27

Romance Series 13750

Fatin pulang ke rumah apabila menjelang pagi kerana Arif dan seorang pegawai wanita telah datang untuk menggantikan tugasnya. Fatin singgah ke balai dahulu untuk mengambil sesuatu sebelum menuju ke hospital. Sesampainya di parking kereta, Fatin ternampak Irfan di dalam keretanya bersama seorang perempuan yang merawatnya kemarin. Mereka bersama-sama memasuki bangunan hospital tersebut. Fatin turut mengekori dari belakang kerana dia sangat ingin tahu tentang hubungan mereka. Sesampainya mereka di ruang lobi, ramai mata-mata memerhatikan mereka.

"As always, mereka nampak serasi betul." terdengar satu bisikan dari nurse yang berada di kaunter pertanyaan.

"Betul-betul. Dua-dua handsome dan cantik. Sama padan, cocok benar." Sambut satu nurse lagi.

"Tapi kenapa sampai sekarang mereka tidak sama-sama?" Tanya seorang nurse

Fatin mendekati ke kaunter pertanyaan untuk mendengar lebih lanjut.

"Mungkin mereka tidak mahu putuskan hubungan yang mereka ada tu..." teka nurse yang pertama.

"Yup, mereka sudah berkawan lama dan ayah mereka berdua juga saling berkenalan. Saya juga rasa yang mereka tidak mahu berpasangan sebab yang sama. Cuba bayangkan mereka putus nanti, mesti sedih tu." Jawab nurse yang kedua.

"Jangan nak mengarutlah, saya pernah nampak Doktor Melisa cuba nak tackle Doktor Irfan tapi Doktor Irfan buat tak layan langsung." Jawab nurse yang tiba-tiba menyampuk. Clay yang kebetulan berada di situ cuba membetulkan salah faham, bukan salah faham antara nurse tu tapi salah faham antara Fatin tetapi Fatin tidak lagi mendengar apa-apa dan berlalu pergi dengan muka yang sedih.

Clay yang nampak reaksi muka Fatin hanya mampu mengeluh. 'Irfan, you were in big trouble now.' Kata Clay dalam hati.

Fatin berjalan memasuki wad pesakit tetapi dihalang oleh Arif yang tercungap-cungap.

"Kak, Kak Fatin. P-Perempuan tu. H-Hilang."

Fatin yang dari tadi di alam lain tersedar lalu, "Apa?! Apa maksud kamu hilang?" Kata Fatin cuba untuk mencari anak mata Arif yang kini melilau di setiap tempat untuk mencari kelibat perempuan tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience