3

Romance Series 13750

"Kak Fatin, Sorry sebab Arif tinggalkan penjenayah tu. Tadi ada panggilan dari bos dan Arif lupa nak gari." Terang Arif kepada Fatin Elina.
Arif Adnan merupakan junior kepada kumpulan A bahagian siasatan di balai polis Shah Ali. Manakala Fatin Elina ditugaskan untuk mendidik dan menjaga apa yang patut. Fatin hanya mengangguk.

" Lepaskan aku! Aku mesti jumpa juga penipu tu. Penat lelah aku kumpul duit tu untuk beri kepada ibuku. Tapi, dia suka- suka larikan duitku. Aku mesti balas dendam. Aku perlu bunuh dia."

"Habis, kalau kau bunuh tu orang, mama mu gembira." Celahan daripada Fatin Elina membuatkan penjenayah tersebut terdiam. "Kau kena fikir juga apa akan jadi kalau mama mu tahu yang kau masuk lokap. Cubalah sekali- sekali fikir pakai otak." Sambung Fatin Elina. Tangan Fatin Elina berasa sakit akibat daripada pukulan penjenayah tersebut. Dia cuba untuk tidak menunjukkan kesakitannya itu dan beredar dari situ.

Sejak dari tadi lagi Irfan Iskandar memerhatikan gerak-geri seorang perempuan yang dilanggarnya tadi. Dia berasa kagum dengan perempuan itu kerana walaupun badannya kecil tapi tidaklah kecil sangat. Ketinggiannya lebih kurang 160cm tetapi dia berani untuk melawan penjenayah tersebut. Dia melihat seorang lelaki berbual dengan perempuan tersebut.

"So, nama dia Fatin." Kata Irfan Iskandar sambil senyum. Dia mengekori Fatin Elina apabila perempuan tersebut menunjukkan aksi yang tidak berasa selesa dan lebih kepada menahan sakit. Irfan Iskandar berfikir sejenak dan barulah dia teringat yang walaupun dia mahir dalam taekwondo, tidak semestinya perempuan yang kecil begitu dapat menghalang pukulan penjenayah tersebut tanpa mengalami kecederaan. Dia yakin yang tangan Fatin Elina tercedera. Irfan Iskandar segera mendekati Fatin Elina untuk memeriksa lengannya.

Semasa Fatin Elina berjalan di satu koridor, dia merasakan bahawa seseorang telah mengekorinya dari belakang. Dia teringat cerita hantu yang dilihatnya semalam sehingga dia tidak tidur malam akibat daripada terlebih takut. Tiba-tiba seseorang menepuk bahunya dengan perlahan. "Mami!!" Akibat daripada terlebih terkejut, Fatin Elina terduduk sambil menutup mata. Dia mula membaca ayat- ayat al-Quran.

Irfan Iskandar hanya menahan ketawa apabila dia melihat reaksi Fatin Elina. Dia duduk mencangkung di sebelah Fatin Elina Dan sekali lagi cuba untuk menegurnya. " Emmm, Fatin? Awak okay?" Tegur Irfan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience