6

Romance Series 13750

Setibanya di depan bilik pengarah hospital tersebut, jantung Fatin Elina tidak berhenti berdegup kencang. Walaupun pada luarannya nampak tidak kesah tetapi dia seorang yang sangat penakut. Setiausaha mengetuk pintu dan terdengar sahutan dari dalam. Apabila mereka masuk ke dalam pejabat tersebut, mereka mendapati bahawa kerusi membelakangi mereka.

"Assalamualaikum, Encik." Fatin Elina memberi salam dan disambut dengan baik. 'Aik, macam kenal je suara ni.' Kata Fatin Elina dalam hati. Pada masa yang sama juga kerusi yang diduduki pengarah tersebut berpusing untuk menghadapi mereka. Satu senyuman memerli diberikan manakala Fatin Elina sudah ternganga luas.

Setelah Fatin Elina tersedar dari ketidak kepercayaannya itu, dia menyilang tangan. "Kau buat apa di sini?" Tanya Fatin dengan nada yang tidak berperasaan. Arif hanya melihat Fatin dengan muka yang pelik. Apa tidaknya, sebelum ini baginya Fatin ialah orang yang selalu menghormati orang lain kecuali kepada manusia yang telah menyakitkan hatinya. 'Apa yang menyebabkan Kak Fatin menggunakan perkataan kau?' Itulah persoalan yang bermain di minda Arif tetapi didiamkan sahaja apabila lelaki yang duduk di kerusi dan dikenali sebagai pengarah hospital ini mula bersuara.

"Kenapa, salah ke kalau saya ada di sini? Lagipun saya anak kepada pengarah hospital ni." Kata Irfan Iskandar sambil memusingkan kerusi ke kiri dan ke kanan. Perbuatan sambil lewa Irfan Iskandar membuatkan Fatin Elina berasa sakit hati. Dia sebenarnya tidak kesah tapi disebabkan masa yang dia ada semakin suntuk kerana dia mempunyai kes baru lagi.

"Memang la tak salah. Tapi, masalahnya di sini, bukankah sepatutnya kami jumpa dengan pengarah hospital ni. Encik entah apa nama mu." Kata Fatin Elina menahan geram.

"Well first, nama saya Irfan Iskandar and awak mesti ingat tu. Second, my dad is not here so,, lebih kurang saya yang berkuasa di sini dan kalau ada apa- apa yang berlaku dekat sini, saya perlu tahu. Jadi, cik Fatin or inspektor Fatin, can you tell me what happened before?" Senyuman memerli Irfan masih lagi tidak lepas.

Fatin hanya mengeluh perlahan. "First, I don't even care what's your name. Second, yaa, memang kami sangat cuai and saya dari pihak anggota polis yang bertugas ingin memohon maaf dengan segala yang berlaku and kami ambil tindakan yang secepat mungkin dan terbukti tiada sesiapa yang tercedera walaupun itu akan tinggalkan kesan trauma kepada sesetengah pesakit, tapi bukankah itu tugas anda Mr.doktor." Fatin memandangnya dengan tajam.

Irfan terdiam seketika, dia tidak tahu hendak ketawa atau marah. Ini adalah pertama kalinya dia berjumpa seseorang yang begini. "Okay, nampaknya awak dah minta maaf walaupun awak tak jelaskan semuanya."

'Argh.. mahu jelaskan apa lagi. Sudah terang-terang kau ada di situ and kau pun nampak apa yang berlaku.' Fatin Elina hanya menahan rasa kegeramannya dalam hati.

"Tapi lebih bagus awak mknta maaf kepada semua yang terlibat tadi." sambung Irfan lagi.

"Baiklah, mr. doktor. Kami akan minta maaf sekarang juga. Thanks." tanpa memperdulikan Irfan, Fatin terus berlalu pergi diikuti dengan Arif yang masih kebingungan.

"Inspektor Fatin,,,,,,, Fatin,,,,,,, Heh.. What a strange but interesting girl." Irfan hanya memandang pintu yang bertutup sambil senyumannya masih tidak lekang dari bibir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience