11

Romance Series 13750

Semasa Irfan berlalu pergi, dia berasa tidak sedap hati untuk meninggalkan Fatin di dalam. Dia tahu dia tidak sepatutnya masuk campur dalam operasi tersebut tetapi kakinya tetap tidak mahu berganjak. Dia mengambil keputusan untuk berpatah balik dan melihat operasi tersebut.

Dalam perjalanan ke ruang restoran itu semula, Irfan terdengar bunyi bising yang menambahkan lagi kerisauannya. Dia segera berlari menuju ke arah ruang restoran tersebut dan dia ternampak Fatin terduduk di atas lantai kelihatan pening. Di belakang Fatin pula, seseorang dengan pisau ingin menikamnya. Irfan dengan segera pergi ke arah Fatin untuk menghalang orang tersebut.

Kekecohan telah bermula apabila Encik Khairul memberi amaran. Tugas Fatin ialah menangkap perempuan tersebut tetapi lelaki yang bekerjasama cuba menghalangnya dengan memukulnya di belakang. Fatin terjatuh dan cuba untuk bangun semula tetapi kepalanya terasa betul-betul pening. Apabila dia sudah kembali stabil, dia ingin bangun tetapi dia ternampak Irfan telah menghalang lelaki tersebut dark terus menikamnya. Lengan Irfan berdarah akibat daripada terkena pisau tersebut. Akhirnya, Haziq datang membantu Dan lelaki tersebut telah ditangkap. Fatin segera bangun dan pergi ke arah Irfan.

"Irfan, are you okay?" Fatin kelihatan gelisah sekali sehingga tangannya bergeletar. Jantung Fatin seperti hendak tercabut apabila melihat darah tersebut. Dia cuba memberhentikan darah tersebut dengan Kain napkin.

Melihat dari wajah Fatin, Irfan berasa simpati dan tidak sampai hati untuk memerlinya. "I'm okay Fatin. Don't worry." Irfan bersuara dengan lembut. Pada saat itu, terasa seperti bunga-bunga cinta mula berputik tetapi dihalang oleh suara garau Encik Khairul.

"Apa yang kamu buat ni Irfan! Masuk campur dalam operasi ini. Kamu tahu tak benda ni bahaya." Muka Encik Khairul marah bercampur risau melihat keadaan Irfan.. Apa tidaknya, Irfan ialah seperti anaknya sendiri kerana ayah Irfan dan Encik Khairul telah berkawan dari sekolah rendah lagi.

"Tuan..." Fatin ingin mencelah tetapi dihalang oleh Encik Khairul.

"Kamu juga Fatin, saya tahu yang kamu dari awal lagi tidak memberi perhatian sepenuhnya terhadap operasi ini. Saya sudah beritahu yang kes in sangat penting. Kamu nak saya gantung kerja kamu?." Encik Khairul sambung lagi. Melihat dari segi riak muka Fatin membuatkan Irfan bersuara.

"Uncle, sorry sebab ganggu dengan operasi ni, tapi saya tak boleh biarkan dia cedera. W- What I mean is, even thought other person was in her situation, I will also help them.. That's what a doctor supposed to do.. It's not her fault or what." Irfan menjelaskan supaya Fatin tidak digantung kerja.

Encik Khairul menggaru kepala yang tidak gatal. Dia juga memikirkan tentang keadaan Arif. Dia tahu benda sebegitu tidak dapat dielakkan but he should be alert about his problem..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience