15

Romance Series 13750

Irfan melompat keriangan dan apabila dia sedar akan tindakannya itu, dia segera berdehem dan membetulkan gayanya. Dia dengan segera mengeluarkan handphonenya dari poket Dan menaip nombor tersebut. Apabila dia hendak menekan butang telefon dia berhenti seketika lalu melihat jam tangan. Dia segera mengeluh kerana jarum telah menunjukkan jam 2:45 am. Dia terus mengalihkan jarinya ke butang 'save number' dan dia menaip nama di situ. Dia meletakkan hanphone nya di atas meja dan kembali duduk. Dia mengetuk meja dan memikirkan sesuatu sehingga dia tertidur.

Fatin bangun seperti biasa untuk sembahyang subuh. Selesai sahaja dia sembahyang, dia memeriksa telefonnya jika ada yang menelefonnya tetapi malangnya tiada. Dia turun ke bawah untuk membuat sarapan. Dia hanya tinggal bersendirian di rumah tersebut. Walaupun dia tinggal bersendirian, dia sudah biasa untuk masak sarapan pagi untuk dirinya sendiri sebelum datang ke balai berbanding makan di luar. Apabila dia selesai memasak, dia lagi sekali memeriksa telefonya dan seperti biasa, tiada panggilan masuk. Fatin mengeluh seketika dan tersedar akan perbuatannya itu. Fatin menggelengkan kepalanya, "What am I sad about, baru ja kelmarin aku bagi nombor ku and nurse tu sendiri cakap yang dia selalunya outstation selama sebulan, memang patutlah dia tiada telefon. Don't be ridiculous Fatin. Keep calm." Dia meletakkan hanphonenya di atas meja dan segera pergi ke bilik untuk mengambil tuala dan mandi. Setelah selesai mandi, pakai baju, dan makan, dia pergi ke kerja nya. Tanpa disedarinya, dia selalu memeriksa hanphone nya sambil membuat kerja.

"Apa kamu buat tu Fatin, balik-balik tengok handphone tu. Cuba tentukan dulu nak buat kerja atau tengok handphone." Tegur abang Haziq yang duduk di hadapannya itu dan sedar akan perbuatan Fatin.

Fatin yang tadinya tekun terkejut dengan teguran abang Haziq dan hanya mampu tersengih. "Hihi,, sorry-sorry." Fatin mengangkat tangan tanda minta maaf dan kembali ke kerjanya. Haziq hanya menggeleng- geleng melihat telatah Fatin Elina. Walaupun Fatin Elina seoeang yang tekun dan matang dalam menyelesaikan kerjanya tetapi dia tahu yang Fatin seorang yang lebih kepada manja, nakal dan pada masa yang sama kadang kala cuai. Banyak kali juga Fatin hampir sahaja terlanggar benda seperti meja, kerusi atau pintu apabila memikirkan satu masalah ketika berjalan dan pernah juga dia terkena sehingga merah kepalanya terlanggar pintu yang sedang tertutup. Haziq tahu yang apabila Fatin akan berlegar-legar di balai tersebut untuk berfikir. Dia pernah sekali tanya pada Fatin. "Fatin, tak bolehkah kalu berfikir tu duduk seja?"

Fatin yang sedang menggosok kepala bekas terhantuk itu dengan minyak kapak mengangkat satu jari dan menghayunkannya lalu berkata, " No, no way, bila duduk seja otak tidak akan berfungsi soooo,, terpaksa berjalan. Lagipun baru kali ni terhantuk, sebelum ni tak pernah pun." Kata Fatin dengan bangga.

Haziq mengetuk kepala Fatin dengan perlahan "Itu sebab orang dekat balai ni yang tolong clearkan kamu punya jalan, kalau tidak dah lama kamu sudah tersembam atas lantai." Haziq menjelaskan situasi yang sebenar. Memang benar yang orang dekat balai ini yang selalunya tolong dalam hal ini kerana mereka tahu yang perangai sebenar Fatin Elina.

(Kembali semula)
"Abang renung apa tu, ingat kat Kak Intan ke..." Fatin menyakatnya apabila dia ternampak abang Haziq mengelamun.

Haziq terkejut dengan teguran Fatin dan membetulkan keadaannya. "Kamu jangan mengarut sana, baru je tadi pagi abang jumpa akak intan kamu."

"Hmmmm,, ialah.. itu kan pagi,, tengahari lagi??" Fatin ketawa apabila melihat muka masam Haziq. Kak Intan ialah isteri Haziq dan baru sebulan lebih mereka kahwin dan selama sebulan juga Fatin dan team nya menyakat Haziq. 'Welll,,, pengantin baru lah katakan..' Mereka seperti sebuah keluar juga. Fatin kembali membuat kerjanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience