Introduction

Family Series 23854

Hazrin Fathiq P.O.V

Dahulu, ketika aku masih lagi seorang kanak-kanak, aku sangat bahagia.

"Happy birthday, Fathiq!" ucap mereka semua ceria.

Aku yang masih kecil tersenyum lebar apabila ramai orang menyanyikan lagu happy birthday untuk aku!

"Happy birthday to you...
Happy birthday to you...
Happy birthday to Fathiq...
Happy birthday to you!!!"

Mereka semua bertepuk tangan. Gemuruh seketika taman itu dengan tepukan dan dan jeritan ucapan selamat hari jadi.

"Tunggu apa lagi, Fathiq? Tiup lah lilin tu!" arah kakak sepupu aku.

Tanpa terburu-buru, aku meniup lilin diatas kek. Terpadam api itu gara-gara tiupan aku.

Sekali lagi, orang ramai menghadiahkan tepukan gemuruh buatku.

"Uwaaa! Kek cokolat lah!" ujarku riang apabila melihat kek feveret aku. Baru perasan itu kek coklat.

"Suka?" soal abah yang berdiri disebelah aku.

Aku mengangguk laju. "Suka!"

"Nah! Ini untuk birthday boy!" Ibu mencium pipiku lalu memberi aku sekotak hadiah.

"Ini ape?" soalku dengan agak pelat.

Ibu hanya tersenyum nakal. Semakin bertambah lah rasa ingin tahu aku!

Lantas, kotak hadiah itu aku buka dengan rakus. Habis pembalut hadiah itu kerana aku koyak.

Membesar mataku setelah memegang satu objek.

"Uwaaaahh!!! Agen Galaxy lah!" jeritku teruja. Ditangan aku sekarang ada patung 'Agen Galaxy'. Aku selalu tengok benda ni dekat dalam TV je!

Kawan-kawan yang sebaya dengan aku yang lain mula tak puas hati.

"Mummy! Nanti beli dekat Min tahu?"

"Mama! Kai pun nak juga!"

"Mak! Zaf nak Agen Galaxy juga!"

Masing-masing meminta dekat ibu mereka.

Aku tersengih bangga. Yes! Aku berjaya buat kawan-kawan aku cemburu!

"Nah. Ini dari abah."

Aku terus membuka kotak itu. Abah punya senang nak buka. Sebab tak pakai pembalut hadiah. Menunjukkan bahawa ibu lagi rajin daripada abah.

"Waaah!!! Monster X!!!"

Dalam rancangan 'Agen Galaxy', Monster X ialah raksasa yang paling kuat! Ketua pula tu! Lengkap collection!

"Jom main !" ajak aku kepada geng aku yang masih lagi tengah merayu dekat parents diorang. Laju mereka ikut aku.

Kami berlari-lari di taman yang luas.

_____

"Puteri itu meninggal dan Putera itu dilanda kemurungan. Dia hidup dalam keadaan yang amat sedih atas kematian isterinya. Tamat."

Aku memuncungkan mulut sedepa. Ibu yang sedang duduk disebelah aku sambil usap rambut aku dan abah yang sedang menutup buku dongeng itu aku pandang dengan pandangan tak puas hati.

"Nape puteyi tu meninggal? Sian dekat puteya tu." ujar aku tak puas hati sambil berpeluk tubuh.

Ibu tersenyum memandang aku. "Setiap cerita, ada sad ending. Bukan namanya kehidupan lah kalau sentiasa happily ever after."

Berkerut dahi aku tanda tidak faham. "Sad ending itu ape?"

"Penamat yang sedih. Kita pasti akan kehilangan seseorang yang berharga dalam hidup kita." terang abah.

"Tapi—"

"Shuuh... Tidur ya? Dah lewat ni." Ibu mencium dahi aku. Kemudian abah pula.

"Selamat malam, Fathiq." Abah pergi ke pintu.

Ibu menyelimutkan aku. "Selamat malam, sayang."

Lampu ditutup.

"Selamat malam."

_____

"Fathiq ni baik budaknya." puji Mak Ngah kepada ibu dan abah.

Aku yang kebetulan melintasi ruang tamu, terus bersembunyi disebalik dinding.

Aku tersenyum lebar. Kembang kuncup hatiku mendengar pujian Mak Ngah.

"Haiihh... Bukan macam anak kami si Johan tu. Nakal sangat!" sambung Mak Ngah lagi.

"Nakal-nakal pun, kami tetap sayang!" sampuk Pak Ngah sambil menjeling isterinya.

"Eh, Zah, Salleh. Johan tu elok budaknya aku tengok. Fathiq ni biasa-biasa aje." Ibu merendah diri.

"Tapi Fathiq tu baru umur 3 tahun dah pandai cakap. Rajin baca buku pula tu." Puji Mak Ngah melambung-lambung. Pak Ngah pula mengangguk setuju.

Semakin lebar senyuman aku. Bukan Mak Ngah je yang puji aku, semua orang! Saudara-mara belah ibu atau bapa, semua puji aku!

Selama 3 tahun aku hidup di muka bumi, aku sering mendapat perhatian. Aku sangat menyukainya! Hidupku sangat bahagia!

Tetapi,

Semuanya punah apabila aku mengetahui aku akan ada adik.

"Sayang, macam mana ni? Agaknya Fathiq boleh terima ke yang dia akan dapat adik?" soal abah resah.

Ibu mengeluh berat. "Hari tu saya tanya dia nak adik ke tak. Dia cakap tak nak."

Abah menggeretu. "Susah lah kalau macam tu..."

"Ibu... Abah..."

Mereka kalih.

"Betul ke Fathiq akan dapat adik?" soalku tanpa riak.

Aku masih boleh think positive. Aku pasti akan dapat teman untuk bermain! Aku tak akan sunyi kalau ibu dan abah pergi kerja! Dan aku masih boleh tonjolkan diri aku walaupun aku ada adik! Ya, ibu dan abah tak akan abaikan aku!

Tetapi sangkaan aku meleset.

"B—Bisu?" soal ibu terkejut kepada doktor. Sudah lah dia baru sehari melahirkan anak perempuan. Rasa penat masih ada.

Doktor itu mengangguk perlahan.

Bagai mahu pengsan ibu mendengarnya. Abah mengenggam tangan ibu memberi semangat.

"Bila dia boleh bersuara semula?" tanya abah serius.

Doktor tersebut mengeluh berat. Itu sudah cukup untuk buatkan pasangan suami isteri itu gentar.

"Dia tak boleh bersuara lagi. Untuk Selamanya."

Air mata ibu turun. Dia menekup mulutnya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Susah dia mahu terima bahawa anaknya cacat!

Abah menahan rasa sebak. Dia perlu kuat. Cacat bukan sesuatu yang memburukkan. Dia memegang tangan isterinya yang sedang terlantar diatas katil.

"Sayang boleh redha kan?"

Dengan air mata yang masih mengalir, ibu mengangguk lemah. Ya, dia redha. Siapa dia mahu menidakkan takdir yang tersurat oleh Yang Esa?

Abah mengangkat anak perempuannya. Ibu meminta untuk menggendong anaknya yang menangis.

Sambil menggendong, ibu juga menangis.

"Jangan menangis, sayang."

Ibu ketap bibir.

"Ah, anak ibu...."

Dan sejak itu, sudah menjadi titik permulaan untuk hidup kearah kederitaan.

Semua orang lebihkan Hazrina Fathia!

"Ibu, Thiq dapat nombor 1." beritahu aku ketika aku berumur 8 tahun sambil memegang result.

Ibu yang sedang memasak kalih. "Ah, bagus! Pandai anak ibu!" Lalu dia menyambung masak semula.

Aku ketap bibir. "Sabtu ni ada hari kecemerlangan. Ibu boleh datang?"

Ibu toleh kearahku. "Maaf, sayang. Hari Sabtu, kami nak daftarkan Thia ke kelas bahasa isyarat. Ibu dan abah pun akan belajar sekali. Thiq pun kena belajar. Maaf ya."

"Okay."

Aku terus masuk kedalam bilik. Aku mengoyak kertas result itu.

Tak guna! Tahun lepas pun sama!

Ini semua sebab si cacat tu!!

"Eh, betul ke adik kau bisu?" soal Gibran.

"Ha'ah." balasku acuh tak acuh. Sibuk je tanya pasal si budak OKU tu!

"Kesiannya... Nanti aku nak lawat adik kau ya?"

"Aku pun!" Johan mencelah.

"Wei, aku pun nak lawat!" laung Nabil yang duduk dibarisan belakang.

"Lawat apa, lawat apa?"

"Lawat adik Fathiq. Adik dia bisu." jawab Gibran.

Sudahnya habis satu kelas mahu melawat adik aku selepas balik sekolah.

"Hi!!" sapa kawan-kawan aku kepada Fathia yang sedang bermain dengan patung.

Fathia mengangguk malu-malu.

"Wah! Comel lah adik kau ni!" Masha memegang pipi Fathia yang berusia 4 tahun.

"Kan? Macam barbie doll lah!" Perempuan yang lain mula merapati Fathia yang agak segan.

Aku silang tangan sambil pandang Fathia tajam. Ish, apa yang hebat sangat pasal budak bisu tu?

"Korang! Jom main game!" Aku mengajak mereka. Tujuannya supaya mereka tidak bermesra dengan budak bisu tu!

"Fathia nak main sekali tak?" soal Arnie lembut.

Apesal ajak budak bisu tu?!

Fathia menggeleng.

"Aku tak nak main lah. Aku nak main dengan Fathia." jawab Arnie.

"Hah, aku pun."

"Aku pun."

"Fathia nak main apa?"

"Jom main dekat taman!"

"Ibu Fathia bagi kan main dekat taman?"

"Jom main masak-masak!"

Mereka semua meninggalkan aku. Aku terkesima.

Kawan-kawan aku tinggalkan aku.... untuk budak cacat tu?

"Aunty masak makanan feveret Thia!" Ibuku datang kepada mereka sambil membawa dulang yang berisi kek cheese almond.

"Uwaaa! Thank you aunty!"

"Welcome."

Fathia membuat bahasa isyarat.

*Tenkiu ibu*

Ibu hanya senyum.

Aku mengenggam penumbuk menahan rasa. Selalunya, minum petang, ibu akan buat dekat aku kek coklat! Sekarang, ibu buat makanan feveret Fathia?

Aku alah kacang!

Kenapa ibu buat kek kacang sedangkan tahu aku tak boleh makan kacang?!

"Fathiq." panggil Cikgu Kasih.

"Ya, cikgu."

"Adik kamu kelas 1 Platinum kan?" tanya Cikgu Kasih.

Aku terkedu. Lambat-lambat aku mengangguk.

"Dia pandai orangnya. Saya harap kamu juga akan jadi pandai macam adik kamu yang darjah 1 tu. Tingkatkan prestasi ya. Kamu dah darjah 4." ujar Cikgu Kasih sambil tersenyum manis.

Aku tersentak sebelum ketap bibir. "B—Baik, cikgu. Kalau tak ada apa-apa, saya balik kelas dulu ya?"

"Ah, silakan."

Aku keluar dari bilik guru. Aku kacip gigi.

Asyik asyik Fathia, Fathia, Fathia!! Kenapa asyik dia?!

Aku ternampak Fathia yang sedang masuk kedalam kelas.

Aku. Benci. Kau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience