Bab 1

Family Series 23854

No one P.O.V

"Eh, awal bangun, Thia?" tegur Puan Adibah, ibu Fathiq dan Fathia. Ingatkan lepas solat Subuh terus tidur semula. Tetapi tidak. Lain betul dengan Fathiq.  Dia masih enak dibuai mimpi.

Fathia hanya tersenyum lalu mengangguk. Dia melihat ibunya sedang pergi ke dapur. Tentu mahu buat breakfast.

*Ibu, nak Thia tolong?*

"Boleh ke? Thia tak nak relax ke pagi-pagi ni?" soal Puan Adibah. Bukan apa, cuti Disember ni patutnya Fathia berehat goyang kaki je.

Fathia menggeleng sambil senyum.

*Thia nak tolong ibu.*

"Jom. Ibu nak buat spaghetti." Puan Adibah mula mengambil periuk.

*Carbonara?*

Fathia bertanya sambil tunjuk tin carbonara.

"Prego. Nak makan merah pula. Asyik putih je kan?" Puan Adibah membuka rak lalu mengambil satu tin.

Fathia hanya diam. Tapi Fathiq suka Carbonara......

*Thia boleh tolong apa?*

"Ambil pasta dekat rak situ dan rendam dalam air panas ni." arah Puan Adibah yang sedang menuang air kedalam periuk itu.

Tanpa membantah, Fathia membuka rak. Satu paket pasta dibuka. Dia menuang pasta itu kedalam periuk.

Dia mahu memegang tin prego itu. Mahu membukanya tetapi ibunya menghalang.

"Ah, Thia. Yang ni biar ibu je yang take care. Thia tolong buat nescafe 2. Thiq tu nak sangat nescafe macam abah." omel Puan Adibah pada hujung ayat.

Fathia hanya mampu senyum. Dia akur.

*Abah mana?*

"Dekat pondok. Tengah baca newspaper. Bagi nescafe dekat abah kamu tu."

Fathia mengangguk. Dia membuka paket nescafe lalu mula membancuh air.

Setelah siap, dia bergerak ke taman. Taman mereka luas. Siap ada kolam ikan dan pondok.

Dia membawa cawan yang berisi nescafe panas tu dengan penuh berhati-hati kepada abahnya.

"Terima kasih, Thia." ucap Encik Yussri. Rajin betul anak perempuannya ini. Baru umur 12 tahun je dah rajin.

Fathia menghadiahkan senyuman kepada abahnya.

*Sama-sama. Abah, breakfast nak siap dah. Nanti abah turun makan ye?*

"Baik, sayang."

Fathia terus berlalu dengan tertib. Encik Yussri hanya memandang kelibat anaknya yang mulai menghilang.

Sebak.

Siapa tak sedih apabila mendapat anak yang kurang daripada anak yang normal?

Tapi, dia kuatkan hati. Dia dan isterinya cuba akur pada takdir.

Dan bila melihat Hazrina Fathia yang sekarang, dia mula bangga dengan Fathia.

Pandai, sopan santun dan bijak agama.

Dia mengucap syukur kepada Yang Esa. Memang ada hikmah disebalik dugaan.

Dikurniakan anak seperti Hazrina Fathia merupakan anugerah yang paling indah dalam hidup pasangan suami isteri ini!

Puan Adibah mengerling jam dinding. 9.09 pagi.

"Thia, tolong kejut Thiq. Dah pukul 9 dah ni. Matahari dah terpacak, boleh lagi tidur macam kelawar." arah Puan Adibah terselit omelan terhadap anak terunanya.

Fathia seperti biasa akan senyum. Nak ketawa, dia mana boleh ketawa. Keluarkan bunyi pun tidak boleh.

*Baik, ibu.*

Fathia menaiki tangga. Tombol pintu dipulas.

Dia tarik senyuman tipis melihat Fathiq sedang masih berselubung dengan selimut.

Keadaan bilik pula tidak tumpah seperti didalam gua. Terlalu kelam dan suram. Langsung tidak ada sumber cahaya.

Dia menolak langsir. Cahaya matahari terus menyinari bilik gelap itu.

Fathiq sedikit bergerak-gerak. Itu tanda. Yang dia sudah 50% terjaga.

Tak pe, Thia. Kau kasi up sampai 50% je lagi.

Fathia menghampiri Fathiq. Dia menggoncang tubuh yang berselimut itu lembut.

Kalau boleh, dia nak je bersuara 'Abang, bangun lah.' Tapi sayang, dia tak boleh bercakap.

Tak boleh jadi ni, Thia. Dari tadi tak bangun. Kesan terjaga juga sudah kurang sampai 5%.

Fathia membuat keputusan mengambil telefon miliknya. Dia menekan sesuatu pada skrin telefon. Kemudian, dia halakan betul-betul di tepi telinga Fathiq.

Elsa?
Do you wanna build a snowman?
Come on, let's go and play!
I never see you anymore, come out the door
It's like you've gone away
We used to be best buddies
But now we're not
I wish you would tell me why
Do you wanna build a snowman?
It doest have to be a snowman.
(Go way, Anna.)
Okay bye..

Do you wanna build a snowman
Or ride our bikes around the hall?
I think some company is overdue
I've started talking to pictures on the wall
Hang in there, Joan
It gets a little lonely, all these empty rooms
Just watching the hour tick by
(tick, tock, tick, tock, tick, tock, tick, tock)

Fathiq mula menutup telinganya mendengar lagu itu yang dipasang dalam volume yang maksimum.

Dia mendengus kasar. Siapa pula pagi-pagi ni pasang lagu Frozen?

Dia terus bangun. Oh! Budak bisu ni rupanya?

"Apa kau buat ni?" soal Fathiq dingin.

Fathia terburu-buru menutup lagu itu. Dia tersenyum lalu membalas dengan bahasa isyarat.

*Gerak abang.*

"Dengan lagu Frozen tu?" tanya Fathiq sinis.

Fathia hanya diam.

"Budak-budak betul lah kau ni. Apa class layan lagu kartun tu? Dasar budak baru nak up. Up kan sikit mulut kau tu." sinis Fathiq lalu bangun menggapai tuala.

Fathia menahan rasa. Kata-kata Fathiq sangat menusuk hatinya. Kenapa ya, abangnya terlalu bencikan dia?

Tetapi Fathia cuba ukir senyuman.

*Abang pun tahu juga lagu kartun tu?*

Merah padam wajah Fathiq apabila dibidas semula. Dia tinggikan egonya semula

"Siapa suruh kau masuk dalam bilik ni? Blah!!" halau Fathiq tanpa belas kasihan.

Fathia menunduk sambil tersenyum.

*Baik, abang.*

Dia terus keluar dari bilik itu

Fathiq merengus. Budak tu asyik senyum je! Benci aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience