Bab 6

Family Series 23854

No one P.O.V

"Siapa yang nak jawab soalan ni?" Cikgu Atikah sedang bermain-main dengan marker hitam. Dia merenung setiap muka murid-murid kelasnya.

Pelajar-pelajar kelas 1 Amanah mula menundukkan wajah. Ada yang pandang buku latihan, konon tengah fikir pasal jawapan. Ada yang tengok lantai, tak nak Cikgu Atikah cam muka diorang. Ada yang nak lindung muka, tak nak Cikgu Atikah nampak muka diorang.

Tersenyum simpul Cikgu Atikah dengan gelagat muridnya. Takut nak jawab soalan math?

"Najihah! Jawab soalan ni!" Cikgu Atikah membuat keputusan. Dia hulurkan marker kepada Najihah

"Hah?" Terkebil-kebil Najihah Cikgu Atikah sebut nama aku ke tadi?

Pelajar-pelajar yang lain menghela nafas lega. Nasib baik Cikgu Atikah tak pilih nama diorang!

"Cikgu! Saya memang tak tahu macam mana nak jawab soalan ni! Panggil orang lain lah, cikgu." rengek Najihah cuba buat Cikgu Atikah ubah fikiran.

Cikgu Atikah menggeleng-gelengkan kepalanya. Arif sangat dengan perangai murid-murid dia. Tak tahu ke tak buat?

Cikgu Atikah scan satu persatu muka pelajar-pelajarnya. Pelajar kelas 1 Amanah sekali lagi melarikan pandangan, tak mahu bertentang mata dengan cikgu matematik tu!

Mata Cikgu Atikah terancap pada satu susuk tubuh yang duduk sorang-sorang dibarisan belakang sekali.

Hanya dia sahaja yang tak tundukkan muka.

"Budak yang duduk belakang sekali tu.."

Semua pelajar toleh kebelakang mahu tahu siapa yang Cikgu Atikah maksudkan.

Fathia tersentak. Bukan kerana laungan Cikgu Atikah, lebih kepada mata-mata yang sedang memerhatinya. Bibir bawah digigit. Dia tak suka perhatian....

"Tolong jawab soalan ni. Boleh?" Cikgu Atikah menepuk whiteboard.

Fathia hanya mengangguk. Dia melangkah kehadapan sambil menundukkan mukanya. Tidak selesa apabila banyak mata sedang lekat pada dirinya.

Pelajar-pelajar kelas 1 Amanah tidak pernah bercakap dengan Fathia. Mungkin kerana mereka menganggap Fathia ini jenis yang pendiam dan suka study membuatkan mereka tidak bercakap dengan Fathia. Dari luaran, Fathia kelihatan seperti pendiam, nerd dan sukar bergaul.

Fathia mengambil marker ditangan Cikgu Atikah lalu mula menulis jawapan dan jalan kira.

Usai habis, dia menyerahkan kembali marker itu kepada Cikgu Atikah.

Terlopong mulut Cikgu Atikah dengan jawapan Fathia pada whiteboard.

"B—Betul! Tepat sekali!"

Pelajar-pelajar yang lain mula terlongo. Pandai juga budak pendiam ni!

Fathia senyum kelat. Kemudian dia mahu berlalu ke tempat duduknya semula.

"Tunggu! Apa nama kamu?" soal Cikgu Atikah. Dia betul-betul kagum dengan pelajar perempuan itu. Soalan yang dia tulis bukan lah soalan mudah tahap ABC tapi soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Level PT3 kot!

Fathia berpaling semula sambil menunjukkan name tag nya.

"Hazrina Fathia..." Cikgu Atikah membaca nama itu.

Fathia mengangguk lalu bingkas berjalan ke tempatnya.

"Eiii... Sombong betul dia!"

"Mentang-mentang dapat jawab soalan susah!"

"Dasar bongkak! Padan lah tak ada kawan!"

"Tak ada mulut ke nak jawab soalan cikgu?"

"Biadap!"

Fathia hanya mampu menahan rasa mendengar dirinya dicela. Dia menundukkan pandangan, sedar dirinya dijeling ibarat pedang samurai.

Thia, ingat. Mereka yang selalu berfikir bukan-bukan pasti dibalas oleh Allah. Ini bukan masa kau, Thia.

"Diam!!!" jerkah Cikgu Atikah mematikan omongan semua pelajar yang bercakap buruk mengenai Fathia. Dia yakin, gadia itu tidak lah seperti yang mereka fikir.

"At least, dia mampu jawab soalan KBAT yang susah. Kamu semua?" Cikgu Atikah tergelak sinis.

"Lepas ni, saya tak nak dengar lagi kamu semua bergosip. Kalau tak, saya gagalkan math kamu. Faham?!"

"Faham......." Pelajar-pelajar kelas 1 Amanah menjawab nak tak nak je.

"Hah, Hazrina Fathia." Panggil Cikgu Atikah.

Fathia mengangkat mukanya.

"Nanti waktu rehat jumpa saya dekat staffroom ye?" Begitu lembut nada Cikgu Atikah bersuara dengan Fathia.

Fathia mengangguk acuh tak acuh.

____

"Kamu tak kisah ke tak rehat lagi ni?"

Gelengan diberikan sebagai jawapan. Jujurnya, Fathia tidak kisah kerana dia bukannya ada kawan pun sewaktu rehat. Kiranya, memang timing yang tepat untuk isi masa rehat.

"Saya ni tengok kamu macam ada masalah je, Hazrina." komen Cikgu Atikah sambil perhati muka Fathia lama-lama.

Fathia tersentak. Cikgu Atikah lah, manusia pertama yang ambil berat terhadap dirinya di sekolah selain Qaidar dan Raqif.

Fathia ukir satu senyuman manis. Dia menggeleng lagi.

"Saya ni memang bukan guru kelas kamu, Hazrina. Tapi saya cikgu math kamu. Kalau kamu tak ada penyelesaian untuk hidup kamu, kamu boleh share dekat saya. Insha-Allah saya akan bantu kamu cari jawapan." ujar Cikgu Atikah.

Fathia merenung anak mata Cikgu Atikah dalam-dalam. Cikgu itu ikhlas....

Fathia hanya tersenyum lalu mengangguk kecil. Dia tidak mahu susahkan orang. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu tentang kebisuannya.

Kemudian, Fathia membuat isyarat untuk pergi. Cikgu Atikah agak blur sekejap. Kemudian baru lah dia mengangguk apabila faham.

Fathia bergegas keluar dari bilik guru. Satu helahan nafas panjang dilepaskan daripada bibir mungil itu.

Life is like math, huh?

Sayangnya, aku langsung tak temukan jawapan baik pun jalan kira. Dan, hanya aku yang akan jawab soalan kepada kehidupan aku!

____

Hazrina Fathia P.O.V

Krrriiingggg.....

Bunyi loceng kedengaran nyaring bergema di satu sekolah. Tanda, masa rehat telah pun tamat.

Aku berjalan seorang diri mahu pergi ke tangga.

Tiba-tiba terasa tangan aku ditarik hingga ke belakang bangunan.

Kemudian, tangan aku dilepaskan, kasar sehingga tubuh kecilku terjatuh.

"Lembik!"

Aku angkat kepalaku. Kejap, diorang ni.... Diorang ni sekelas dengan aku. Apa diorang nak?

"Kau pandai math kan?" soal Pikaariani. Tubuhnya gempal kalau mahu dibandingkan dengan aku. Lagak Pikaariani seolah-olah dia ketua geng ini.

Aku tidak menggeleng ataupun mengangguk. Sebaliknya, aku memandang sepi muka-muka mereka tanpa riak.

Aku dah dapat agak apa yang diorang akan buat.

"Nah!!"

Buku-buku latihan dicampak kepada aku. Tepat mengenai muka aku.

"Aku nak kau buat semua kerja math ni. Buat untuk geng aku sekali. Esok, aku nak siap." Arah Pikaariani sambil merenung aku tajam.

Aku hanya diam. Tidak membalas.

Pap!

Tak semena-mena pipiku ditampar kuat.

Aww... Terasa pijar dan perit pipi kiri aku. Tamparan Pikaariani terlalu kuat sehingga aku terteleng ke sebelah kanan.

"Kalau aku tanya, jawab!!" tengking Pikaariani. Bengis sekali wajahnya.

Mataku bergenang. Laju aku mengangguk. Ibu dan walid pun tak pernah tampar aku...

"Pstt.. Pstt.. Beb, kau tak takut ke kalau minah ni buat report?" bisik Yuni pada Pikaariani. Aku masih boleh dengar bisikan mereka.

Pikaariani gelak sinis. "Takut? Buat apa nak takut? Minah ni kan pendiam, pengecut. Tak akan berani lah nak report cikgu."

Serentak kepalaku ditunjal-tunjal kuat oleh Pikaariani. Aku ketap bibir menahan tangis. Sedih diperlakukan sebegini.

"Asal kau boleh confident sangat, Pika?" tanya Bella. Pelik juga boss mereka, Pikaariani terlebih yakin yang Fathia tak akan report dekat cikgu.

Pikaariani mencerlung menghadap aku. Dia duduk mencangkung supaya posisi dan ketinggian kami sama.

Pap!

Satu tamparan sulung hinggap di pipi kiriku sekali lagi.

Air mataku tumpah. Lagi sekali?

"Tengok? Baru kena tampar dua kali dah menangis. Belum lagi aku belasah dia!" Terburai ketawa Pikaariani yang sudah bangun disusuli dengan tawa geng nya.

"Crybaby!"

"Alolo... Kesiannya...."

"Hihi cepat betul menangis! Anak manja!"

Aku ketap bibir dengan air mata yang bergelinang di pipi. Aku tak ada kuasa nak melawan mereka...

Kedua-dua belah pipiku dicengkam kuat oleh Pikaariani. Dia merenungku tajam.

"Kalau homework ni tak siap esok, lagi dasyat kitorang buat. Dan kalau kau berani nak report cikgu, aku akan pastikan kau meringkuk dekat hospital." Pikaariani memberi amaran dengan riak wajah yang tegang.

"Faham?!" jerkahnya.

Aku mengangguk laju dengan air mata yang bercucuran.

"Jom lah geng. Balik kelas." Pikaariani mengajak.

"Padan muka!" Zahra menjelir lidah kepada aku.

Dan mereka terus lesap.

Aku mengutip buku-buku itu satu persatu.

Laju air mata aku turun mengalir membasahi pipi. Aku menangis teresak-esak.

Kenapa hidup aku ni tak indah?

Kenapa aku dibuli?

Hinakah aku?

Apa memang takdir aku hanya untuk aku terseksa?

Aku pasrah. Perlahan-lahan aku bangun dengan keadaan yang amat longlai sekali.

Terhinjut-hinjut bahu aku menangis. Aku berpaling.

Kelihatan seorang lelaki sedang kalih kebelakang lalu pergi dengan cepat.

Lelaki itu nampak semuanya. Dia telah nampak segala-galanya. Cara dia berlari seolah dia sudah melihat adegan tadi.

Siapa aje manusia yang akan pergi ke belakang bangunan waktu rehat?

Itu.... Fathiq.

Hazrin Fathiq.

Dia sudah lihat adegan tadi dimana aku ditampar.

Kenapa dia tak tolong aku?

Pantas air mata hangat mengalir menodai pipi.

Kejamnya abang Fathiq... Sanggup biarkan aku dibuli.

Aku pejamkan mataku rapat. Membiarkan air mata aku turun.

Jangan menangis, Thia. Jangan menangis. Jangan menangis, Hazrina Fathia.

Berkali-kali aku memesan agar jangan menangis. Hati ini cukup degil.

Tetapi aku tak kuat. Aku tak tabah. Aku tak cekal.

Tapi sayang, air mataku kian tumpah seperti tiada tanda untuk berhenti.

Begitu tegar abang Fathiq pergi tanpa membantu aku. Begitu tegar seorang abang hanya biarkan diri adiknya dibuli.

Kenapa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience