Bab 12

Family Series 23854

Aku gigit bibir bawah sambil memandang Qaidar dan Naufal silih ganti.

Dah kenapa diorang main renung-renung mata sesama sendiri pula? Kalau renungan manja tak apa lah juga. Ini renungan tajam kalah pedang samurai!

Ah tolong lah! Sekarang ni kita dekat kantin! Tak nampak ke mata-mata sedang tengok drama tak berbayar ni?

"Shining armor can't protect the princess all the time." sinis Naufal.

"Shining armor can't move without knight. So I'm the knight." bidas Qaidar.

"You don't know nothing about Hazz." ujar Naufal pula.

"Don't act like you know Thia longer than me." Menyampah pula Qaidar. Cakap macam dia kenal Fathia lagi lama.

"It's a fact. We knew each other but sadly those memories are gone." balas Naufal tenang.

"Jangan mengarut! Aku kenal Thia sejak SK lagi! Dan tak ada orang nama Naufal pernah hadir dalam hidup Thia!" Tegas Qaidar keras.

Naufal tersenyum sinis. "Apa jadi kalau kami telah mengenali sebelum tu?"

Qaidar terkedu. Kenal sebelum sekolah rendah? Maksudnya tadika ke?

Aku kaku. Sejak bila kitorang pernah kenal? Memories gone? Rasanya aku tak pernah kena amnesia!

"Thia, jom rehat sekali." ajak Qaidar sambil beralih memandang aku. Tangannya sudah berura mahu memegang tangan aku.

Naufal terlebih dahulu menghalang. "No. She go with me."

Qaidar pandang Naufal seakan tercabar. "Apa hak kau, bro?"

"Aku guardian angel Hazz."

Tergelak sinis Qaidar mendengarnya. Lucu! Guardian angel? Apa fikir guardian angel itu wujud di bumi ini?

"Kau ni memang nak cari gaduh dengan aku ke?" Tegas Qaidar menyoal.

Naufal jungkit bahu. "Anytime anywhere I'll always ready when it comes to Hazz."

"But for now, Hazz akan rehat dengan aku!" sambung Naufal dingin.

"Tak! Dia rehat dengan aku lah!" Bantah Qaidar.

Macam lah Qaidar tak kenal dengan Naufal. Yes, bukan sama kelas. Naufal ini kelas 5 Cerdik. Tak ada lah pandai mana budak ni. Tapi Naufal kapten bola sepak kot! Kalah budak-budak kelas depan!

"Jangan mimpi disiang hari. Dia pasti nak rehat dengan aku." Angkuh juga ye Naufal ni.

Qaidar ketawa sinis. "Nak tanya tuan punya badan sendiri ke?"

Kening Naufal terjungkit. "Yes supaya kau boleh bangun daripada mimpi indah."

Mendidih hati Qaidar. Naufal ini tak padan 5 Cerdik asyik buat hati dia menggelegak je!

"Thia! Thia nak rehat dengan sia—"

Kata-kata Qaidar terhenti apabila melihat Fathia telah lesap. Naufal pula terkejut.

Mana Fathia?!

_______

"Insane! Macam mana hotstuff macam Qaidar dan Naufal boleh gaduh nak dekat budak form 1 tu?!" dengus Puteri sambil silang tangan. Dia menghenyakkan punggung diatas kerusi berbentuk mushroom.

Kejadian di kantin, pertelingkahan antara Qaidar dan Naufal mereka telah tengok semuanya. Dari A sampai Z tanpa berkedip. Nonstop!

"Kan? Aku tak puas hati betul!" Tasya lagi lah tak puas hati. Perisitwa di Kelab Bahasa membuatkan dia semakin membenci insan bernama Hazrina Fathia. Perisitwa itu masih segar diingatan Natasya. Ditambah lagi bila Naufal datang to the rescue tatkala mereka baru sahaja mahu membuli Fathia.

"My baby!" rengek Kirana. Sakit hati melihat kekasih dambaan, Qaidar terkejarkan budak form 1 tu. Tak ada taste betul! Budak mentah yang kau kejar padahal belambak budak form 5 yang terkejarkan kau!

"Agaknya dia santau Qai dengan Fal kot." Puteri membuat andaian.

"Dia santau Qai, Fal dan Thiq serentak! Kurang ajar!" Tasya mula mengepal penumbuk. Eii... Ada hati nak tumbuk.

"Nonsense! Muka dia nampak alim gila!" Kirana mencelah. Dia bukan puji ye.

"Dia sengaja nak orang nampak dia macam alim so that tak dek siapa yang buruk sangka. Jangan jadi bengap, Kira. Kata nak dapatkan Qaidar?"

Memuncung mulut Kirana sedepa dengan sindiran pedas Tasya. Mulut Tasya memang tak ada insurance!

"So guys ada plan?" soal Puteri. Dia tak lah minat hotstuff macam Kirana dan Tasya. Dia sudah ada boyfriend. Cuma sekadar mahu bersuka-ria.

Tasya menongkat dagu sambil berfikir lama. "I think I have an idea...."

Satu senyuman sinis terukir.

________

Hazrina Fathia P.O.V

Tercungap-cungap aku mengambil oksigen. Dadaku bergerak-gerak tanda aku sedang mengepam jantung.

Gila! Kenapa dua orang manusia tu nak gaduh?

Tak payah nak jadi Knight in Shining Armor aku sangat lah! Aku boleh jaga diri aku sendiri!

Heh, Knight in Shining Armor konon. Aku mencebik. Nasib baik aku cepat lari! Kalau tak, haiiih!

Tak, siapa Naufal ni? Buat macam kenal aku lama lak.

Aku menggeleng-gelengkan kepalaku. Haih! Pehal dua lelaki tu menyemak dalam hidup aku?!

Sudahnya, aku tak dapat nak makan Laksa sebab lari dari kantin! Geram!

Hrmm... Sabar lah duhai perut. Nanti balik rumah baru kau makan.

Aku melangkah mahu pergi ke library. Baik aku bertapa dekat sana. Sejuk, ada air-cond!

Tiba-tiba terasa ada tangan menolak aku.

BBUK!!

Aku terkapai-kapai didalam kolam ikan itu. Tergamam aku kerana aku sudah jatuh didalam kolam renang.

"Aha.... Ada orang tu nak jadi ikan lah..."

Aku kenal sangat dengan suara tu. Tasya!

"Busuknya! Bau busuk!" perli Kirana sambil menutup hidung. Dia tersenyum sinis.

"Hahaha!"

Terdengar gelak ketawa para pelajar yang berjalan di koridor itu. Semua orang sedang gelakkan aku! Memandang aku sinis!

Tak semena-mena air mataku bergenang. Ya Allah... Apa salah aku?

Mataku terancap pada satu susuk tubuh yang sedang bersandar. Dia hanya memerhati aku yang berada di kolam ikan tanpa riak.

Fathiq.....

Begitu tegar dia tidak mahu membantu aku. Kenapa semua orang nak buli aku? Hina sangat kah aku ini?

Tasya mendekati aku yang terduduk didalam kolam ikan itu. Dia menunjal-nunjal kepala aku tanpa belas kasihan. Aku hanya biarkan dia buat begitu.

"Kau ni kan memang sadis! Berangan nak dapat 3 lelaki ya? Kau fikir kau apa? Cinderella?!" tengking Tasya sambil menunjal-nunjal kepala aku. Semakin kuat tunjalannya.

Aku pejamkan mata. Begitu ramai orang sedang menyaksikan kejadian ini. Tetapi kenapa tiada sesiapa mahu menolong?

"Kau ni dengar ke tidak?!" Tasya mencengkam tudung aku sehingga aku berdiri.

Habis basah kuyup baju aku. Aku melangkah keluar dari kolam ikan itu perlahan-lahan.

PAP!

Satu tamparan hinggap pada pipi basah aku. Aku menahan perit. Sakit....

"Aku tak nak pun sentuh muka jijik kau. Tapi kau betul-betul buat aku marah!!" Kemarahan dan kebencian jelas terpancar pada mata Tasya.

Aku mengeluh perlahan. Serentak air mataku bertakung. Sedaya upaya aku cuba tahan.

"Guys! I'm back!" Puteri datang sambil membawa mangkuk.

Kirana merampas mangkuk itu lalu menuang mangkuk itu keatas kepala aku.

Menunduk wajah aku mendengar gelak ketawa daripada Tasya, Puteri dan Kirana. Bukan mereka bertiga sahaja tapi semua orang.

Mangkuk itu...

Berisi....

Laksa.

Kejam sungguh mereka memperlakukan aku begini. Menolak aku sehingga jatuh dalam kolam ikan.. Menuang laksa diatas kepala aku...

"Hahaha! Padan muka!! Laksa girl!"

"Fish girl lah! Bau ikan dan laksa kuat beb!"

"Kesian budak tu haha!"

"Memang patut pun dia dapat balasan! Menggatal dengan senior!"

"Rasakan! Naufal tu aku punya!"

"Selalu tengok dia balik dengan Fathiq! Dasar perempuan jalang!"

"Sundal punya betina. Jampi apa yang dia buat bagi semua senior hot suka dia?!"

Aku menahan sebak mendengar segala cemuhan dan hinaan mereka. Air mata aku sudah mengalir.

"Dia menangis lah! Cry baby! What to do?!"

"Guys, aku ada ubat untuk menangis. Nak tak?!" laung Tasya kepada semua orang di koridor tu.

"Nak!! Nak!!"

"Mestilah nak!!"

"Wei aku pun nak!"

"Nak jugak!"

Tasya tersenyum sinis. Puteri mengambil sesuatu di tepi pasu bunga lalu dibahagi sama rata.

Bertalu-talu telur itu dibaling kepada aku. Aku hanya kaku. Membiarkan mereka membaling telur kepada aku. Tanpa belas kasihan.

"Haha! Best nya!"

"Ambik ni!"

"Rasakan!"

"Muahaha! Kena dekat muka dia lah!"

Air mata aku turun lebat. Muka aku menjadi sasaran telur mentah.

Kenapa hidup aku sungguh malang? Kenapa aku selalu dihina? Kenapa aku selalu dibuli?

Aku pandang Fathiq. Dia hanya memandang aku kosong dengan smirk. Abang Thiq tak nak tolong Thia ke?

Aku menundukkan wajah aku. Baju putih aku sudah menjadi kuning. Tudung aku juga.

Begitu tegar mereka memperlakukan aku seperti binatang. Aku punya perasaan....

Aku sudah tidak tahan!

"Aim muka dia!"

"Kasut dia tu!"

"Baju tu!"

Crack!

Cukup.....

"Dia nak menangis lah! Kasi kena muka dia!"

Crack!

Telur itu pecah tepat mengenai muka aku. Bertalu-talu telur mendarat di muka aku.

Cukup....

Crack! Crack! Crack!

Cukup!!

Aku mengharapkan keajaiban. Aku nak Qaidar. Aku nak Raqif. Aku nak Naufal. Aku nak Cikgu Atikah. Aku nak ibu. Aku nak abah!

"C—Cukup l—lah!!!!!!!" teriak aku kuat. Aku menggunakan seluruh tenaga aku untuk menjerit.

Kesannya, darah pekat mula keluar dari mulut aku. Tekak aku berasa sakit dan perit. Kepala aku seakan berpinar.

Nafasku sudah tidak teratur. Jantung aku mengepam laju. Sungguh aku terasa kepenatan yang luar biasa setelah menjerit.

Ini apa yang terjadi jika aku memaksa perut untuk memberi tenaga kepada tekak untuk bercakap.

Mereka terpaku melihat darah. Fathiq juga tergamam melihat aku bersuara. Menjerit pula tu!

"D—Darah lah..."

Orang lain mula berhenti membaling setelah melihat darah. Tetapi tidak Tasya, Puteri dan Kirana. Mereka masih seronok membaling telur.

Aku seakan mahu rebah. Tetapi badanku seperti disambut oleh seseorang.

"Rehat lah, Hazz..."

Itu... Naufal.

Tasya yang geram melihat itu terus mahu membaling lagi tetapi ditahan oleh Qaidar.

"Kau nak orang cop kau Diva Telur?" sinis Qaidar.

"Apa kecoh-kecoh ni?!" Cikgu disiplin menengking.

Mataku terus terpejam rapat. Aku terus pengsan dipangkuan Naufal.

Yang aku tahu...

Dunia ini memang kejam. Untuk orang cacat macam aku.

Tak layakkah aku untuk bahagia?

P/S: Jom baca cerita BABY BOY! >_< Best tau cerita dia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience