Bab 24

Family Series 23854

Sudah dua hari semenjak Qaidar telah pergi dijemput Ilahi.

Fathia mengetap bibir menahan tangisan.

Jangan menangis...

Iya, itu pesanan Qaidar sebelum dia pergi.

Ternyata Allah lebih sayangkan ibu, abah dan Qaidar. Apa Allah tidak sayangkan dia juga?

Dia rasa menyesal. Teramatlah menyesal kerana telah layan Qaidar kasar.

Dia pun tidak tahu apa sebab dia memperlakukan Qaidar begitu. Padahal Qaidar sentiasa layan dia persis Aurora, The Sleeping Beauty.

Bila dia tengok muka Qaidar je dah rasa meluat. Dengar suara dia pun apatah lagi. Berlipat ganda menyampah dekat Qaidar.

Sekarang?

Dia menyesal.

Sesalan hanya tinggal sesalan.

Fathia sudah banyak menangis dan bersedih. Jika mahu dihitung jumlah air mata Fathia, pasti sudah penuh 5 baldi besar!

Fathia sudah terlalu banyak mengeluarkan air mata. Sehingga air mata sudah jemu untuk keluar.

Rumah ini?

Masih lagi sunyi. Kosong tanpa ibu abah.

Fathiq? Dia melayan Fathia lebih kasar daripada dulu. Fathiq semakin membenci dirinya atas pemergian Qaidar.

Fathia pejam mata rapat. Bibir bawah diketap.

Thiq, aku pun rasa kehilangan. Kehilangan seorang lelaki yang telah ku anggap sebagai abang sendiri.

Fathia teringatkan layanan dia terhadap Iffat Qaidar.

Hanya kerana kehadiran Naufal, aku telah abaikan Qaidar. Malah, layan dia kasar. Dan dia? Hanya tersenyum pahit.

Memang benar, Naufal hadir dulu dalam hidupnya. Tetapi Qaidar yang terlebih lama setia disisinya tanpa lari kemana-mana.

Kenapa dia alpa?

Dia alpa dalam menilai kaca dan permata.

Sudahnya, Qaidar pergi tanpa kembali.

Fathia memegang dadanya yang terasa senak. Sumpah, semua rasa sakit itu berkumpul disini. Dadaku terasa sakit sangat.

Serentak air mata sudah bergenang. Fathia gigit bibir.

Air mata jatuh tanpa diminta.

Jangan menangis...

Jangan menangis...

Maaf, abang Qai. Thia tetap menangis.

Thia masih tak boleh redhakan pemergian abang Qai!

Fathia seka air mata. Cukup, Thia. Jangan Menangis!

"  Thia... Makan lah sikit... " ujar Hannah perlahan. Dia sedang memegang mangkuk yang berisi bubur ayam.

Aku tak nak, Hannah.

Melihat kedegilan Fathia, dia meletakkan mangkuk disebelah Fathia.

"  Kau ingat senior Qaidar pergi untuk tengok kau macam ni ke?  " soal Hannah geram.

Diam.

Hannah berdecit sambil tepek dahinya sendiri.

"  Ibu abah kau pun confirm tak suka tengok kau macam ni.  "

Diam.

Hannah terkedu melihat seseorang sedang berdiri di luar rumah. Dia tersenyum tipis. Dia harap lelaki itu berjaya kembalikan senyuman Fathia.

"  Thia, aku balik dulu lah. " Hannah meminta diri.

Kosong. Riak wajah Fathia kosong. Dia tayang wajah poker.

"  Hazz... "

Fathia langsung tidak berpaling. Dia tahu itu Naufal.

Naufal mengeluh perlahan. Dia duduk disebelah Fathia.

Fathia hanya memandang kolam ikan.

Tanpa sedar tubir matanya bergenang. Terlalu banyak kenangan Qaidar bersama dia dirumah ini.

Tolonglah, jangan menangis!

Naufal terpandang mangkuk berisi bubur ditepi Fathia. Langsung tidak terusik.

"  Makan lah bubur tu. Penat-penat Hannah masak untuk kau. "

Aku pun penat, Fal. Penat bersedih. Penat menangis. Penat meratap.

Fathia masih kekalkan riak poker seolah tidak berperasaan.

Dia nak Qaidar kembali!

Naufal mendengus.

"  Wake up. Qaidar tak akan bangun balik dari kubur. Please lah terima kenyataan! " Kasar Naufal menuturkan kata tanpa sedikit pun perasan tentang hati Fathia.

Fathia terkedu. Inikah lelaki yang dia puja selama ini?

Fathia menundukkan wajahnya.

Abang Qai... Thia nak abang Qai balik!

___________

Hazrina Fathia P.O.V

Sudah berkali-kali aku membaca surah Yaasin. Khas untuk ibu abah dan Qaidar.

Alhamdulillah, aku sudah dapat menerima kenyataan yang mereka telah pergi.

Tetapi tidak cukup untuk membuatkanku kembali tersenyum seperti sedia kala.

Aku seperti sudah lupa maksud untuk senyum.

Siapa yang tak sedih pabila ibu ayahnya pergi?

Tak sempat aku bermanja-manja dengan mereka sepuas hati tetapi mereka telah pun pergi.

Aku memandang jam pada dinding.

12.13 malam.

Abang Thiq tak balik lagi.

Jantungku berdetak laju. Kenapa aku rasa tak sedap hati ni?

Tiba-tiba telefon aku berdering. Aku mengangkatnya cepat-cepat.

Air mukaku berubah.

__________

" Kau ni tak faham bahasa ke ah?! " jerkah Fathiq bengang.

Tasya mencebik manja. Asyik nak marah aje lah dia ni!

Seketika kemudian Tasya melingkari pinggang Fathiq, cuba untuk menggoda.

Fathiq terus menolak tubuh itu sehingga jatuh.

" Awww!!! " Tasya erang sakit.

Fathiq menjegil. "Aku tak suka kau!! Ingat sampai bila-bila!! Tak payah nak terhegeh sangat dekat aku ni!! Dasar betina sundal!! " maki Fathiq sebelum meludah ketepi.

Kemudian dia terus beredar ke jalan dengan hati yang panas. Tasya ni tak habis-habis nak goda dia!

PIN! PIN!

Fathiq terpana melihat sebuah lori datang kearahnya. Badannya seakan kaku. Kakinya bagaikan sudah kaku pada jalan raya.

Terasa seperti tubuhnya ditolak kuat oleh tangan yang kecil.

Dia jatuh dek tolakan itu.

DAMM!!!

Bunyi langgar kedengaran. Fathiq mula naik risau. Siapa yang telah selamatkan dia?

Dia toleh perlahan-lahan.

" FATHIA!!!! "

Dia berlari sekuat hati kearah sekujur tubuh yang berlumuran dengan darah.

" Kenapa kau... " Fathiq mati kata. Dia terduduk lemah disisi Fathia.

Fathia tersenyum lemah. Dia mahu bersuara tetapi dia sedar. Dia tidak punya kemampuan untuk berbicara.

" Call ambulance lah, bodoh!! " jerit Fathiq marah kepada orang yang berada disekeliling. Dan mereka pun menelefon ambulance.

" Kenapa kau selamatkan aku?!! " teriak Fathiq meninggi.

Fathia tersenyum lemah. Dia mahu membalas tetapi dia tidak punya kudrat untuk membalas.

Ya Allah... Engkau tolonglah hamba-Mu ini, Ya Allah...

Fathia membuka mulutnya. Dia menggagahkan diri untuk bersuara walaupun mulutnya sudah penuh dengan darah.

" S—Sebab... a—abang, a—bang.... Thia... "

Dan kuasa Allah. Tiada siapa dapat menghalang keajaiban yang Allah lakukan.

Semuanya atas kalimah teragung KUN FAYAKUN.

" Bodoh! Aku selalu sakitkan hati kau!! Kenapa kau masih anggap aku ni abang kau?! " tengking Fathiq. Tidak langsung mempedulikan orang ramai yang memandang.

Fathia hanya tersenyum lemah. Dia terbatuk-batuk kecil berserta darah pekat yang mulai keluar.

Syukur teramat, Allah memberi peluang untuk dia bercakap.

" Thia... sa—sayang a—a—abang... " ucap Fathia tersekat-sekat. Sesak nafas dia ketika bercakap. Tercungap-cungap dia mengambil oksigen. Betapa terseksanya dia untuk bercakap.

Fathiq kaku. Bagaikan satu tamparan hinggap dimukanya.

Dia seakan tersedar.

Aku ini abang dia. Satu-satunya abang kandung dia!

Kenapa aku baru tersedar akan kasihnya seorang Hazrina Fathia kepada aku?!

" Thia... Maafkan aku!! Aku berdosa pada kau!! Aku selalu sakitkan hati kau!! Aku kejam!! Aku hina kau!! Aku buat banyak dosa dekat kau!!!! " Fathiq memeluk erat tubuh yang sudah tidak bermaya itu. Dia menjerit-jerit bagaikan orang gila.

Kenapa baru sekarang dia sedar betapa kejinya dia?

Segala memori tentang hinaan dia kepada Fathia berlegar di ruang memori. Segala perbuatan keji dia kepada Fathia semakin menerpa dk kotak ingatan.

" T—Thia... maaf—kan.... b—bang.... J—J—Jangan risauuu..... " kata Fathia lemah. Air matanya sudah mengalir.

Ya Allah! Terima kasih yang tak terhingga Ya Allah!! Kerana telah sedarkan abang aku ini Ya Allah!!

Air mata jantannya tumpah. Kenapa baru sekarang dia sedar? Sucinya kasih seorang Thia. Sucinya hati seorang Thia.

Hati suci Thia. Pengorbanan Thia telah jatuhkan ego yang junjung selama ini!

Kasihnya Thia telah membuka matanya kembali. Rasa benci yang sudah tertanam serta merta hilang.

Semuanya kerana kasih sucinya hati Hazrina Fathia!

Terasa ada tangan menyentuh pipinya lembut. Mengusap air matanya.

" J—J—Jangan menangis.... "

Fathia tersenyum lemah. Dia tidak mahu melihat Fathiq menangis!

Fathia mengucapkan kalimah syahadah. Sejurus itu, tangan pada muka Fathiq jatuh. Nafas Fathia seakan telah hilang. Jantung Fathia tidak lagi berdegup.

Fathiq terkejut.

" T—Thia? "

Sesak nafas dia melihat kelopak mata Fathia yang sudah pun tertutup rapat.

Dia mendakap erat tubuh yang sudah tidak bernyawa itu. Air matanya mengalir.

" Jangan lah pergi, Thia.... Aku tak habis lagi nak buat baik dengan kau... Aku janji Thia. Kita akan bermain bersama-sama lepas ni.. Macam adik beradik sebenar..

Aku tak akan sakitkan hati kau lagi.... Aku akan layan kau macam princess.. Jangan lah tidur... Aku tak suka tengok kau macam ni..

Jadi bangun lah!!! Jangan tinggalkan aku sorang-sorang!!!! " Fathiq menjerit bersama air mata yang mengalir. Dia memeluk Fathia erat seakan tidak melepaskan Fathia pergi.

" AAAAAHHHHHH!!!! Bangun lah!!!!!! " Dia menggoncang-goncang tubuh itu lagi. Kuat dia menjerit.

Teresak-esak Fathiq menangis bagaikan anak kecil.

" Jangan lah pergi...." Mendatar sahaja nadanya.

Dia pejam mata seketika.

" Jangan lah pergi!!!! " jeritnya lagi. Beberapa orang cuba untuk menenangkan Fathiq.

" Aku sayang kau, Hazrina Fathia!! Sayang sangat-sangat!! Kau pun sayangkan aku juga kan?! Jadi bangun lah!!! Bangun lah sayang!! Aku minta maaf!! " Fathiq menangis lagi. Dia masih memeluk tubuh itu erat.

Kerana dia, aku menangis. Kerana Hazrina Fathia, aku menyesal. Kerana Thia, aku berharap aku dapat putar balik masa. Aku akan pastikan aku betul-betul sayangkan dia.

" AAAAAAAAAAHHHHH!!!!!!! " Fathiq menjerit lagi seperti orang gila. Dalam jeritan Fathiq, penuh dengan penyesalan. Penyesalan yang tidak dapat memberi apapun. Dia meraung-raung disitu merintih atas kebodohan diri sendiri.

Saat dia berada didepan mata, kita tidak menghargai dia. Tika dia pergi, baru lah kita menghargai dia. Tetapi itu semua sudah terlambat.

Dia tidak akan kembali.

Benci dan dendam kesumat tidak membawa kita kemana-mana. Bahkan mengaburi jiwa kita yang terpahat nama dia. Hanya akan memakan diri kita sahaja di pangkal pengakhiran cerita

Ketahuilah, dendam itu ibarat api dalam sekam. Bila-bila masa sahaja boleh membakar diri dan insan yang didendami.

Jangan terlalu menyanjung ego. Sedarlah, kerana ego itu lah yang membuatkan kita membenci dan berdendam.

Hakikatnya andai terlalu menyanjung ego yang tinggi melangit, pasti sebuah penyesalan bakal menanti di penyudahan hikayat.

Buka mata, buka minda, buka hati, sayang. Pasti kita akan tahu apa jawapannya.

T A M A T

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience