9

Romance Series 13750

Operasi itu mula di jalankan apabila suspek tersebut masuk ke dalam hotel. Encik Khairul dan Haziq telah siap sedia di dalam Hotel tersebut. Pengurus hotel tersebut juga bekerjasama dengan pihak polis dalam operasi tersebut. Manakala, Fatin dan Arif memulakan lakonan mereka sambil mengekori suspek tersebut ke dalam.
"Kak, tiba-tiba sakit la pula perut Arif ni." Arif yang berkerut dahinya Cuba menahan sakit.

"Kenapa pula sekarang. Sudahlah, kamu pergilah ke tandas. Akak tunggu dekat restoran." Fatin yang berasa risau membenarkan Arif ke tandas.

"Betul ke ni kak?" Arif memastikan lagi. Fatin hanya mengangguk lalu memberitahu keadaan pada Encik Khairul.

Apabila Fatin memasuki restoran tersebut, dia ternampak Irfan berbual dengan seorang perempuan. Buat seketika, Fatin terasa nafasnya sesak. Dia tersedar apabila Arif memandangnya semula dengan riak yang terkejut lalu dia dengan segera pergi ke tempat duduknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience