1

Romance Series 13750

Siren berbunyi dengan kuatnya until menandakan kecemasan berlaku. Kereta- kereta memberi laluan kepada kenderaan polis dan ambulans. Setelah sampai di Hospital Shah Ali. Para jururawat bergegas untuk menghulurkan bantuan kepada pesakit. Ini adalah kali pertama aku ditugaskan untuk menghantar pesakit ke hospital. Suasananya berbeza sekali berbanding melawat pesakit dk hopital. Walaupun dalam keadaan yang huru-hara , mereka dapat mengaturnya dengan baik. Perasaan bercampur baur tetapi tugasan tetap dijalankan. Aku mengikuti salah satu nurse yang bertugas di situ until merawat penjenayah yang telah tercedera semasa kejadian aksi kejar mengejar . Penjenayah tersebut tidak cedera parah dan hanya cedera di kepala sahaja. Tetapi, kemalangan tersebut telah menyebabkan beberapa orang awam mengalami kecederaan serius.

"Arif, tolong jaga dia sekejap. Saya nak isi borang dulu." Arif memberi tabik hormat menandakan dia mengikut arahan.

Ketika berada di kaunter, tiba- tiba aku terdengar orang menjerit dari arah tempat penjenayah tadi. Aku terus pergi ke arah tersebut kerana tidak berasa sedap hati dan jangkaan tepat sekali kerana aku ternampak penjenayah tersebut memegang batang besi. Seorang budak telah dijadikannya tebusan. Budak itu meronta- ronta meminta bantuan. Ibu budak tersebut merayu untuk melepaskan anaknya.

"Kau diam sana! Kalau ada sesiapa cuba datang dekat, aku bunuh budak ni!" Ugut penjenayah it mulai hilang sabar akibat daripada bunyi bising.

Aku melihat Arif berada dalam keadaan yang bingung dan gelisah. Aku segera pergi ke tempatnya. Dia buat muka rasa bersalah apabila ternampak aku. "Kak Fatin, macam mana ni. Saya tidak sengaja megalihkan tumpuan ke arah lain."

"Sabar Arif. Sekarang ni, kita selamatkan dulu budak tu. Awak pergi alihkan tumpuannya, sementara saya cari cara untuk selamatkan budak tu." Aku memberi arahan dengan segera. Arif hanya mengangguk tanda faham. Dia berjalan mendekati penjenayah tersebut manakala aku berjalan ingin mendekati budak tersebut Tiba- tiba, aku terlanggar seseorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience