20

Romance Series 13750

Irfan tekun memandang rekod-rekod pesakitnya. Kebanyakan pesakit yang dijaganya kembali pulih seperti biasa. Apabila rekod pesakitnya menunjukkan keputisan positif, dia berasa gembira kerana dapat membantu. Telefonnya berdering apabila dia berdiri untuk mengambil air. Jantungnya berdebar setiap kali panggilan masuk.

"Doktor, new patient is coming."

"Okay, on my way." Niatnya untuk mengambil air tertunda apabila panggilan masuk menandakan pesakit masuk. Dia segera mengambil kotnya dan meluru keluar.

Apabila Irfan ke ruang kecemasan, dia ternampak Arif dan seorang lelaki yang dia pernah nampak dalam instagram Fatin. Haziq, rakan sekerja Fatin yang pernah diceritakan.

"Arif." Irfan menegurnya.

"Abang Is." Tegur Arif kelihatan cemas.

Irfan dengan segera memeriksa pesakit yang baru masuk itu. Perempuan tersebut tidak cedera parah dan hanya perlu dirawat lukanya di kaki dan di kepala. Dia menerangkan keadaan pesakit tersebut ke arah Haziq. Dia tidak nampak Arif sejak dari tadi lagi menghilang setelah bertegur sapa. Haziq hanya mengangguk sahaja.

"Doktor Irfan, boleh saya gari dia. Dia salah satu keldai dadah yang kami tangkap." Kata Haziq dengan suara yang perlahan

Irfan memandang sekilas ke arah perempuan tersebut dan hanya mengangguk. Dia cuba memahami situasi yang di alami sekarang. "Then I will close the curtain." sambung Irfan.

"By the way, um, Fatin ada?" Dia dari tadi hendak bertanya soalan tersebut tetapi disebabkan kerjanya dia perlu menahan diri.

"Oh, tentang Fatin.." Haziq mengalihkan pandangannya ke arah lain. Mukanya menunjukkan riak risau.

Irfan yang melihat riaksi Haziq mula rasa cemas. Dalam kepalanya mula berfikir yang bukan-bukan. Dia berdoa supaya tiada terjadi apa-apa kepada Fatin.

"Where is she?" Muka Irfan serius memandang.

Haziq menunjukkan ke arah tempat Fatin berada. Irfan dengan segera berlari anak ke ruang yang Fatin yang berada tidak jauh dari situ. Dia ternampak Arif keluar dari ruang tersebut. Arif cuba menegur Irfan tetapi tidak diendahkan apabila Irfan meluru melimpasinya. Irfan menyelak langsir dan ternampak Fatin yang sedang senyum dengan seorang lelaki yang dipercayai rakan sekerja Fatin.

"Fatin..." Panggil Irfan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience