30

Romance Series 13750

"Fatin!!"

Jantung Irfan berdebar apabila dia terdengar satu tembakan dan nama Fatin dipanggil. Dia menoleh ke belakang dan ternampak Fatin terduduk dan memegang tangannya.

Irfan dengan segera hendak menuju ke arah Fatin tetapi dihalang oleh Clay. "Dia perlukan pembedahan sekarang juga. Doktor Irfan, pesakit ni perlukan Doktor." Kata Clay dengan tenang tetapi tidak diendahkan oleh Irfan, dia masih lagi cuba untuk pergi ke tempat Fatin.

"I'm fine!" Fatin yang ternampak Irfan berkata. "I'm really okay. Go!" Fatin menyakinkan Irfan.

Irfan berbelah bahagi tetapi dia tetap juga menjalankan tugasnya sebagai doktor. Fatin yang melihat Irfan berlalu pergi tersenyum lalu fokusnya diberikan 100% kepada Najwa. Pistol di tangan Najwa berjaya dilepaskan tetapi dia berjaya melepaskan diri. Fatin dan Haziq dengan segera mengejar Najwa dan berjaya ditangkap oleh mereka ketika Najwa masuk ke jalan mati.

"Are you okay, Fatin?" Haziq bertanya risau setelah memasukkan Najwa ke dalam kereta.

"Yup, no worries. Luka kecil seja." Jawab Fatin

"Luka kecil tapi kena rawat juga. Fatin pergi ke hospital, abang pergi hantar dia pergi balai dulu. Nanti abang datang semula." Arah Haziq.

Fatin hanya mengangguk, "Tapi mana Encik Khairul dan Ash?". Tanya Fatin

"Encik Khairul kejar van tadi. Dia rasa pelik dengan van tu. Ash pula sibuk dekat balai." Jawab Haziq dan berlalu pergi selepas meminta diri.

Fatin bergerak ke ruang menunggu bilik bedah. Dia ternampak Arif duduk sambil menunggu.

"Arif." Panggil Fatin

"Kak Fatin! Kak Fatin okay?" Tanya Arif apabila melihat lengan Fatin berdarah.

"Okay, luka sikit seja ni. Macam mana dengan perempuan tu?" Tanya Fatin

"Dia masih dalam pembedahan. Nurse dari bilik bedah tadi cakap yang pembedahan tu tak ambil masa yang lama juga." Jelas Arif

Fatin hanya mengangguk faham. Tiba-tiba, kepalanya berasa pening. Badannya terasa longlai dan dia jatuh pengsan tetapi sempat disambut oleh Arif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience