17

Romance Series 13750

Sesampainya Irfan di rumah, dia dengan segera mengecas handphonenya dan menelofon Fatin dengan menggunakan telefon di rumahnya. Dia menunggu seketika tetapi tiada jawapan. Dia menelefon beberapa kali tetapi masih lagi tiada. Akhirnya, dia mengambil keputudan untuk mandi dahulu kerana badannya terasa melekit.

Fatin menguap beberapa kali kerana taklimat yang dijalankan berasa bosan sekali. Dia cuba mengeluarkan handphonenya tetapi dia teringat yang dia tertinggal di meja nya... Fatin mengeluh sambil meletakkan kepalanya di atas meja.. Perbuatannya itu telah diperhatikan oleh semua orang.

"Inspektor Fatin, ada masalahka dengan taklimat saya ini." Ketua jabatan menegur Fatin yang dengan segera berdiri dengan tegak..

"Tidak Tuan,, maafkan saya." Fatin segera meminta maaf sambil tabik hormat. Semua orang ketawa dengan perangai nya... Fatin segera ditarik duduk oleh Arif.. Muka Fatin terus merona kemerahan..

Selesai sahaja taklimat tersebut, Fatin dengan segera pergi ke mejanya untuk mendapatkan handphonenya... Dia mendapati beberapa panggilan masuk dari nombor yang tidak dikenali... Dia cuba memanggilnya semula tetapi sia-sia..

Handphone Irfan berhenti berdering apabila dia selesai mandi.. Tertera nama Fatin di handphonenya.. Dia segera memanggil semula dan akhirnya berjaya disambung...

"Hello,, Inspektor Fatin?" Irfan memulakan perbualan...

"Hello,, ya saya.. boleh saya tahu siapa yang bercakap?" tanya Fatin dengan sopannya..

"Oh ya,, saya Doktor Irfan... Nurse dekat hospital tu yg bagi tahu yang inspektor cari saya... Boleh saya tahu kenapa?" Jelas Irfan... Panggilan dari sebelah sana sunyi... "Hello,, Ins. Fatin... Can you hear me??"

"Uh... Uh yeah... Se.. sebenarnya,, saya nak tanya pasal tangan Doktor... Dah ok ke belum..." Kata Fatin dengan tersekat-sekat...

Irfan cuba menahan ketawa tetapi senyuman dibibir tidak dapat ditahan... 'comel' perkataan itu tiba-tiba sahaja terdetik di hati Irfan.. Irfan tersedar sebentar dan cuba untuk berfikir balik apa yang dia sebut sebentar tadi...

"Hello,, doktor?? Are you still there??" giliran Fatin la pula yang menegurnya...

"Ye.. yeah.. of course I'm alright.. Tapi itu seja Ins. nak tanya.. Tiada nak belanja minum ka... mango2x?? Boleh tahan sakit juga la... Sudah seminggu tapi masih lagi ada rasa kebasnya.. Kalau kerja ringan boleh la buat tapi kalau yang berat punya memang susah..." pancing Irfan sekadar jenaka..

Fatin sudah mula rasa bersalah... "Ok,, ok... Tolong jangan bagi saya rasa bersalah lagi... How about this evening... Saya akan belanja Doktor... Jumpa dekat Secret Recepi..." Fatin cuba melihat balik jadualnya...

"Emmm,, apa kata daripada jumpa dekat sana,, bagus saya datang jemput Ins. .." Irfan cuba memberi cadangan...

"Tak pa la... Lagipun saya ada bawa kereta.. Lagipun nanti menyusahkan doktor la pula.." Fatin cuba menolak...

"Tiada la,, tidak menyusahkan langsung... Pasal kereta tu nantk bila balik baru kita singgah dekat sana balik.. Ok??" suara Irfan sedikit memujuk... Fatin diam sebentar untuk berfikir...

"Okay la kalau begitu.. Dalam jam 4 begitu saya habis kerja.."

"Okay,, jumpa nanti.. bye..." Irfan melompat keriangan...

"Okay,, bye.." kedua- dua mereka mematikan panggilan...

"Siapa telefon tu Fatin.. Boyfriend ke..." Sarjan Kamal menyoal..

"Huhh,, tak la.. mengarut je abang Kamal ni... Dia cuma orang yang saya terhutang budi la... Tak de maknanya nak boyfriend bagai.." Fatin menafikannya..

"Oooooh,, budak yang tolong kamu hari tu??" abang Haziq tiba-tiba menyampuk.. Fatin hanya sekadar mengangguk.. Dia tidak begitu layan perbualan antara abang Haziq dan Kamal sebab dia ingin menyiapkan segala kerjanya yang tertangguh...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience