29

Romance Series 13750

Semua orang yang berada di lobi tersebut terdiam seketika sebelum satu suara terdengar berteriak. Pada saat itu juga semua orang terdengar dan berlari bertempiaran. Irfan yang ternampak situasi itu cuba melepasi semua orang untuk pergi ke tempat Fatin yang terduduk di atas lantai di hadapan perempuan bertopi itu.

Fatin cuba untuk memberhentikan pendarahan di badan perempuan itu. Van yang berada di depan hospital itu berlalu pergi. Abang Haziq dan Encik Khairul yang baru sahaja sampai terkejut dengan situasi itu. Fatin melihat ke arah seseorang yang melepaskan tembakan tersebut. "N-Najwa?" Pegawai wanita yang seharusnya menjaga perempuan di hadapannya ini kini mengacukan pistol ke arah mereka. Fatin dengan segera melindungi perempuan yang cedera itu tetapi ada bayangan yang lebih besar berada di hadapannya.

"Irfan?" Fatin memandang ke arah Irfan yang kini berada di hadapannya, cuba untuk melindunginya.

"Don't move." Kata Irfan kepada Fatin.

"Apa yang cuba kau lakukan?" Fatin berkata keras cuba untuk bergerak.

"I said don't move. I will protect you." Kata Irfan penuh yakin. Pada saat ini, dia hanya memikirkan untuk melindungi Fatin dari wanita berpistol.

Najwa tidak tahu hendak berbuat apa-apa apabila target yang sepatutnya dia tembak kini dihalang oleh doktor di hadapannya.

"Don't be stupid." Fatin menarik baju Irfan kebelakang membuatkan Irfan terduduk. "Itu tugas aku, kau perlu buat apa yang kau perlu buat sekarang. Rawat dia!!" Kata Fatin kegeraman.

"Tapi.." Pandangan Irfan tidak lari dari wanita yang memegang pistol itu.

"Irfan Iskandar!" Fatin memotong kata-kata Irfan. Akhirnya Irfan memalingkan wajahnya dan memandang Fatin. Dia memandang silih berganti dan akhirnya membuat keputusan untuk merawat wanita yang ditembak tadi.

"Dia perlu dimasukkan ke bilik pembedahan dengan segera. Kalau tidak dia akan mati akibat kekurangan darah." Jelas Irfan dengan serius.

"Okay. Focus on your job, no matter what happen. Pastikan awak rawat dia." Tegas Fatin. Irfan merenung ke dalam mata Fatin dan akhirnya mengalah lalu menganggukkan kepala.

Fatin yang mendapat persetujuan Irfan dengan segera memikirkan rancangan untuk menangkap Najwa. Kemudian, Fatin ternampak Haziq berada di belakang Najwa. Haziq memberikan isyarat dan Fatin mengangguk. Haziq memegang tangan Najwa supaya tangannya terkunci. Fatin dengan segera bergerak meluru untuk melepaskan pistol yang berada di tangan Najwa. 'Banggggg!!!'

Satu lagi tembakan kedengaran. "Fatin!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience