahu satu rahsia. Fathiq punya adik?

Qaidar mahu memegang tangan Fathia yang berlapit tetapi ditepis hebat oleh Fathia. Qaidar terkilan.

Fathia terus memeluk Naufal. Dia menangis pada bahu lelaki itu. Tangisannya semakin mendayu-dayu seperti meluahkan segala apa yang terbuku pada hati.

Qaidar bangun perlahan-lahan. Kemudian dia beredar dari situ dengan hati yang terluka.

________

Fathia duduk bersimpuh bertekur pada pusara milik Adibah dan Yusoff.

Dia membaca Yaasin meskipun tanpa bunyi. Cukup hanya Allah mendengar hatinya yang begitu asyik mengalunkan surah agung itu buat arwah ibu abahnya.

Fathia tidak mampu menahan getaran jiwa. Setitik demi setitik air matanya menitis saat menyelak muka surat seterusnya.

Rasa bersalah sungguh menggunung!

Ibu abah, Thia akan pastikan ibu abah dapat doa anak yang soleh... Desis hatinya seakan berbisik kepada kedua orang tuanya yang telaj tiada.

" Buat apa kau dekat sini?! " jerkah satu suara.

Fathia arif sangat pemilik suara. Dia tidak mengendahkan sebaliknya dia masih tekun membaca surah Yaasin.

Fathiq ketap gigi. Dia menarik lengan Fathia kuat agar Fathia turut bergerak.

Tarikan pada lengan sungguh kuat. Fathiq menarik Fathia kasar tanpa mengambil peduli Fathia yang mengadu sakit.

Hebat sungguh Fathiq membuat aksi sebegini rupa diatas tanah yang telah ramai jenazah dikebumikan.

Tidak ada kah akhlak Fathiq walau secebis untuk menghormati tapak perkuburan ini?

Apa Fathiq lupa yang dia juga akan dikembalikan disini?

Fathiq mengheret Fathia tanpa belas kasihan. Lalu dicampaknya gadis genit itu keluar dari tapak perkuburan.

" Berambus. Kau tak layak nak datang kubur ibu abah. Kau pembunuh. " Kata Fathiq mendatar tanpa sedikit pun memandang wajah Fathia.

Fathia menggelengkan kepalanya. Air mata sudah mencurah-curah keluar. Dia bangun seakan mahu masuk kembali.

Tidak!! Dia mahu melawat kubur ibu abah!!! Dia mahu bacakan Yaasin untuk mereka!!

Tidakkah Fathiq punya rasa simpati? Semalam pun, saat ibu abah mahu dikafankan, Fathiq dengan beraninya menghalau dia!

Fathiq mengunci dirinya disebuah bilik. Meraung-raung dia sehingga pengsan.

Mahu melawat kubur pun tidak boleh?

Pap!

Tangan Fathiq sudah hinggap di pipi Fathia.

" Aku kata berambus, berambus lah!! Tak faham bahasa lagi ke?!!!!" jerit Fathiq mengamuk.

Air mata sudah membasahi pipinya. Dia memegang kaki Fathiq. Digoncang-goncang kaki itu.

Thiq, Thia nak jumpa ibu abah!!!!

Air mata semakin merembes laju keluar dari matanya. Sudah tidak terhingga air matanya jatuh.

Fathiq terus menendang Fathia sehingga tubuh itu terjelopok. Kain yang dipakai Fathia sudah kotor dengan tanah.

" Berambus kau!!!!!" tengking Fathiq. Urat-uratnya pada leher sudah tegang.

________

Rumah. Rumah yang selalu didiami Adibah dan Yusoff kini menjadi suram. Ketiadaan mereka sudah menjadikan rumah ini sunyi.

Fathia hanya termenung kosong. Sangkanya, Fathiq akan menghalau dia dari rumah ini. Tetapi Fathiq tidak langsung menghalau dia.

Tapi

Setiap hari Fathiq akan mendera dirinya baik pun fizikal atau mental. Dia tidak ubah seperti hamba malah layanannya lagi teruk dari hamba.

Air mata menitis tanpa sedar.

Dia turun lagi... Desis hatinya

" Jangan menangis. "

Fathia terkedu. Dia toleh.

Qaidar....

Hampa, dia fikir Naufal. Kenapa lah Qaidar? Keluh hatinya.

*Baliklah.*

Qaidar mengeluh. Thia, aku cuma nak comfort kau. Bagi kau kata-kata semangat.

Tak kan itu pun tak boleh?

" Hidup ini perlu diteruskan. Kalau menangis tahap sukatan lautan Pasifik sekalipun, takdir yang tersurat tak akan berubah. " ujar Qaidar sambil turut memandang kolam ikan kosong.

Fathia mendengus. Tengok? Nak ceramah bagai.

*Kau ni tak reti faham bahasa ke? Aku cakap blah kan?*

Fathia menolak-nolak tubuh Qaidar seakan mahu lelaki itu beredar.

Qaidar tersenyum pahit.

" Awak betul-betul dah berubah.... " Kata Qaidar perlahan.

Fathia mencebik sambil silang tangan.

" Saya nak awak tahu. Saya sayangkan awak. Dan saya sentiasa cintakan awak. Nama awak sentiasa berada didalam doa saya. Saya tahu awak cintakan Naufal. Untuk itu, saya, Iffat Qaidar akan mencintai awak dari jarak jauh. Jauh sangat sehingga awak tak boleh nampak saya. Dan saya harap awak akan bahagia. Assalamualaikum. "

Fathia tercengang seketika. Qaidar suka dia?

Waalaikumussalam.....

Setelah kelibat Qaidar hilang, Fathia kembali mengelamun.

Lamunannya tak lama sehingga lah Naufal datang.

" Kau okay tak? "

Tersenyum lebar Fathia. Ya, hanya Naufal yang boleh kembalikan senyuman Fathia.

Fathia mengangguk lemah.

Naufal diam seakan berfikir.

" Aku harap aku boleh buat kau gelak..." omel Naufal.

Fathia tergelak kecil. Tak buat apa-pun dia boleh gelak. Semuanya kerana Naufal!

Naufal turut ketawa. Kelakar! Baru cakap je dah gelak!

Fathia tak pernah berasa bahagia sebegini. Bahagia ini hanya datang bila dengan Naufal.

Qaidar dari jauh hanya memerhati. Sebutir mutiara jernih persis sang permata berlian yang bersinar turun dari matanya.

Air mata jantannya tiba-tiba tumpah melihat adegan tersebut.

Fathia, jika benar hanya dia yang boleh bahagiakan kau, aku redha.

Andai itu takdir-Nya, aku akan tetap redha.

Perlahan-lahan dia beredar.

__________

" Hazrina Fathia!!!!! "

Fathia mengeluh. Nak apa lah dia menjerit nama aku ni?

Fathia menuruni tangga. Rambutnya yang agak serabai menutupi kedua belah matanya.

Yang Fathia boleh nampak, wajah Fathiq merah padam seakan marah. Wajahnya kelihatan sangat bengis.

Apa lagi yang aku dah buat?

Pap!

Satu tamparan mengenai pipi Fathia. Fathia terkedu. Not again...

" Kau ni memang pembawa malang betul kan?!!! "

Fathia menahan rasa sakit saat Fathiq menarik kasar rambutnya. Seakan mahu tercabut kulit kepala dia.

Terus tubuh itu dilempar jauh.

" Kenapa kau tak mati je ah?!!!!!" teriak Fathiq mengamuk. Dia benar-benar hilang kawalan sehingga semua barang berhampiran dengannya dilempar keatas lantai.

Menggigil-gigil Fathia melihat amukan Fathiq yang dasyat.

" Qaidar mati sebab kau!!!!! Dia accident sebab kau, betina!!!!! "

Jantung Fathia seakan terhenti. Bagaikan halilintar sedang membelah jantungnya. Nyawanya seakan direntap.

Qaidar... mati?

" Naufal tu baru aje datang tapi kau dah lebihkan si Naufal!!! Qaidar hanya diam dan senyum!! Dia tak kisah asalkan kau bahagia!! Asalkan kau happy!! Dia sanggup beralah!!! Semata-mata nak kau gembira walaupun dia merana!!! Dan kau masih tergamak buat kawan baik aku macam tu?!!

Kau ni memang tak reti bersyukur kan?!! Qaidar tu dah lama setia disisi kau!! Dia yang selamatkan kau!! Dia yang protect kau!! Dia yang selalu bermain dengan kau!! Dia yang selalu tolong kau!! Dia yang selalu buat kau senyum!! Dia yang selalu buat kau happy!! Dia yang selalu lindungi kau!! Dia yang selalu ada dengan kau bila susah dan senang!! Ini balasan kau dekat dia?!! Pengorbanan dia semurah ini ke dekat kau ah, betina?! "

Kata-kata itu bagaikan satu tamparan kepada Fathia. Dia seakan baru tersedar.

Iffat Qaidar...

Lelaki yang telah banyak membantu dia. Lelaki yang tak pernah lari bila Fathia sendiri dalam kesusahan.

Pengorbanan Qaidar sangat besar. Dialah manusia yang setia disisi Fathia sampai sekarang. Lelaki yang banyak membuatkan dia gembira. Lelaki yang selalu menjaga dia.

Tanpa sedar air matanya bertakung.

Ya Allah... Apa yang aku dah buat?

" Kenapa semua yang aku sayang pergi?!!! Kenapa tak kau je yang mati?!! " Fathiq terjerit-jerit seperti orang yang hilang akal.

Fathiq kemudian duduk longlai. Air matanya turun.

Ya Allah... Kenapa Engkau menarik nyawa sahabatku?

Kenapa dia perlu pergi dengan hatinya yang telah berdarah-darah?

Padahal Qaidar patut mendapat sesuatu yang lebih baik!!

Terduduk lemah Fathia. Dia menekup mulutnya sambil menggeleng-gelengkan kepala seakan tidak dapat menerima kenyataan.

Laju air mata mencurah-curah keluar membasahi pipinya.

Tak mungkin!!!

Qaidar tak akan tinggalkan aku!!

Dia dah janji tak akan pernah tinggalkan aku!!

"Untuk itu, saya, Iffat Qaidar akan mencintai awak dari jarak jauh. Jauh sangat sehingga awak tak boleh nampak saya."

Jadi, dia sudah tahu dia akan dijemput oleh malaikat Izrael hari ini?

Qaidar, maafkan Thia!! Thia dah banyak sakitkan hati awak!! Thia minta maaf!!

Thia janji Thia akan layan awak lebih daripada seorang kawan!!

Thia pun.....

Thia pun sayangkan awak!!

Jadi janganlah pergi!!

Fathia meraung-raung dengan penyesalan yang tidak ada penghujungnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience