31

Romance Series 13750

Fatin dengan perlahan-lahan membuka matanya.

"Awak dah sedar?"

Suara merdu yang akan sentiasa dia rindui menyapa di telinganya. Fatin dengan perlahan menoleh ke arah suara itu.

"I-Irfan." Serak suara Fatin memanggil.

Irfan dengan segera mengambil air untuk diberikan kepada Fatin. Fatin membasahkan tekaknya yang terasa kelat. Setelah itu, Fatin melilau ke sekeliling. Dia berada di satu bilik yang besar, bilik itu mempunyai tv, meja dan sofa. Terdapat juga tandas persendirian di dalam bilik itu.

"Bukan bilik ni bilik VIP?" Tanya Fatin. Dia pernah melihat bilik VIP semasa dia menjadi sekuriti untuk VIP suatu ketika dahulu. Irfan hanya mengangguk sambil bangun untuk mencuci buah yang baru sahaja dibelinya tadi.

'Mak aih, biar betul. Kejap, kalau aku tinggal di dalam bilik ni, siapa nak bayar?' Fatin berfikir lalu memandang Irfan

"Uhmm,, Irfan? Kenapa saya berada di bilik ni?" tanya Fatin ragu-ragu. Dia sudah bersiap-sedia untuk keluar dari bilik itu. Dia bukannya miskin sangat, dia boleh bayar tetapi dia tidak mahu membazirkan duitnya untuk membayar bilik tu. Dia bukannya sakit teruk.

"Saya yang tempatkan awak di bilik ni dan awak jangan nak berani bergerak dari katil tu." Kata Irfan yang tahu akan niat Fatin.

"Tapi.."

"Tiada tapi-tapi. Awak duduk seja dekat bilik ni. Kos bilik ni jangan awak nak risaukan." Pintas Irfan serius sambil membawa buah yang dicucinya duduk di sebelah Fatin. Irfan dengan teliti memotong buah epal untuk lalu diberikan kepada Fatin.

Fatin menyambutnya dan makan buah itu. Suasana antara mereka sunyi sahaja sehingga bunyi telefon Irfan berdering.

"Hello?" Irfan menjawab panggilan. Pemanggil itu berkata sesuatu.

"Just call another doctor. I'm busy right now." Irfan mematikan telefonnya.

Suasana kembali sunyi. "Uhm,, awak tak perlu pergi kah? I think they need you." Kata Fatin berhati-hati

"Tak perlu, dalam hospital ni bukan saya seorang seja doktor, ada banyak lagi." Jawab Irfan sibuk memotong buah tanpa memandang Fatin.

"Tapi..."

"Enough with 'tapi' Fatin. Saya tahu tadi tu memang tugas saya untuk merawat pesakit jadi saya terpaksa tinggalkan awak tapi sekarang ni awak pesakit saya. So, I will not leave this sit untill you recover." Kata Irfan lembut tapi tegas.

"Sorry.." Fatin memandang selimutnya

Ungkapan kata Fatin membuatkan Irfan rasa bersalah.

"Fatin.." Lembut suara Irfan memanggil. "You know that you were so important for me. Kalau boleh tadi saya mahu seja lindungi awak tapi saya tahu yang awak tak suka. Saya juga tahu yang awak sebagai polis hanya menjalankan tugas awak dan tidak mahu melibatkan orang awam tapi, bila saya nampak awak cedera begini, saya jadi risau. Saya jadi risau bila awak menahan sakit. Saya takut akan terjadi apa-apa kepada awak. I will blame myself for not be able to protect you."

Fatin memandang mata Irfan dan dia nampak keikhlasan di setiap kata-katanya. Pada saat itu, Fatin yakin dia amat mencintai Irfan dan dia mahu mempercayai Irfan. Amarahnya apabila dia ternampak Irfan dengan doktor perempuan itu dan gossip tadi pagi hilang begitu sahaja.

"Thank you." Hanya itu sahaja perkataan yang keluar dari mulut Fatin. Tapi perkataan itu juga mempunyai penuh makna. Fatin berjanji untuk mempercayai Irfan dan akan melindungi hubungan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience