Bab 14

Family Series 23854

Hazrina Fathia P.O.V

Menggeletar tangan aku saat pengumuman untuk aku naik keatas pentas dibuat.

"Fathia... Kau okay ke?" soal Farah risau.

Aku menggeleng laju. Tak! Aku tak okay!

"Turn kau lah sekarang. Kau tak nak naik pentas ke?" Asmida menunding kearah pintu.

"Fathia!!!"

Cikgu Mazliana muncul di ruang pintu.

"Cepat naik pentas. Turn kamu lah sekarang" Tangan aku ditarik untuk keluar.

Tak! Aku tak nak!!!

Saat aku keluar dari belakang dewan, mataku bersabung dengan mata milik Fathiq.

Dia tersengih sinis sambil mengangkat keningnya. Mulutnya bergerak-gerak dan aku tahu apa yang dia cakap.

'Good luck si adik'

"Cepat! Jalan cepat sikit tak boleh ke Fathia?" marah Cikgu Mazliana sambil menarik tangan aku.

Ya Allah.... Apa yang patut aku buat sekarang?

Cikgu Mazliana menolak aku kepentas. Terkaku kejung aku disitu. Kecut perut aku melihat begitu ramai orang sedang memandang aku. Juri-juri, Fathiq, guru-guru, pelajar-pelajar.... Semua memandang aku tajam!

Ya Allah, tolong lah hamba-Mu ini!

Menggigil-gigil badan aku bergerak ke mikrofon perlahan-lahan. Terketar-ketar tangan aku membetulkan mikrofon itu.

Thia, apa yang kau kena buat? Think! Think!

Aku menarik nafas dalam-dalam lalu dihembuskan. Aku mengempiskan perutku. Tekakku paksa untuk mengeluarkan suara.

Aku sudah tekad. Apa nak jadi pun jadi lah!

"A—A—Assala—Assalamu—alai—kum."

Ya Allah!!!!!! Tekak aku rasa sakit!!! Rasa panas!!!! Seolah-olah diletakkan api kedalam tekak aku!! Peritnya, Ya Allah!!

Sejurus memberi salam walaupun tersekat-sekat, darah pekat sudah mengalir keluar dari mulut.

Kepalaku berpinar-pinar. Aku memicit kepalaku yang sedang berdenyut laju.

Aku mengundur setapak kebelakang. Sungguh, rasa sakit itu seperti kepala aku mahu tercabut!

Dan pandangan aku menjadi kelam sebelum aku rebah diatas pentas.

Seluruh dewan menjadi riuh.

________

Hazrin Fathiq P.O.V

Makin tersengih aku melihat Fathia sudah pengsan. Aku sudah menjangkakan hal ini pasti berlaku.

Aku terus pusing kebelakang, mahu beredar. Baik aku lepak dekat dalam library je.

Tanpa sedar, ada seorang insan sedang melihat aku.

________

Naufal P.O.V

Aku meneguk air suam setelah makan ubat. Aku terbatuk-batuk sedikit.

Aduh, sehari tak jumpa Hazz buat aku rindu!

Kenapa lah aku kena tak sihat? Tiba-tiba pula demam. Tak macho lah demam sebab mandi hujan.

Ini kalau Hazz tahu, aku demam sebab mandi hujan, confirm malu 7 keturunan aku! Mana nak letak muka aku?

Hazz....

Nama yang masih segar diingatan aku biarpun 8 tahun telah berlalu. Aku masih ingat nama itu kerana empu badan ialah first love aku.

Tak sangka, kami ditemukan setelah 8 tahun telah berlalu. First love aku muncul kembali.

Macam mana aku boleh tak tahu yang Hazz sekolah dekat sekolah ni?

Aku meraup mukaku. Ah, ini semua sebab Fathiq!

'Thiq, Raqif cakap kau ada adik form 1. Betul ke?' soal Malik.

Fathiq yang bertungkus-lumus menyiapkan kerja sekolah hanya mengangguk acuh tak acuh.

'Sekolah mana doh?' Malik ni memang sesuai jadi reporter. Terlalu banyak bertanya. Katanya, cita-cita sejak azali lagi.

Aku hanya memasang telinga mendengar. Nak juga aku tahu Hazz sekolah mana.

'MRSM'

Jantung aku seakan terhenti. MSRM? Jadi aku tak boleh melihat Hazz? Aku mahu lihat Hazz. Masih samakah Hazz 8 tahun yang dahulu?

Aku mengepal tangan aku. Fathiq.... Dia tipu aku!

Lelaki itu... Tak layak jadi abang Hazz. Tak layak mendapat kasih suci seorang Hazz!

Mengenangkan apa yang Fathiq buat selama ini, aku rasa mahu bunuh Fathiq berulang kali!

Aku terpandang sapu tangan bercorak kartun yang mempunyai tompokan tanah.

Aku menarik senyuman panjang.

Hazz, apa yang kau tengah buat sekarang?

________

Hazrina Fathia P.O.V

Aku terus terjaga. Apa yang aku mahukan sekarang ialah air.

Asmida dan Farah.. Mengapa mereka berdua ada disisi aku?

Ini ialah bilik kesihatan sekolah.

"Kau nak air?" tanya Farah.

Aku mengangguk laju. Macam tahu-tahu aje. Aku menyambut huluran Farah.

Aku menenguk rakus air mineral sampai habis. Sumpah, tekak aku rasa sakit lagi.

"Macam mana kau boleh pengsan?" soal Asmida ingin tahu.

Aku hanya tersenyum. Bisu.... Biarlah menjadi rahsia.

Aku meminta beg aku. Asmida memberikan beg galas. Aku mengambil buku nota dan pen.

'Apa jadi dengan pertandingan tu?'

"Budak kelas kita ganti. Dia teringin nak masuk competition ni tapi kau dah masuk. Jadi jangan risau." jawab Farah.

Aku menghela nafas lega. Nasib baik.... Kalau tidak, memang aku akan dipersalahkan!

"Kau....."

Terjungkit kening aku sebelah dengan bicara Farah yang tergantung.

"Kau sakit apa?" tanya Farah.

Soalan radio lagi sekali? Bukan tadi aku jawab soalan Asmida ke? Eh, Thia kau cuma senyum je tadi!

Aku hanya menghadiahkan satu senyuman. Kemudian aku menulis lagi.

'Cikgu Mazliana suruh korang jaga aku ke?'

"Saja. Cikgu tu sibuk dengan pertandingan yang masih dijalankan." jawab Asmida.

"Kau okay kan, Fathia?"

Ish, asyik tanya soalan berlainan tetapi mempunyai makna yang sama aje!

Aku mengangguk.

"Okay apa sampai pengsan atas stage? Mulut kau berdarah teruk siak... Itu kau cakap okay?" serang Farah bertubi-tubi.

Seperti biasa, aku hanya bisa untuk tersenyum. Nak jawab apa? Nak jawab yang aku ni bisu? Tidak, aku tak nak orang orang simpati atau pandang aku hina! Cukup hanya Cikgu Atikah dan Naufal sahaja yang tahu! Orang luar yang selebihnya tidak patut tahu! Aku tak nak berterusan dibuli atas kecacatan aku lagi!

Aku memandang mereka berdua. Terasa yang masih kurang seorang lah.

Aha, Hannah kan namanya?

'Mana Hannah?'

"Dia pergi library." balas Asmida.

"Eh, buat apa dia dekat sana?" soal Farah terkejut. Hannah bukan lah jenis kaki library.

"Entah." Asmida jungkit bahu. "Tapi bila Fathia pengsan, dia terus lari pergi library. Tak tahu lah dia buat apa."

Huh? Lepas aku pengsan dia lari pergi library?

______

No one P.O.V

"Senior Fathiq!"

Fathiq yang sedang membaca buku Biology toleh apabila namanya dipanggil.

"Yes?" soalnya kepada budak perempuan itu.

Fathiq menilik name tag budak perempuan itu. Warna biru. Maknanya budak form 1. Nama dia..

Hannah.

"Adik senior pengsan. Tak nak jenguk dia ke?" Tanya Hannah. Nadanya bukan seperti terdesak untuk memberitahu tetapi nada selamba.

"So?"

Hannah gigit bibir. Dia mengepal penumbuk. Selama ini, dia terlalu mengagungkan lelaki ini. Dan Allah telah membuka matanya hari ini. Lelaki ini tidak layak diagungkan!

"What kind of brother are you?" soal Hannah tidak percaya. Top student ini.... Abaikan adik kandungnya sendiri?

"Biologically, we are a siblings. But technically, I hate her. So we are not." kata Fathiq tegas. Dia terus menyambung menelaah.

"Fathia....."

Fathiq mendengus. Apa lagi lah budak ni?

"What?" soal Fathiq geram sambil pandang Hannah.

"Is she mute?"

Fathiq terkedu. Macam mana Hannah tahu? Fathia si budak cacat tu ke yang bocorkan rahsia?

"Darah keluar dari mulut dia every time bila dia cakap. Dan dia tak pernah bercakap walau sepatah. Doesn't that mean she is mute?" Ya, setiap kali bila Fathia mahu bercakap, darah pasti keluar dari mulut dia. Then pengsan. Bukankah ianya masuk akal?

"True." jawab Fathiq sepatah lalu meneruskan membaca buku.

Hannah terkilan. Itu je?

Terbayang saat dimana Fathia dilontarkan telur oleh ramai orang. Saat itu dia berada di tingkat atas mahu berjumpa cikgu tapi semua cikgu tengah ada mesyuarat.

Hari dimana Fathia dibuli teruk-teruk, dia nampak semuanya. Dan hari itu, dia juga nampak Fathiq hanya berdiam diri bersandar pada tiang sambil tidak berbuat apa. Sebaliknya tersenyum sinis.

"Fathia tak patut dapat abang macam kau." Senior ke tidak belakang kira. Abang apa yang hanya membiarkan adiknya dibaling dengan telur oleh ramai orang? Abang apa yang mendaftar nama adiknya untuk pertandingan pidato sedangkan adiknya bisu?

Fathiq menyungging senyuman sinis. Dia tidak memandang Hannah lalu meneruskan pembacaannya

"How come a human can be this cruel?" Bergetar suara Hannah bersuara.

Fathiq berhenti membaca. Dia toleh memandang Hannah tanpa riak.

"Because I'm not a human." balasnya selamba.

"True. You're not a human." kata Hannah sambil menundukkan wajahnya.

Fathiq tersenyum sinis.

Hannah mengangkat mukanya bertentang mata dengan Fathiq dengan tajam.

"But a monster."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience