Bab 3

Family Series 23854

Hazrina Fathia P.O.V

"Ibu, Thiq gerak dulu ya." Fathiq menyalami tangan ibu. Kemudian aku pula yang salam tangan ibu.

"Mana abah?" soal Fathiq tanpa memandang aku langsung.

"Abah pergi kerja awal. Jadi, korang naik motor je lah pergi sekolah. Thiq, bawa motor elok-elok ya? Nanti balik sama-sama ye. Dengan Thiq." pesan ibu. Fathiq menjeling aku lalu keluar dari rumah.

Aku rasa aku tahu apa yang dia fikirkan. Dia tak sudi aku naik motor dia sekali. Thia, tabahkan hatimu. Ukirkan senyuman...

Aku menunduk kepada ibu sambil buat mulut 'Assalamualaikum' tanpa suara.

Ibu menunduk semula tanda mengerti. "Waalaikumussalam."

Aku senyum. Alangkah indahnya kalau aku boleh bersuara mengucapkan kalimah agung Allah.. Thia, tidak baik mengeluh atas takdir Allah.

Aku keluar dari rumah. Sudah ternampak Fathiq yang sedang duduk diatas kerusi.

"Cepat lah, lembap!"

Terkedek-kedek aku berlari. Aku terus duduk diatas motor belakang Fathiq.

Aku menunding kearah topi keledar. Aku nak pakai...

Mengerti maksud aku, Fathiq mencampak topi keledar itu ke satu rak berdekatan kami

Aku cukup terkilan dengan perbuatan Fathiq. Kenapa dia buat macam tu?

"Aku tak nak helmet aku tercemar dengan virus 'kecacatan' kau. Duduk atas motor pun aku geli. Kira beruntung aku benarkan kau duduk atas motor aku." bisik Fathiq tidak mahu ibu dengar.

Aku ukir senyuman tipis lalu mengangguk. Aku menahan air mata daripada tumpah. Apa yang perlu aku lakukan ialah senyum. Sabar dengan ujian yang Allah berikan. Aku berzikir didalam hati. Mohon supaya Allah dapat cekalkan hati aku. Walaupun kata-kata abangku mengguris hatiku, aku memaafkan dia meskipun dia tidak meminta maaf.

"Baik-baik jalan!" laung Puan Adibah.

Motor milik Hazrin Fathiq terus keluar dari perkarangan rumah.

Sempat aku mendengar suaranya.

"Jangan sentuh aku! Jijik aku!"

Aku tersenyum sambil mengangguk. Siapa tak sakit mendengar abang dia sendiri hina dia? Tetapi aku cuba kuatkan hati aku.

Sebab apa?

Sebab aku sayangkan abang aku.

Entah mengapa, aku rasa perjalanan ke SMK Alor Batu sangat lama. Memang jauh macam ni ke? Terlalu lama. Rasanya sudah 10 minit berlalu.

Tiba-tiba motor berhenti di tepi jalan. Eh, kenapa ni? Motor rosak ke?

Kalau rosak, mesti lah Fathiq akan turun tapi tak.

"Turun."

Eikk?

Aku tergamam. Turun? Aku memang ada masalah pendengaran sedikit tetapi aku rasa aku dapat tangkap kata-kata Fathiq.

"Kau ni memang tak faham bahasa ke ah?! Aku kata turun!!" jerkah Fathiq.

Aku terkedu. Lambat-lambat aku akur, turun dari motor.

Aku membetulkan beg galas aku sambil pandang Fathiq.

"Kau pergi sekolah sendiri."

Mataku membesar. Biar betul? Melihat abang aku yang telah lesap dari pandangan membuatkan aku mahu menangis.

Mataku sudah bergenang. Kenapa abang tinggalkan aku?

Aku sudah lah tidak tahu perjalanan ke SMK Alor Batu. Sudah lah ini hari pertama aku sebagai pelajar tingkatan 1.

Aku mencebik mahu menangis sambil pandang sekeliling. Tempat apa ni? Aku nak jalan dekat mana?

Memang aku malu apabila ada banyak kenderaan sedang lalu-lalang.

Air mata aku turun. Lalu aku kesat dengan baju putih aku segera.

Kenapa abang jahat sangat?

Kenapa abang sanggup tinggalkan aku?

Kenapa?

Aku berjalan perlahan. Aku hanyalah budak yang berumur 13 tahun. Aku tidak tahu selok-belok jalan ni.

Mataku bergenang lagi. Sekali lagi, aku kesat dengan baju sekolah aku.

Haiishh, kenapa abang Fathiq sanggup tinggalkan aku keseorangan?

Apa salah aku?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience