10

Romance Series 13750

Pada Hari ini, Irfan bertemu dengan kawan perempuannya yang telah lama dia tidak berjumpa. Mereka berbual sementara menunggu lagi kawan mereka yang lain. Irfan menoleh kerana dia merasakan seseorang sedang memerhatikan mereka, dia berasa sangat terkejut apabila dia ternampak Fatin Elina berdiri memandangnya. Fatin dengan segera berlalu pergi apabila menyedari Irfan memandangnya. Irfan berasa sangat risau kerana dari segi riak wajah Fatin, dia telah salah faham dengan keadaan tersebut. Irfan tidak tahu kenapa dia ingin mengejar perempuan tersebut dan menjelaskan segalanya.

"Lina, sorry. I need to go right now. There's an emergency." Irfan berlalu pergi sebelum Lina iaitu kawan Irfan sempat memberi kata balas.

Fatin berasa fokusnya terlari sedikit apabila dia nampak kejadian tadi. Dia merasakan sukar untuk bernafas apabila ternampak senyuman Irfan dengan perempuan tadi. Dia mula mengambil tempat yang bertentangan dengan suspek tersebut untuk memerhatikan keadaan.

Irfan sedang mencari Fatin dan dia ternampaknya di satu sudut seperti memerhatikan seseorang. 'Apa yang dia buat di situ? Siapa yang dia tunggu? Dia keluar dengan siapa?' Soalan tersebut berlegar-legar di fikiran Irfan. Dia mula bergerak ke arah Fatin dan menegurnya.

"Emmm,, hai Fatin. Lama tak jumpa. Awak buat apa dekat sini. Awak tak kerja? Macam mana dengan tangkap penj....." Kata-kata Irfan tiba-tiba disekat oleh Fatin.

"A- Awak, lama tak jumpa. Awak buat apa dekat sini. Duduklah." Fatin Elina cuba untuk memberikan senyuman yang bermakna sambil mata Fatin melirik ke arah suspek tersebut kepada Irfan dan dia berasa lega apabila Irfan memahami maksudnya. Deringan telefon bimbit Fatin berdering dan dia menyambutnya.

"Apa sudah jadi ni, Fatin. Kenapa Irfan ada di sini?" Suara Encik Kharul separuh berbisik meminta penjelasan.

Fatin Elina memandang ke arah Encik Khairul. "Sorry Tuan, saya pun tak tahu. Jangan risau, saya akan selesaikan masalah ni."

"Kamu kena ingat, jangan libatkan operasi ni dengan orang awam." Encik Khairul memberi amaran.

"Baik Tuan.." Fatin menamatkan panggilannya dengan satu keluhan yang sangat berat. Dia memandang wajah Irfan yang sedang menunggu jawapan. Dia mengeluh lagi sekali.

"Sorry, Irfan. You need to go now. Kami sekarang ni jalankan operasi dan benda ni sangat penting" Dia menaip di telefonnya dan memberikan telefon tersebut ke arah Irfan. Irfan mengangguk tanda faham dan mula untuk berlalu pergi.

Fatin Elina ternampak suspek tersebut berperangai pelik. Dia memandang sekilas kepada Encik Khairul yang memberikan anggukkan kepadanya. Mereka segera beraksi apabila memastikan dapat bukti yang kukuh.

"Jangan bergerak! Kami polis!" Encik Khairul memberi amaran kepada suspek tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience