25

Romance Series 13750

Fatin yang mematikan niatnya untuk membeli air berpusing dan dia ternampak kain putih di hadapannya. Dia ingin berteriak apabila satu jari berada dekat dengan bibirnya dan muka yang dikenalinya di hadapan.

"I-Irfan?"

Irfan mengangguk laju. Kaki Fatin merasa longlai apabila dia sedari kain putih di hadapannya itu hanyalah Irfan. Fatin jatuh terduduk menarik nafas lega. Irfan yang ternampak muka Fatin yang pucat berasa risau. Dia ikut mencangkung di hadapan Fatin.

"Are you okay? Did something happen?" Tanya Irfan.

Fatin menarik nafas untuk menenangkan jantungnya yang hampir tercabut. Fatin memandang Irfan, "Kenapa kau pakai baju putih tengah malam buta ni?" Fatin memarahi Irfan tanpa sebab. Air mata Fatin bergenang dan tunggu masa untuk mengalir sahaja lagi.

Irfan yang berada di hadapan Fatin tidak tahu hendak berbuat apa-apa lalu dia teringat akan sapu tangan yang selalu dia bawa walaupun dia tidak menggunakannya. Ibunya selalu pesan supaya membawa sapu tangan. Setiap kali disuruh, setiap kali itu lah juga dia akan bertanya untuk apa tetapi dijawab oleh ibunya hanyalah, 'Bila masanya akan datang, Is akan tau juga nanti.' dan sekarang barulah dia faham.

"Sorry.." Irfan mengelap air mata Fatin yang kian jatuh dengan sapu tangan tanpa menyentuhnya langsung. Dia yakin yang Fatin pasti tidak menyukainya juga kerana dia ingat pertama kali mereka berjumpa Fatin memarahinya.

Fatin terkedu dengan tindakan Irfan. Dia hanya memandang wajah yang penuh kerisauan Irfan yang berhati-hati mengelap air matanya. Jantung Fatin kembali berdegup. Kali ini bukan disebabkan takut tetapi sekali dengan rama-rama keluar. Dia dengan segera melarikan pandangan ke arah lain dan berdehem apabila dia teringat akan luahan cinta Irfan tadi.

Irfan yang fokus mengelap air mata Fatin terjeda seketika apabila Fatin mengalihkan kepalanya ke arah lain. Dia ternampak pipi Fatin merona merah. Irfan hanya memandang Fatin dan satu senyuman nakal terukir di bibir Irfan.

"Are you scared of ghost?" Irfan mengutarakan soalan. Dia teringat kali pertama mereka berjumpa, Fatin juga berkata tentang hantu. Melihat koridor yang gelap dan bebelan Fatin tadi menyakinkan dia.

Muka Fatin yang merah tadi semakin merah apabila dia ternampak senyuman mengusik Irfan. "Jangan nak mengarutlah." Jawab Fatin laju.

Irfan memandang Fatin lama lalu berdiri. "That's fine then. Saya balik dulu." Kata Irfan berlalu pergi tetapi langkahnya terberhenti apabila dia merasakan lengan bajunya ditarik. Irfan menoleh kebelakang dan dia ternampak Fatin yang menundukkan mukanya memandang lantai. Sekali lagi Irfan tersenyum. Dia berpusing dan menghadap Fatin.

"Kenapa awak di koridor ni sendiri? Do you need something?" Tanya Irfan lembut.

"A-air" Jawab Fatin sepatah.

"Huh?"

"Saya nak minum air tapi habis jadi saya nak beli dekat bawah tapi terlalu gelap ada lift lagi.." Jawab Fatin tanpa titik noktah.

Irfan tersenyum lalu memberi sapu tangan kepada Fatin.

"I didn't know that my girlfriend was a crybaby. I should prepare handkerchief as many as I can." Jawab Irfan lalu menarik lengan baju Fatin dengan lembut. Fatin hanya menurut sahaja cuba untuk memproses setiap ayat yang dikatakan tadi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience