23

Romance Series 13750

Fatin masih lagi memandang ke arah langsir yang memisahkan dia dengan suasana luar. Senyuman Irfan masih lagi jelas diingatan. Suaranya yang lembut mengatakan ungkapan cinta itu masih lagi terngiang ngiang di telinga.

Fatin menepuk pipi lalu mencubitnya. Rasa sakit di pipi menandakan dia tidak bermimpi. Fatim menutup mukanya dengan kedua-dua belah tangannya lalu menjerit kecil. Kakinya ditendang-tendang tanda gembira.

"Oh my god" hanya tiga perkataan itu sahaja yang dapat dikeluarkan.

Pada malam itu, Fatin bertugas untuk menjaga wanita yang ditangkap oleh pasukannya pagi tadi. Walaupun dihalang oleh pasukannya, Fatin tetap dengan keras kepalanya. Dia ingin memastikan wanita itu tidak terlepas kerana wanita itu memegang kunci terpenting untuk menangkap kes dadah yang berleluasa. Katilnya ditempatkan bersebelahan dengan katil wanita itu.

Jam menunjukkan 1:25 am, Fatin berasa haus tetapi jug yang terletak bersebelahan katilnya kosong. Fatin mula bangun dari baringnya untuk bergerak membeli air di tingkat bawah. Fatin berjalan berhati-hati supaya pesakit di dalam bilik tersebut tidak terjaga.

Sesampainya Fatin di satu koridor, dia berhentikan langkahnya lalu berpatah balik ke biliknya. Dia mematikan niatnya untuk turun ke tingkat bawah.

Fatin melihat ke arah jam dan ianya menunjukkan jam 2:15 am. Fatin dari tadi tidak dapat tidur dan dia merasakan amat haus. Fatin sekali lagi melangkah ke luar bilik dan berhenti di satu koridor.

"Gelapnya. Kenapa gelap betul ni? Ramai seja pesakit di hospital ni tapi susah betul mahu tambah lampu." Bebel Fatin ketakutan.

"It's okay Fatin. You can do it. Kau jalan seja terus then naik lift." Fatin mengeluh. "Kenapa ada lift? Kalau guna tangga lagi menakutkan."

"Should I just go back to sleep? Tapi aku betul-betul haus." Fatin bercakap sendiri. "Okay, I should just go back. Ingat seja bila puasa." Fatin telah membuat keputusan lalu berpusing ke belakang. Tiba-tiba, satu lembaga putih berdiri di hadapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience