Bab 15

Family Series 23854

Hazrina Fathia P.O.V

Keesokan harinya,

Aku pergi ke tapak perhimpunan. Langsung tidak bersua muka dengan Fathiq.

Sungguh kejadian semalam membuatkan aku berkecil hati. Perbuatan Fathiq sangat menyinggung hati aku.

"Yo Fathia!"

Aku kalih. Bercantum dahi aku. Kenapa si Hannah 'yo-kan' aku?

Aku terus pusing kedepan semula. Malas nak layan.

"Jom jadi kawan!" ajak Hannah riang.

Aku memandangnya tanpa riak. Kawan? Aku sudah tidak kenal apa yang dinamakan kawan.

Dan aku langsung tidak mengendahkan Hannah.

_________

No one P.O.V

"Fathia!"

Fathia mengeluh. Setiap hari Hannah asyik menganggu dia. Bukanlah menganggu cuma tidak habis-habis berusaha untuk mengajaknya menjadi kawan.

Tak cukup ke dengan Qaidar dan Naufal yang sering menganggu hidup dia? Enough is enough!

"Aku duduk sini ye?" Hannah meletakkan beg galasnya disisi Fathia. Dia mengambil tempat duduk disebelah Fathia

Fathia mencatat-catat sesuatu diatas buku nota. Dia menunjukkan kepada Hannah.

'Kenapa kau asyik ganggu aku?'

Hannah tarik senyuman senget.

"Aku tak ganggu kau. Aku nak jadi kawan kau je." jawabnya selamba.

Fathia mengeluh. Haiih, macam-macam!

Fathia bukan apa. Zahra. Manusia yang melayannya dengan baik. Tapi itu semuanya hanya dusta.

Fathia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukup lah hanya sekali dia dilukai!

"Untuk projek Sejarah, kau partner dengan aku!" Hannah berkata.

Fathia menjeling. Suka hati aje buat keputusan! Asmida dengan Farah tu nak campak mana?

"Asmida partner dengan Farah." ujarnya tiba-tiba.

Fathia buat rolling eye. Malas nak layan!

_______

No one P.O.V

"Thia!!!!" laung Puan Adibah.

Fathia menuruni tangga. Kena tolong masak dinner ke? Tapi lambat lagi nak pukul 6!

"Kawan kamu datang." beritahu Puan Adilah.

Bercantum kening Fathia. Kawan? Sejak bila dia ada kawan?

Fathia keluar dari rumah. Kelihatan Hannah sedang terpacak berdiri di luar gate.

Dia mendekati Hannah yang asyik tersengih. Riak wajah keruh Fathia seperti bertanya: 'Kenapa kau datang?'

"Nak bincang untuk folio Sejarah lah!" kata Hannah seolah mengetahui apa yang berada didalam fikiran Fathia.

Eik? Bukan kena hantar lambat lagi ke?

"Kau tak nak ajak aku masuk ke?" sengih Hannah.

Dengan keterpaksaan, Fathia terpaksa membuka pintu gate.

________

"Kau ada idea?" soal Hannah. Dia sedang bersedia untuk menaip pada keyboard laptop miliknya.

Fathia berfikir lama sambil tongkat dagu. Kemudian dia mengambil laptop diatas riba Hannah.

Dia menaip-naip diatas keyboard.

"Woa.... Cantik gila idea kau!" puji Hannah. Terbeliak biji mata Hannah terkejut. Memang kebabom! Padahal idea itu tak ada pun dalam buku teks. Kau korek mana woi, Fathia idea tu dalam otak kau?

Fathia tersenyum ringkas dengan pujian itu. Nak buat apa lagi? Senyum je lah!

TOK! TOK!

Selepas dua ketukan, pintu bilik Fathia dikuak. Puan Adibah sedang membawa dua air milkshake.

"Rajin rajin juga. Minum jangan lupa ye?"

"Terima kasih aunty!" ucap Hannah sambil mengambil dua gelas air.

"Most welcome, Hannah."

Puan Adibah pun keluar. Dia tersenyum segaris. Jujurnya dia sangat gembira yang Fathia sudah ada kawan. Buat pertama kali....

"Ibu, apa bising-bising ni?" soal Fathiq sambil menguap.

"Kawan Fathia datang. Nak buat homework." Beritahu Puan Adibah sambil senyum.

Mata kuyu Fathiq sudah menjadi segar. Kawan? Sejak bila budak cacat tu ada kawan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience