33

Romance Series 13750

Satu minggu telah berlalu sejak kejadian tembak menembak yang terjadi di hospital itu. Demam Fatin sudah lama hilang dan lukanya semakin sembuh. Hubungan Fatin dan Irfan juga semakin rapat. Setiap hari Irfan akan melawat Fatin di biliknya. Fatin sepatutnya balik keesokan paginya tapi ditahan oleh Irfan sekali lagi, dia hampir menang tetapi Irfan mempunyai sokongan yang kuat iaitu teammate Fatin. Kumpulannya bertegas untuk mengambil kesempatan ini untuk berehat secukupnya.

"Assalamualaikum mak." Ibu Fatin, Puan Asmah menelefon semasa Fatin bersiap sedia untuk balik ke rumahnya. Puan Asmah tahu kejadian yang menimpa Fatin dan ingin melawat Fatin tetapi Fatin melarangnya. Fatin tahu Puan Asmah sejak kebelakangan ini sakit belakang jadi dia tidak mahu menyusahkan Puan Asmah untuk naik kereta jalan jauh. Fatin risau sakit Puan Asmah semakin parah jadi dia buat keputusan untuk mengambil cuti untuk balik kampung.

"Walaikumsalam angah. Angah jadikan balik esok?" Jawab Puan Asmah

"Iyaa, esok angah balik."

"Tak apa-apa tangan kamu? Kamu naik apa?" Tanya Puan Asmah berbaur risau

"Tangan okay sudah cuma masih lagi berbalut. Esok mungkin naik bas seja balik. Nanti angah beli tiket bas." Jawab Fatin. Bunyi ketukan kedengaran dari luar lalu muka Irfan menjenguk ke dalam. Fatin memberi isyarat untuk masuk.

"Nanti angah minta tolong dengan kawan untuk beli tiket. Mak jangan risau ya?" Fatin sudah merancang. Irfan duduk di atas katil dan memerhatikan Fatin.

"Okay, jumpa esok. Assalamualaikum." Fatin mematikan telefon selepas mendapat salam.

"Awak nak pergi mana?" Tanya Irfan sambil mengambil beg pakaian Fatin.

"Saya nak balik kampung esok untuk tunjukkan diri saya sihat sudah sekali melepaskan rindu." Jawab Fatin sambil memeriksa jika ada barang yang tinggal.

"Awak balik kampung macam mana?" Tanya Irfan lagi, masih memandang ke arah Fatin yang sibuk ke sana sini.

"Saya balik naik bas.. Eh, sebelum awak hantar saya balik, kawankan saya beli tiket bas dulu." Kata Fatin yang sudah selesai memeriksa semua sudut bilik.

Irfan hanya memandang Fatin.

"Awak dengar tak ni?" Tanya Fatin lagi.

"Awak nak balik? Naik bas? Dengan tangan begitu?" Tanya Irfan satu persatu.

"Alah, bukannya sakit sudah tangan ni. Awak tu yang nak pergi berbalut bagai." bebel Fatin yang teringatkan Irfan yang berkeras untuk membalut tangannya.

"It's for your reminder. Kalau saya tak balut, pelbagai aktiviti awak pergi buat." Kata Irfan yang kenal akan sifat tak pandai duduk diam Fatin. Satu minggu Fatin berada dalam hospital, satu minggu tu juga Fatin akan melawat perempuan yang ditembak itu untuk menyiasat. Nasib dihalang oleh kumpulannya juga kalau tidak, Fatin akan turut menyiasat di luar juga. Fatin hanya mencebik dan Irfan menggelengkan kepala.

"By the way, daripada awak balik naik bas. Lebih baik saya hantar awak. Bukannya jauh sangat kampung awak, saya kira 4 jam pemanduan." Cadang Irfan. Dia sebenarnya sudah meminta cuti untuk menemankan Fatin sepanjang dia bercuti tetapi Fatin ingin balik kampung jadi dia terpaksa membatalkan niatnya.

" Huh? tak perlulah." Fatin menolak.

" Well, you can't say anything about that. I'm insist." Jawab Irfan tidak menerima jawapan 'tidak' dari Fatin.

Fatin hanya mengeluh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience