Bab 10

Family Series 23854

No one P.O.V

Fathia masuk kedalam bilik Bahasa.

Yup, dia masuk Kelab Bahasa, bukan Kelab Doktor Muda.

Fathia tak mahu bertembung dengan Fathiq. Fathia yakin. Pasti Fathiq juga dalam Kelab Doktor Muda bersama Qaidar.

Fathia tidak betah untuk diseksa terlalu lama. Dia tidak mahu berjumpa dengan Fathiq!

Saat kaki menjejak bilik Bahasa, dia sudah terpandang satu susuk tubuh yang amat dia kenali.

Berubah air muka Fathia. Jantungnya seakan terhenti.

Itu....

Itu Fathiq.

Sesak nafas Fathia. Macam mana Fathiq boleh ada dekat sini?

Fathiq sedang duduk bersama kawan-kawannya. Tajam dia merenung Fathia seakan tidak menyukai kehadiran Fathia.

Dan lebih parah lagi, Tasya turut berada didalam bilik ini!!!!

Fathia gigit bibir. Ujian apakah ini?

Tasya memandang Fathia dengan pandangan menghina.

Tertunduk lemah Fathia dengan pandangan mereka. Hina sangatkah dia ini sampai dibenci?

"Awak yang dekat pintu tu, cepat masuk!" arah Cikgu Melati.

Fathia laju mengambil tempat duduk.

Untuk kesekian kalinya,

Fathia masih sunyi.

Sunyi tanpa teman yang digelar sebagai seorang kawan.

Dia tak ada kawan. Dia hanya keseorangan.

"Okay. Nama saya Cikgu Melati, ketua penasihat. Ini Teacher Sally. Yang dekat tingkap itu Sir Virash. Kami in charge dalam Kelab Bahasa." Cikgu Melati memperkenalkan dirinya.

"We would like to appoint a person to be chairman. Any suggestion?" Teacher Sally mengambil marker.

"Hazrin Fathiq!"

Kuat suara geng Fathiq dan Tasya menjerit melaungkan nama Fathiq sebagai pengerusi. Fathiq hanya tersengih bangga.

"Agree?" soal Sir Virash.

Hampir semua orang didalam bilik itu mengangguk. Fathia juga mengangguk. Dia mahu abangnya mendapat markah koko untuk jawatan tersebut.

"Then It's decided! Hazrin Fathiq will become our chairman 2018!" laung Teacher Sally.

Semua orang menepuk tangan. Fathiq acah menggosok tengkuk sambil tersengih.

"Now... Vice chairman?"

"Me!!!!"

Tasya sudah berdiri sambil mengangkat tangan. Mahu pecah tingkap bilik ini dengan jeritan serupa langsuir itu.

Kalau Fathiq menjadi pengerusi, sudah tentulah dia mahu menyandang jawatan bersama Fathiq iaitu naib pengerusi. Bertambah erat lah hubungan mereka!

Itu apa yang Tasya bayangkan.

"Boooo!!!! Tak malu vote diri sendiri!!!" Geng Fathiq 'boo' kan Tasya.

Tasya buat rolling eye kemudian menjeling tajam geng Fathiq. "Biar lah. Jeles?"

"Saya suka dengan murid yang mampu mencalonkan diri sendiri." puji Cikgu Melati.

Tasya tersenyum angkuh.

"Cikgu Melati, Tasya ni tak pandai handle benda-benda cenggini. Setakat arah-arah orang, duduk goyang kaki tu je lah yang dia tahu." celah Naufal, geng Fathiq. Alah, bukannya dia tak tahu Tasya sukakan Fathiq. Satu sekolah dah tahu! Tasya bukannya reti cover dan memang dia tak nak cover. Selalu sangat nak bertempel dengan Fathiq.

Fathiq pun satu. Kerap sangat layan minah mekap tebal tu. Bagi fake hope dekat minah langsuir tu. Nanti minah langsuir tu perasan pula.

"Setuju!!!!" Satu kelab bersetuju kecuali Fathia. Dia hanya menunduk.

Tasya bercekak pinggang. "Kau tak puas hati apa, Naufal?!" Gila tak bengang. Rosakkan plan dia pula mamat ni!

"Teacher, lantik Syazwina je lah. Dia tu PKP. Boleh dipercayai." sambung Naufal.

"Eik apa aku pula?" celah Syazwina. Tak ada angin tak ada ribut nama dia pula yang dipetik?

"Setuju!!!!" laung satu kelab. Kalau Syazwina penolong ketua pengawas jadi naib pengerusi, mereka setuju!

"So, Syazwina. You jadi vice chairman ye?" Teacher Sally membuat keputusan. Dia menulis nama Syazwina di whiteboard.

Syazwina duduk lemah seakan pasrah. Fine! Erghhh, ada tanggungjawab lagi!

"Teacher!!!" jerit Tasya tak puas hati.

"Tasya, keputusan muktamad!" Tegas Cikgu Melati.

Kalau nak compare Tasya dengan Syazwina, tentunya Syazwina yang layak menyandang jawatan tersebut.

Tasya mencebik sambil menghenyakkan punggung. Dia duduk, menyilangkan tangan. Tanda protes!

Naufal ber-high five dengan Fathiq. Fathiq pun tak nak Tasya yang jadi naib pengerusi. Nanti kerja tak jalan!

Mesti minah tu merajuk and akan merayu mahu Fathiq memujuk!

"Secretary?" soal Sir Virash.

"Me!!!"

Tasya bangun sekali lagi. Tak dapat naib pengerusi, dapat setiausaha boleh lah. Asalkan dapat bersama dengan Fathiq!

"Tak boleh. SU ni kena tulisan cantik and of course banyak kerja. Tak boleh jadi pemalas. Tulisan kau cakar ayam. Homework pula asyik tak siap. Ada hati nak jadi SU." bidas Naufal pedas bertalu-talu.

Panas hati Tasya mendengarnya. Kurang ajar Naufal mengutuknya!

"Kau ni kan—"

"Siapa nak jadi SU?!" Suara Cikgu Melati mematikan pertengkaran mereka.

Naufal dengan senang hati mengangkat tangan. Tasya gelak sinis.

"Kau nak jadi SU? Hey, SU ni untuk perempuan je lah! Kau perempuan ke? Well, aku tahu kau ni pondan." sinis Tasya. Puas! Dia dapat kutuk Naufal pula!

Naufal hanya kekalkan muka tenang dengan secalit senyuman tipis pada wajah. Langsung tak terkesan dengan kutukan Tasya.

"Bukan saya yang nak jadi SU. Saya cuma nak cadangkan." terang Naufal tenang.

"So what are your suggestion, Naufal Nadzmi?" soal Teacher Sally.

Naufal tersenyum manis. Kemudian dia toleh kearah seseorang.

"Hazrina Fathia."

Fathia terkedu. Dia mengangkat wajahnya.

Pap!

Mata Naufal dan dia saling bertaut. Jantung Fathia berdegup kencang.

Berubah air muka Fathiq mendengar nama itu. Dia memandang Naufal dengan riak tidak percaya.

"No!!! Dia baru form 1!" Laju Tasya memangkah.

"Well, she far more better than you." ejek Naufal.

Tasya ketap bibir.

"True, Naufal. Dia baru form 1." sampuk Cikgu Melati.

"Cikgu, kelab kita tak ada pun form 4. Form 3 ada tapi dorang semua nak fokus untuk PT3. Form 2 pun ada. Tapi semua lelaki. Tak leh harap. Form 5 pula nak fokus for SPM. Tinggal form 1 je lah. Bagu dorang timba pengalaman. Lagipun Fathia ni rajin." terang Naufal panjang lebar. Dia masih tersenyum manis.

"Macam mana kamu tahu dia rajin?" Tanya Cikgu Melati sambil kecilkan matanya.

Naufal memandang Fathia yang juga sedang memandang dia.

Satu senyuman terukir.

"Sebab dia memang rajin."

Fathia makin tak senang. Siapa pula Naufal ni? Kenapa dia calonkan aku? Tak nampak ke mata helang Fathiq dan Tasya yang renung aku tajam?

Teacher Sally berfikir lama. Kemudian dia menulis sesuatu di whiteboard.

'Setiausaha: Hazrina Fathia'

"Teacher!" bantah Tasya tak puas hati.

"Shut up, Natasya!" marah Sir Virash membuatkan Tasya terdiam. Sir Virash memang terkenal dengan ketegasannya.

"So, Hazrina." Cikgu Melati memandang Fathia.

"Awak setuju?"

Mata helang Fathiq dan Tasya yang mahu Fathia tidak bersetuju.

Mata Naufal yang seakan berharap Fathia bersetuju.

Seakan terkena jampi, Fathia mengangguk perlahan-lahan.

Tercengang Fathiq dan Tasya.

Fathia memandang Naufal yang masih tersenyum kepadanya.

Siapa kau sebernanya?

_____

"Kau ni pehal?!" marah Fathiq bengang.

Naufal masih tersenyum. "Kenapa?"

"Kenapa kau calonkan budak tu?!" jerkah Fathiq.

Senyuman Naufal bertukar sinis.

"Asal kau nak marah sangat ni?"

Fathiq terdiam. Dia ketap gigi. Ya, status dia dan Fathia masih lagi menjadi rahsia. Tiada siapa yang tahu kecuali Qaidar dan Raqif.

"Kau takut dia dedahkan yang kau ni abang dia ke?"

Fathiq tergamam. Membesar matanya tanda terkejut. Macam mana dia tahu?

Fathiq mencengkam kolar baju Naufal. Riak wajahnya menjadi tegang.

"Siapa kau?"

Dia yakin. Bukan Raqif mahupun Qaidar yang memberitahu. Kerana dua manusia itu pandai menjaga rahsia. Cara Naufal memandang Fathia, sangat pelik.

Naufal menepis tangan Fathiq. Dia tersenyum sinis.

"Aku? Aku guardian angel Fathia."

____

"Seronok ke dapat jadi SU?" ejek Tasya.

Fathia hanya menunduk. Tasya, Kirana dan Puteri sedang mengepung dia.

"Apa hubungan kau dengan Naufal sampai dia cadangkan nama kau hah?" tanya Tasya sinis.

"Kau ni mistress dia ke?" celah Puteri sambil tergelak sinis.

Fathia tergamam. Mistress? Laju dia menggelengkan kepalanya. Aku kenal dia pun tidak!

"Kau ni tak dek mulut ke ah?!" tengking Kirana.

Fathia menikus. Sungguh dia takut sekarang ini!

"Aku memang benci kau!"

Tasya sudah mengangkat tangan berura mahu menampar Fathia. Fathia memejamkan matanya.

Eik?

Kenapa tak rasa sakit pun?

Dia membuka matanya semula. Terkedu dia melihat Naufal sedang menahan tangan Tasya.

"Naufal! Sakit lah!" jerit Tasya cuba melepaskan tangan kasar Naufal yang sedang menggenggam tangan dia.

"Sakit? Apa yang kau buat selama ni dekat dia, ingat dia tak sakit?" soal Naufal tanpa riak sambil mengenggam kuat tangan Tasya.

Fathia masih diserang rasa terkejut. Macam mana dia tahu?

"Lepas lah!" Puteri dan Kirana cuba membantu Tasya.

Naufal terus meleraikan genggamannya kasar membuatkan Tasya terjatuh.

"Blah."

Hanya sepatah perkataan Naufal membuatkan mereka bertiga lari lintang-pukang.

Naufal kalih memandang Fathia semula.

Fathia memandang Naufal tanpa berkedip. Disebalik pandangan itu, bermacam-macam persoalan yang bermain pada fikirannya.

Satu senyuman lebar terukir pada wajah Naufal.

"Kita jumpa juga akhirnya, Hazz..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience