19

Romance Series 13750

Sejak dari hari itu, Irfan dan Fatin sentiasa berjumpa apabila mereka mempunyai masa.
"So, are you two going out??" Tanya Clay apabila Irfan tersenyum seorang diri...

"Huh? Tiadalah.. Kenapa kau tanya macam tu??" Irfan dengan segera menafikannya..

"Tiadalah, aku tengok kau ni dah macam orang angau.. Senyum seorang sendiri.. Hah, jangan sampai pula bawa angau kau ni ke bilik bedah.. Habis nanti pesakit tu kau bedah..." Perli Clay berbaur nasihat... Risau dia tengok kawannya tu kena sawan...

"Jangan nak mengarutlah.. Aku tahu nak bezakan soal peribadi dan kerja... I'm a professional person..." Jawab Irfan bangga...

"Memang la kau professional tapi dalam soal percintaan, kau memang amateur..." balas clay lagi.

"Dari segi mana pula aku amateur? Aku dikira pro sudah dalam percintaan ini"

"Pro dalam percintaan la sangat. Bercinta pun tak pernah."

"Tak apa la, yang penting aku bukannya kaki perempuan." balas Irfan mengaku dengan kenyataan itu.

Clay hanya mengiakan sahaja. Dia mengaku walaupun Irfan Iskandar seorang yang handsome dan kaya, anak dato tapi Irfan tidak pernah menjejakkan kakinya ke mana-mana kelab malam atau bermain dengan perempuan lain malahan Irfan sangat menghormati perempuan dan tidak lebih dari itu. Hanya seorang gadis yang bernama Fatin Elina sahaja yang dia berusaha untuk dekat.

"Apa yang kau termenungkan tu. Kerja kau sudah siapkah?" Irfan menegur Clay apabila dia ternampak kawannya itu termenung.

"Huh? Tiadalah. Eh, nanti bawalah Fatin untuk makan. Aku nak juga berkawan dengan dia. Boleh ajak Adeen nanti. We double date together." Clay terbangun dari lamunannya dan memberi cadangan yang bernas.

"hmmm, boleh juga. Kalau Fatin berkawan dengan kau boleh aku suruh kau tanya apa pendapat Fatin terhadap aku."

"Mana-mana kau lah Irfan. Aku pergi dulu lawat pesakit. Nanti inform seja kalau ada good news." Clay berlalu pergi selepas Irfan memberi tanda okay kepadanya.

Fatin dari tadi sibuk dengan kerjanya. Kes dadah pada sebulan yang lalu masih lagi tergantung akibat banyak kes yang lain.

"Hai, sibuk sangat." Haziq menegur Fatin yang sedang leka menghadap fail-fail yang banyak tersusun di atas meja.

Fatin mengangkat kepala sejenak dan mengangguk.

"Macam mana dengan tempat tu?" Tanya Fatin

"Tiada apa-apa maklumat." Balas Haziq.

Haziq dan Arif baru sahaja balik dari menyiasat tentang kes dadah di salah satu kelab malam. Mereka masih lagi buntu dengan kes ini. Penjenayah tersebut pandai menyembunyi kan diri mereka sendiri seperti mereka sudah tahu tindak tanduk pergerakan polis.

"Kak Fatin ada jumpa benda yang pelik?" tanya Arif

"Um, sebenarnya saya ada jumpa satu petunjuk." Fatin menunjukkan gambar kepada mereka.

"Ini..." Haziq dan Arif saling memandang.

p/s: sorry kepada pembaca kerana saya tidak menulis selama beberapa tahun. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menghabiskan siri ini. Dan saya berharap pembaca boleh terus sokong saya. Thank you for those who has supported me.. love ya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience