8

Romance Series 13750

Sebulan telah berlalu selepas kejadian tersebut. Sejak dari itu, Fatin dan Arif telah ditugaskan untuk menghantar sesiapa sahaja yang tercedera ke hospital. Setiap kali Fatin Dan Irfan berjumpa, setiap kali itu la perang mulut berlaku.

"Assalamualaikum mak, kenapa telefon angah?" Fatin menjawab telefon yang telah berbunyi banyak kali.

"Waalaikumsalam, eh, salahka kalau mak kamu sendiri telefon."

"Tidak,, tapi angah ada meeting lepas ni. Kes penting ni."

"Kamu ni, tak habis-habis kes, kes kes. Cuba la kamu pikir pasal kahwin sikit. Kamu tu dah 26 tahun. Sepatutnya sudah kahwin."

"Alaa mak, nanti la pikir pasal tu. Nanti lagi Kita cakap ya mak. Kirim Salam sama abah. bye" Fatin menamatkan telefonnya lalu ke bilik mesyuarat.

"Kes ini penting sangat. Kalau kita berjaya menangkap penjual dadah tersebut, kita boleh tahu tindak tanduk aktiviti mereka. So, Jangan sesekali buat salah. Faham!" Encik Khairul memberi ucapan yang terakhir sebelum mereka memulakan operasi mereka pada jam 7 malam di hotel King.

"Emmm, yang orang yang menjual dadah tu perempuan kan? Arif memulakan perbualan apabila mereka semua senyap di dalam kereta untuk menuju ke destinasi.

"Yup" Ash menjawab soalan Irfan. " Kita dapat mengenal pasti penjual dadah tu pun disebabkan oleh kemahiran saya sendiri. Siang malam saya cuba untuk mengekori tindak-tanduk mereka." Ash sudah membanggakan dirinya sendiri.

Fatin membuat muka tidak puas hati manakala encik Khairul hanya menggeleng dan Abang Haziq cuba untuk menahan ketawa. Setelah 45 minit memandu, mereka tiba di tempat parking Hotel Lotus.

"Okay, kamu tahu kan rancangannya? Fatin Dan Irfan akan berlakon sebagai pasangan. Haziq, kamu berlakon seperti menunggu pasangan manakala Ash, kamu akan tunggu di sini untuk memerhatikan keadaan sekeliling. Kita akan kepung mereka dalam restoran tersebut. Bertindak mengikut arahan. Faham!" Encik Khairul menjelaskan lagi sekali rancangan mereka.

"Baik Tuan!" Mereka semua memberi tabik hormat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience