Bab 7

Family Series 23854

Hazrin Fathiq P.O.V

Tergamam aku melihat adegan didepan mata ini.

Fathia..... dibuli.

Sejurus geng pembuli beredar, aku terus berpaling.

Kakiku cepat-cepat mengatur langkah pergi.

Aku tersengih sinis.

Ah, padan muka kau, Fathia!

Ini baru secebis kesengsaraan. Kau akan menderita lagi!

____

Hazrina Fathia P.O.V

Aku menghulurkan buku-buku latihan kepadanya takut-takut.

Pikaariani terus merampas buku-buku latihan itu kasar sambil menjegilkan mata kepada aku.

Aku menunduk, takut.

Pikaariani membelek-belek setiap helaian.

"Hrmm... Bagus bagus! Cantik juga ye tulisan kau!"

Aku tak tahu itu pujian ke sindiran.

"Nah!"

Mereka mencampak buku-buku latihan kepada aku. Tepat mengenai muka aku.

"Buat homework sains pula! Esok aku nak kau siapkan!"

Aku gigit bibir. Kepalaku digeleng.

Membesar mata Pikaariani. "Apa kau cakap?" Aku tak cakap lah.

Aku hanya menggeleng. Maksudnya cukup simple. Aku tak nak buat.

Tak semena-mena hidung aku ditumbuk. Kepalaku sudah berlanggar dengan dinding. Kepala terasa berpinar kejap.

"Kau cakap apa tadi?!" tengking Pikaariani.

Aku ketap bibir menahan tangisan. Mataku sudah berkaca-kaca.

"Aku tanya kau nak buat ke tidak ah, perempuan?!" Pikaariani menumbuk perut aku padu.

Aku mengerang kesakitan. Aku memegang perutku yang terasa senak.

Aku....

Aku datang bulan hari ni.

Ya Allah....

Bergenang air mataku.

"Kau nak buat ke tidak?!" jerkah Pikaariani lagi.

Aku mengangguk cepat-cepat sambil mengutip buku-buku yang bertaburan diatas lantai.

Mereka ketawa sinis ibarat pontianak yang mengilai.

"Pengecut!"

Kemudian mereka terus pergi.

Aku menghela nafas sambil mengesat pipi aku yang basah.

Kenapa malang sangat aku ni?

_____

"Fathia!"

Aku toleh mencari empu yang menyeru aku.

Qaidar mendekati aku. Ish, apa lah yang mamat ni nak?

Time rehat pun nak kacau aku.

"Awak okay tak sekolah dekat sini?" tanyanya. Eh, kenapa pula dia tanya soalan macam tu?

Aku mengangguk perlahan. Tak kan nak geleng kot? Makin bertubi-tubi lah soalan Qaidar nanti.

"Awak tipu."

Dia ni psikik ke apa? Atau mind reader?

Aku pandang mukanya dengan pandangan kosong.

*Saya nak rehat*

"Jom saya teman awak!" ujar Qaidar teruja. Siap angkat tangan lagi tu.

Aku pandang sekeliling. Cuba mencari mana Raqif dan Fathiq. Mampus aku kalau Fathiq nampak

"Diorang tak ada." kata Qaidar selamba.

Eikk?

Berkerut-kerut dahi aku. Who is this guy?

Tapi diorang pergi mana?

Seperti tahu apa difikiran aku, dia menjawab.

"Diorang pergi library. Cikgu Massirah panggil dua malaun tu."

Aku membuat mulut 'o' sambil mengangguk-ngangguk perlahan.

Qaidar tertawa kecil. Apa yang lucu pun tak tahu lah.

Aku terus meninggalkan dia untuk beratur membeli makanan.

Aku hanya membeli sebungkus biskut sahaja. Tak lalu lah nak makan makanan kantin.

Aku ternampak Qaidar yang sedang melambai-lambai ke arah aku. Dia sedang duduk di satu meja.

Aku mengeluh. Terpaksa lah aku duduk disitu. Sebab kebanyakan meja dah penuh. Lagipun, aku tiada kawan.

Aku mengorak langkah ke meja Qaidar. Aku duduk dihadapannya.

Qaidar merenung setiap inci muka aku dalam-dalam.

Erkk... Kenapa pula ni?

"Apa jadi dengan hidung awak?" tegur Qaidar.

Cepat-cepat aku menyentuh hidung aku yang agak lebam. Aduh, tak hilang lagi ke?

Aku tidak menjawab soalan Qaidar. Sebaliknya, aku buat-buat sibuk dengan makan biskut.

"I'm asking you, Thia."

Gulp! Suara itu begitu tegas dan garang.

Renungan tajam dihadiahkan oleh Qaidar.

Dia... Qaidar Najmi. Lelaki yang mampu memahami bahasa isyarat. Mungkin kerana dia punya ibu yang bisu, membolehkan dia berinteraksi dengan aku.

Aku mengeluh.

*Jatuh basikal*

"Sejak bila awak ada basikal?"

Aku gigit bibir memarahi diriku sendiri. Bodohnya kau ni, Fathia!

*Jatuh motor*

"Wow.. Jatuh motor sampai kena hidung awak ye? Memang target hidung je ke? Selalunya bukan dahi juga ke selalu kena? Impressive."

Aku gigit bibir lagi. Aduh, cekap juga ye Qaidar.

"Don't bite your lips. You're seducing me."

Butang mataku mendengar ayat itu. Eh, gigit bibir pun kiranya menggoda ke?

Melihat sahaja renungan nakal Qaidar, muka aku terasa membahang. Aku melontarkan pandangan memandang tempat lain.

Qaidar tergelak.

"Fathia, kalau awak ada problem, you can tell me. I will be your shoulder to cry on." Begitu lembut percakapan Qaidar. Renungan matanya juga lembut.

Aku terpaku seketika. Renungan mata itu cukup mendamaikan.

Aku tersenyum pahit. Cikgu Atikah dan Qaidar. Insan yang paling banyak memberi perhatian kepadaku di sekolah. Juga Raqif.

"And kalau ada orang buli awak, atau pun Fathiq buli awak, bagitahu saya. Saya akan belasah diorang." sambung Qaidar sambil acah menumbuk.

Aku tersenyum lebar melihat aksi Qaidar yang agak kebudak-budakan.

Qaidar turut tersenyum melihat aku tersenyum.

"Kan bagus kalau awak senyum macam ni setiap hari. Nampak cute je." puji Qaidar sambil menjeling aku nakal.

Merona merah muka aku. Dia ini asyik usik aku je lah kerjanya! Dengan rakus aku makan biskut ditangan aku.

Qaidar ketawa kuat dengan aksi aku.

Buat seketika... aku terasa ini lah kali pertama aku bahagia dia sekolah.

Qaidar cukup memahami aku.

Tanpa sedar, ada sepasang mata tajam milik seorang perempuan yang memerhati dua orang insan itu.

Dia mendengus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience