4

Romance Series 13750

Bacaan ayat Fatin Elina terberhenti. "Aik, sejak bila suara hantu ni merdu sangat?" Kata Fatin Elina. Dengan perlahan- lahan dia membuka matanya dan melihat sipakah memiliki suara merdu itu. ' Maybe lelaki idaman.' Katanya lagi. Angan- angannya terpadam apabila dia sedar bahawa aksinya tadi ditertawakan oleh seseorang.

Irfan Iskandar tidak dapat lagi menahan ketawanya apabila dia terdengar ayat yang dicakap oleh Fatin Elina. Selesai sahaja dia ketawa, dia melihat muka Fatin Elina merah padam. Samada malu atau marah. "Sorry, hantu mana yang awak cakap?" kata Irfan yang ketawanya masih bersisa.

Ketawa lelaki di hadapan Fatin Elina sangatlah menyakitkan hati. Dia bukannya sengaja untuk cakap begitu. "Sudah puas ketawa?" kata Fatin Elina. Baginya sekarang ni, lelaki hensem di hadapannya mahu sahaja di lenyeknya.

"Sorry lagi sekali." kata lelaki itu.

"Apa kau mahu" kata Fatin Elina dengan kasar. Dia tidak mempedulikan rasa hormat terhadap orang lain apabila sudah ditertawakan sebegitu.

"Oh ya." Kata lelaki itu sedar akan sesuatu. "Tangan awak okay?" Sambung lelaki tersebut sambil pegang tangan Fatin Elina.

"Excuse me. Tolong jangan sesuka hati kau seja mahu pegang aku. Bukan muhrim." Fatin Elina menarik tangannya semula. Dia merasakan tangannya semakin sakit.

"Tangan awak dah lebam tu. Biar saya check." Jelas lelaki itu lagi.

"Kau siapa mahu periksa tangan ku." Tanya Fatin Elina pelik.

" Saya doktor di sini. Jadi, saya nak sangat rawat pesakit yang degil ni." kata Irfan Iskandar.

"Kalau awak doktor, mana kot awak and kenapa awak pakai baju biasa seja?" Tanya Fatin Elina.

Irfan melihat cara pemakaiannya dan barulah dia teringat yang sebenarnya dia ingin keluar makan tetapi terdengar bunyi bising lalu pergi melihatnya. "Saya betul- betul doktor di sini cuma saya nak pergi makan tadi. Kalau awak tak percaya, saya akan panggil nurse ke sini Dan suruh dia rawat awak." Irfan Iskandar cuba menyakinkan Fatin Elina. Fatin Elina hanya menunjukkan muka setuju sahaja.

Irfan Iskandar hanya mengeluh dan memanggil seorang nurse yang kebetulan lalu di situ.

"Apa yang boleh saya bantu Doktor Irfan?" kata nurse itu dengan sopannya.

" Awak tolong rawat dia. Saya rasa tangannya sudah lebam. Kalau dibiarkan lebih lama takut makin teruk." Jelas Irfan sepenuhnya kepada nurse tersebut sambil memandang Fatin Elina yang kelihatan merah pipinya. Mungkin perempuan di hadapannya ini berasa malu tidak mempercayainya. Nurse itu membawa Fatin until merawat kesan pukulan itu. Irfan hanya memandang Fatin berlalu pergi dengan segera selepas Fatin tunduk dan mengucapkan terima kasih kepadanya. Melihat daripada karenah Fatin Elina, satu senyuman terukir di wajah Irfan tanpa dia sedar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience