Bab 22

Family Series 23854

You oll need to be very grateful. Scarlett buat draft ni after Scarlett training Karate. Patutnya Scarlett kena rest sbb penat tapi Scarlett buat juga. Sbb nk habiskan JM ni! JM ni akan habis dlm beberapa bab lagi.

KAK Scarlett tangguhkan dulu ye. Nk fokus satu2. Jangan maroh...

Maaf ye guys. Scarlett x dpt nk reply komen korang. X sempat sangaaaaat.

This chappy kali ni, words nya banyak. 1000 something.

But enjoy! :)

No one P.O.V

"  Hi awak! " sapa Qaidar ceria kepada Fathia yang sedang enak menjamu selera.

Fathia mendengus. Tak habis-habis nak kacau aku lah!

*Awak tak boleh blah ke?*

Qaidar terkedu. Entah mengapa Fathia semakin kasar sangat dengan dia semenjak pulang dari Melaka ni.

"  Apa salah saya? " soalnya perlahan. Memang lah Fathia selalu jual mahal, tetapi Fathia tidak lah sampai tahap menghalau dia. Selama ini, mereka sentiasa rehat bersama dengan Hannah. Kekadang aje Naufal ada.

Fathia menjeling. Sejujurnya, dia pun tidak tahu dengan dirinya sendiri. Bila tengok wajah Qaidar, rasa benci pula.

"  Yo, senior Qaidar!  " Hannah menyapa Qaidar ceria.

Qaidar tersenyum kelat.

Fathia mendengus lalu terus beredar. Makanan yang tidak dihabiskan dibiarkan sahaja diatas meja.

Terkejut Hannah dengan tindakan Fathia. Dia pandang Qaidar.

Lelaki itu...

Hanya tersenyum.

Senyumannya itu pahit.

Now, what on earth is happening right now?

_________

"  Kau buat apa dekat sini? "

Fathia terkejut. Tanpa sedar, bibirnya melakar senyuman lebar yang amat ceria.

Naufal!

Dengan Naufal, dia tidak benci. Malah, dia bertambah suka.

Ah... Rasanya aku dah dilamun cinta!

Naufal tersengih melihat raut wajah ceria Fathia. Finally, wajah ketat itu menjadi ceria.

"  Kau tak rehat ke? Mana Hannah? " soal Naufal sambil matanya melilau keserata tempat.

Fathia hanya jungkit bahu acuh tak acuh.

"  Kau nak rehat dengan aku tak? " Tanya Naufal, kening sebelah kiri diangkat ala Ziana Zain.

Fathia mengangguk laju dengan senyuman lebar yang tidak lekang.

Dari jauh, Qaidar memandang sayu dua insan. Fathia. Dia sangat gembira.

Dia mengenggam penumbuk. Tidak! Dia tak akan berputus asa!

_________

*Nak apa?*

Fathia silang tangan memandang Qaidar yang berdiri terpacak didepan rumahnya.

Tadi dekat sekolah, Qaidar kacau. Sekarang pun nak kacau juga! Ish! Semak!

Qaidar tersenyum menawan.

" Saja nak kacau awak... Tak boleh ke? " soal Qaidar dengan nada nakal.

*Tak!!!*

Qaidar mengeluh. Hati Fathia... Semakin sukar untuk ditawan.

" B—Baiklah. Saya gerak dulu ye? " Qaidar meminta diri.

Fathia mengalihkan pandangan. Tak mahu bertentang mata dengan Qaidar! Tak rela mahu melihat wajah itu.

Qaidar tersenyum tawar.

Perlahan-lahan dia beredar.

Fathia terus berura mahu masuk kedalam tetapi ada lagi suara yang memanggil.

Bukan Qaidar, tapi Naufal!

" Hazz! "

Fathia kalih. Kembang kuncup kembang kuncup aje hatinya apabila Naufal muncul dihadapan rumahnya sekarang!

" Qaidar ada datang? " soal Naufal tak senang. Dia ada lah ternampak Qaidar yang beredar tadi.

Fathia buat memek muka menyampah. Dia lagi? Asyik-asyik Qaidar aje!

Fathia mengangguk malas.

'Jom lah masuk rumah. Ibu masak special.'

Fathia menulis pada buku nota yang sentiasa berada disisinya.

Naufal mengangguk laju, gembira. Mereka masuk kedalam rumah.

Tanpa mereka sedari, Qaidar hanya memerhati mereka berdua dari jarak jauh. Ya, dia belum beredar lagi.

Nampaknya, Fathia benar-benar suka pada Naufal.

Dan kau, Qaidar. Harus mengalah?

________

Hazrin Fathiq P.O.V

" Thiq nak ikut ibu abah pergi jemput Thia tak? " pelawa ibu yang sedang menyarung beg sandang pada bahu.

Aku mendengus. Tak habis-habis Fathia! Thia, Thia, Thia!

" Buat apa Thiq nak ikut ambil Thia dari kelas bahasa isyarat? " Aku menyoal acuh tak acuh. Nak pergi ambil budak bisu tu dari kelas bahasa isyarat, aku pun kena ikut?

" Lepas ni pergi makan. Ibu tak masak. " jawab ibu.

" Thiq tak nak. " Sudah tentu lah aku akan jawab tak, bukan?

" Tapi Thiq nak makan apa? "

" I'll know how to survive. Thiq boleh je lepak mamak ke. " pintas aku laju.

" Kalau itu yang Thiq nak." Ibu pun tak kisah. Sebab apa? Sebab aku kan dah besar!

" Kalau nak keluar, make sure kunci rumah ni." arah abah.

Yer, aku tahu lah.

Mereka terus beredar.

Aku menghempaskan badan pada sofa yang empuk.

Heh, now what?

_______

Qaidar P.O.V

Bohong lah jika aku langsung tak terasa dengan layanan Fathia terhadap aku.

Jika benar Naufal hadir dulu sebelum aku, tapi aku lah yang setia disisi Fathia!

Tidakkah Hazrina Fathia nampak benda itu?!

Aku mengeluh.

Qaidar, kau kalah.

_________

Hazrin Fathiq P.O.V

Aku syok bermain GTA 5 dengan PS4 sambil bersiul-siul.

Game favorite aku selepas FIFA, Mobile Legend!

PUBG? Tak minat langsung.

Tik Tok? Lagi lah tak!

Aku menekan punat untuk menembak. Perghhh! Bunyi tembakan tu... Padu siot!

'Zalikha Zalikha
Kau lah gadis jelita
Bilaku berjalan sebelah
Terasa rusuk bergetar
Adakah dia sudah berpunya?'

Aku mendengus.

Malaun mana pula yang call aku ni time aku tengah syok tembak sasaran?

Raqif ke? Malik? Hisyam? Atau Zamani? Qaidar? Naufal? Ke Syawal? Atau malaun yang lain?

Aku menggapai telefon itu. Eikk... Nombor apa ni?

" Hello? "

Suara aku sumpah macam nak marah orang!

Raut wajah aku bertukar. Benarkah apa yang aku dengar?

Jangan....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience