26

Romance Series 13750

'Girlfriend? Girlfriend? Maksud dalam bahasa melayu teman wanita? atau kawan perempuan? Girlfriend mana yang dia maksudkan? Kalau dalam bahasa Korea pula maksudnya...' Lamunan Fatin terberhenti apabila dia merasakan sesuatu yang sejuk di pipinya.

"Here.." Irfan memberikan minuman kepada Fatin. Dia yakin bahawa Fatin tengah memikirkan sesuatu kerana Fatin hampir sahaja melanggar pintu lift sebelum sempat terbuka luas.

Keadaan antara mereka berdua sunyi dan tenang buat seketika apabila Fatin mula bersuara.

"Uhm,, awak tahu.."

Irfan mengalihkan sedikit badannya ke arah Fatin dengan wajah yang sedia mendengar.

"Uhm,, tentang apa yang awak cakap tadi." Sambung Fatin.

"About what? Tentang awak takutkan hantu?" Sengih Irfan

Fatin memandang Irfan dengan tajam. Irfan hanya ketawa kecil.

"Okay-okay. Saya sedar dengan apa yang saya cakap tadi. Kenapa, awak tak suka? I thought that since awak suka saya." Irfan mengenyitkan mata dan Fatin menayangkan muka menyampahnya. "Hehe, dan saya pun suka dengan awak. Apa salahnya kuta jadi couple. Bukan begitu?"

Fatin hanya mendiamkan diri untuk berfikir lalu menganggukkan kepala.

Irfan tersenyum apabila Fatin mengiakannya. "Then today will be our first day."

Fatin memandang ke arah Irfan. "Well, let us cheer for our first day." Fatin mengangkat tin minumannya lalu Irfan membuat benda yang sama.

Mereka bercerita sepanjang malam apabila Fatin ingin meminta diri untuk balik ke bilik kerana terlalu mengantuk. Irfan menghantar Fatin sehingga depan pintu biliknya.

"Well, jumpa lagi nanti?" Irfan bertanya

Fatin hanya mengangguk. "Chat nanti bila sampai rumah."

Irfan mengangguk dan mengucapkan selamat tinggal. Mereka masing-masing berpisah. Pada malam itu, mereka bermimpikan masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience