7

Romance Series 13750

Setelah puas meminta maaf dengan semua yang terlibat di hospital, Fatin dan Arif dengan segera pergi balik ke balai. "Kak Fatin, macam mana ni. Confirm tuan akan marah." Arid memandang Fatin Elina sekilas yang duduk di kerusi penumpang.

"Nak buat macam mana lagi, terpaksa la tadah telinga seja.." Fatin pun buntu hendak buat apa supaya tuannya tidak memarahinya.

Sesampainya mereka di balai, mereka terus dipanggil untuk datang ke unit bilik mereka yang berada di hujung sekali. Setiap kali mereka berlalu dengan pegawai yang lain, setiap kali itulah mereka akan ditegur atau ditepuk bahu menyuruh mereka supaya bersabar.

Sesampainya mereka di bilik, mereka disuruh duduk dan bermulalah aktiviti ceramah oleh tuan mereka. Begitulah ceramah a.k.a bebelan itu berlangsung selama 1 jam.

"Kenapa kamu blah, blah ,blah... Lain kali kamu blah, blah, blah... Kamu tak sepatutnya blah, blah,blah...." Itulah seja Fatin Elina dengar dari bebelan tersebut sehingga tamat. Apibila Fatin bangun dari tempat duduk, dia melihat Arif yang berada di sebelahnya sudah hampir pucat lesu. Dia hampir ketawa tapi ditahannya sahaja kalau tidak confirm kena sambung bebel 1jam lagi.

Setelah mereka duduk di tempat masing-masing, mereka buat hal sendiri, Arif dengan rasa traumanya dan Fatin mula memeriksa kes-kes yang sebelum ini. Dia dapat rasakan kes ini pelik dan dia yakin yang kes tersebut saling berkait.

"Awak okay?" Tanya Fatin separuh berbisikrisau akan keadaan Arif yang masih lagi terganggu. Arif hanya mengangguk dengan lemah.

"Awak janganlah risau. Awak hanya perlu ambil yang positif seja dari ceramah tadi tu. Lagipun benda sudah jadi, apa boleh buat. Kita hanya perlu jalaninya dengan redha, maybe ada hikmahnya dalam semua ni." Terang Fatin cuba untuk memujuk Arif. Sebagai senior kepada juniornya, dia perlulah menunjukkan sikap yang positif.

"Kak Fatin dah lamakan kerja dekat sini?" Tanya Arif kembali pulih semangatnya.

"Tak lama la juga. Baru tiga tahun." Arif hanya mengangguk tanda faham.

Dalam unit mereka mempunyai 5 ahli dalam satu kumpulan. Ia terdiri dari Encik Khairul a.k.a Tuan atau bos mereka, Muhammad Haziq Putra a.k.a abang Haziq pakar dalam menangkap penjenayah, Ashraf Zulkifli a.k.a Ash pakar dalam teknologi, Arif Adnan a.k.a Arif @Junior pakar dalam merancang strategi dan Fatin Elina a.k.a Fatin hanya gadis biasa. Hihi...?? Walaupun hanya dia seorang sahaja perempuan, dia tidak pernah menunjukkan kelemahannya. Dia juga banyak menyumbang kepada pasukannya sendiri sehingga pernah di anugerahkan sebagai pegawai polis wanita yang terbaik.

"Nampaknya semangat kamu sudah kembali pulih, jadi... jom, kita pergi untuk kes yang seterusnya." Ajak Fatin Elina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience